suria

Enggan bermewah, siswa rela sewa bilik nak fokus bina empayar bisnes... kongsi rahsia korban semuanya termasuk delete game

Aqlan mula berkongsi ilmu perniagaan di aplikasi TikTok bermula Ogos tahun lalu.

MEMPUNYAI empayar bisnes pada usia cukup muda bukanlah satu perkara yang mudah.

Namun, pengalaman yang dilalui banyak memberi ilmu kepada jejaka berusia 23 tahun ini.

Biarpun sibuk menguruskan perniagaan makanan jenama sendiri, Muhammad Aqlan Mohamad Rosli yang juga pengasas Chocotum (biksut coklat Nestum) tak pernah lokek berkongsi ilmu di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah jual bubur tepi tangga kampus, pelajar IPT ‘otak bisnes’ puas hati dapat beli kereta idaman hasil berniaga air dengan kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan menangis tengok wang simpanan... pernah susah jual nasi lemak, buat 3 kerja serentak

Di aplikasi TikTok misalnya, pelajar bidang Sains Pentadbiran itu banyak berkongsi ilmu bisnes kepada lebih 85,000 pengikutnya.

"Bisnes pertama saya pada tahun 2016. Masa tu tiada brand. Mak saya yang buat. Jadi saya jual brownies, cheesekut dan red velvet di kampus. Saya jual semua tu, tapi tak laku sangat pun.

"Sehinggalah tahun 2018 saya buat comeback. Bermula dengan RM30 iaitu duit terakhir yang saya ada pada waktu itu, saya mula jual Chocotum.

"Saya buat dalam bekas dadih yang kecil, dapatlah 30 bekas. Bermula 30 bekas, naik jadi 60 bekas, naik jadi 100 dan naik lagi. Setiap hari saya tingkatkan unit untuk dikeluarkan," ujarnya.

aqlan333

Aqlan merupakan pelajar bidang Sains Pentadbiran.

Kini, dia mampu menarik nafas lega apabila memiliki 50 re-seller produk makanan itu di seluruh negara.

Menurut Aqlan, dia minat berniaga sejak kecil lagi kerana beranggapan dirinya lebih sesuai bekerja sendiri.

Fokus saya sekarang bukan untuk kayakan diri, tapi nak bagi bisnes jadi kaya.

AQLAN

Malah katanya, kesibukan belajar tak pernah menjadi penghalang untuknya berusaha keras dalam membina jenama sendiri.

"Konsep saya senang saja, tak kisah berniaga sambil bekerja atau berniaga sambil belajar, selagi kita betul-betul mahukannya, kita akan buang satu 'benda' iaitu alasan.

"Saya tanya diri saya. Adakah 24 jam saya guna untuk belajar? Berapa jam saya tidur, tengok movie dan main game? Jujur dulu suka lepak sampai tengah malam.

"Jadi saya fikir balik, saya korbankan semua termasuklah saya delete game," ujarnya yang kini menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3, Negeri Sembilan.

aqlan444

Kata Aqlan, kesibukan belajar tak menjadi penghalang untuk dia fokus terhadap bisnes.

Menurut Aqlan, dia mula berkongsi ilmu perniagaan di aplikasi TikTok bermula Ogos tahun lalu dan mengakui ia merupakan satu platform yang sangat bagus.

Secara tak langsung katanya, orang mula mengenali produk makanan yang dijual serta membina kepercayaan terhadap dirinya yang juga pengasas jenama itu.

Antara yang turut mencuri tumpuan tentunya video perkongsian Aqlan mengenai kisah dirinya yang masih lagi menyewa bilik di sebuah rumah sewa di Seremban dengan harga RM400 sahaja.

Kata Aqlan, biarpun sudah mempunyai bisnes sendiri, dia beranggapan masih tidak perlu untuk menyewa sebuah rumah besar yang lebih selesa dan mewah.

"Fokus saya sekarang bukan untuk kayakan diri, tapi nak bagi bisnes jadi kaya. Dengan cara itu, saya boleh jana sumber pendapatan lain juga.

"Kita boleh melabur dalam bisnes lain dengan menggunakan duit perniagaan, tak perlu keluarkan saving sendiri. Itu target saya pada masa ini.

aqlan222

Aqlan tak lokek berkongsi ilmu bisnes di TikTok.

"Bila buat bisnes, kita kena fikir jangka masa panjang. Tapi orang muda sekarang terlalu dikaburkan dengan duit,

"Jujur cakap, masa mula buat bisnes, saya pun nak gaya hidup mewah, nak nampak muda dan berjaya. Bila mindset macam tu, saya mula nak spend sana sini, akhirnya ia beri kesan terhadap simpanan dan modal," ujarnya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, sesiapa sahaja yang mahu terjun ke bidang perniagaan harus cekal dan sentiasa berani untuk mencuba.

"Yang penting kita kena bermula dulu. Sama juga ketika kita dilahirkan. Kita tak boleh berjalan, tiada siapa beri buku untuk ajar kita berjalan.

"Kita sendiri yang cuba merangkak, jalan kemudian jatuh, kemudian boleh berdiri, lama-lama boleh berlari. Kita tak akan dapat kalau kita tak bermula," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain