suria

Pengganti arwah Ustaz Asri ke ni? Remaja ini rasa kerdil, tak sangka disamakan dengan vokalis Rabbani selepas kongsi video nyanyian di TikTok

Deil berasa kerdil apabila suaranya disamakan dengan vokalis Rabbani Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.

SELAIN lambakan video penuh informasi dan hiburan, aplikasi TikTok turut menjadi 'medan' untuk kita berkongsi bakat seni.

Tidak terkecuali tentunya Daniel Iman Lana, 20, yang berasal dari Tawau, Sabah.

Mesra disapa Deil, video-video nyanyiannya mencuri perhatian netizen apabila dia disamakan dengan vokalis Rabbani Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘rindu ex’ nyanyi di tangga, kawan rakam pun tak sedar... tahu-tahu ramai offer jadi pengganti!

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

Menurut Deil, dia berasa kerdil apabila ada netizen memberikan pujian itu menerusi satu posting video di TikTok baru-baru ini.

"Saya rasa rendah diri, sebab Allahyarham merupakan nama besar dalam industri seni khususnya dalam irama nasyid.

"Saya pun tak jangka akan terima komen macam tu. Suara ini hanya pinjaman Allah semata-mata, untuk saya kongsi dengan orang ramai.

"Sejujurnya rasa sangat kerdil untuk dibandingkan dengan Allahyarham. Saya pun selalu dengar lagu Rabbani dan sangat meminati Allahyarham, " ujarnya kepada mStar.

Bukan sahaja lagu nasyid, malah video Deil menyanyikan lagu berentak dangdut turut menerima pujian netizen.

553 (1)

Deil turut menjadikan Hael Husaini sebagai inspirasinya.

Kata Deil, dia tidak kisah menyanyikan mana-mana genre, asalkan ia bersesuaian dengan kemampuan suaranya.

Dalam pada itu kata Deil, dia sebenarnya mula menyanyi sejak kecil lagi.

Memang seronok baca semua komen, sebak pun ada sebab tak sempat nak balas semuanya.

DEIL

Bukan sekadar menyanyi secara suka-suka, malah dia juga pernah menjadi ahli kumpulan nasyid ketika di zaman sekolah.

"Saya suka menyanyi sejak tadika lagi. Pernah buat persembahan di sekolah dan masuk pertandingan nasyid juga.

deil3

Kata Deil, dia mula menyanyi sejak kecil lagi.

"Memang dilahirkan dengan darah seni, ada juga ahli keluarga saya yang pandai menyanyi. Selain menjadikan abah sendiri sebagai inspirasi, penyanyi Hael Husaini juga saya jadikan sebagai inspirasi, " ujarnya lagi.

Menurut Deil, dia baru sahaja aktif di TikTok sekitar Mei lalu dan tak menyangka dalam sekelip mata, ramai yang mula menghidu bakat dimilikinya.

Jelas Deil, dia seronok dan sebak dengan penerimaan ramai dan berharap dapat terus menghiburkan mereka dengan suaranya

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Memang seronok baca semua komen, sebak pun ada sebab tak sempat nak balas semuanya. Saya agak terkejut, tapi Alhamdulillah tiada komen negatif setakat ini.

"Sekiranya video saya dapat hiburkan orang ramai, Alhamdulillah. Ramai juga yang request lagu, saya akan cuba penuhi jika berkelapangan.

"Saya cuma nak ucap terima kasih atas sokongan semua. Yang mana kenal atau tak kenal, saya doakan anda sentiasa dalam rahmat Allah, " ujarnya lagi.

Menurut Deil, dia merancang untuk menyambung pengajian tidak lama lagi dan menyimpan hasrat untuk bergelar penghibur suatu hari nanti.

Untuk rekod, Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia pada 13 Ogos 2009 akibat seragan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain