suria

Berkawan 5 tahun, hubungan putus selepas 6 bulan bertunang... yang tinggal kini hanya gerai takoyaki penuh memori - “Nak cari kerja bagus bukan senang”

Hubungan yang diharapkan menuju ke jenjang pelamin tidak kesampaian.

KU sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari,

Mungkin inilah pepatah paling sesuai untuk menggambarkan situasi pemuda ini apabila pertunangannya putus di tengah jalan.

Menurut Aiman Hafiq, dia terpaksa menanggung rasa kecewa kerana bekas tunangnya bertindak memutuskan ikatan pertunangan mereka atas alasan 'tiada jodoh' di saat segala persiapan kahwin sudah pun dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN:Hubungan 9 tahun berakhir, wanita ini ‘bersanding’ sendirian selepas kekasih nikahi orang lain - “Tiada istilah main-main, memang fokus nak ke pelamin”

ARTIKEL BERKAITAN:‘Move on’ selepas tak jadi tunang, pemuda ini akhirnya jual cincin – “Nak hadiahkan kat mak, tapi malangnya...”

Kisah ini dikongsi oleh Aiman menerusi video yang dimuatnaik di TikTok. Ramai yang menzahirkan rasa simpati menerusi ruangan komen video yang mendapat lebih 900,000 tontonan ini.

“Mana janji awak nak susah senang dengan saya?

“Struggle saya kumpul duit nak ikut kemahuan keluarga awak,” luah Aiman dalam video tersebut.

a

Tangkap layar video yang dikongsi oleh Aiman di TikTok

Ketika dihubungi mStar, Aiman masih lagi dalam keadaan sedih namun menerima ketentuan ini dengan hati terbuka.

“Tipulah saya tak kecewa. Siapa saja yang boleh terima bila kena lalui situasi ini. Saya sanggup lakukan dua pekerjaan dalam satu masa untuk segera menghalalkan dia,

“Waktu keluarga dia buat keputusan minta kami bertunang, saya masih belum mulakan perniagaan lagi. Ketika itu saya masih bekerja di pasaraya bersama dia (bekas tunang).

“Bekas tunang beritahu kalau lambat masuk meminang, keluarga dia akan carikan orang lain. Selepas itulah saya usaha sedaya upaya untuk kumpul duit,” cerita pemuda berusia 23 tahun ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Imbau Aiman, untuk merealisasikan permintaan keluarga kekasihnya termasuklah permintaan dua bentuk cincin, dia sanggup mengeluarkan duit simpanan untuk memulakan perniagaan.

“Waktu ini nak cari kerja bagus bukanlah senang. Gaji saya bekerja di pasaraya cuma RM1,200 sebulan. Itu pun cukup-cukup saja untuk belanja diri sendiri,

“Bekas tunang minta saya cuba berniaga. Masa itulah saya keluarkan semua wang simpanan saya. Berbekalkan modal sebanyak RM3,000, saya mula menjalankan perniagaan takoyaki dan dalam masa yang sama, saya tetap bekerja secara sambilan di pasaraya,

WhatsApp Image 2021-07-12 at 5.46.13 PM

Aiman tidak bermusuh dengan bekas tunangnya.

“Saya upah seorang pekerja untuk bantu saya. Dalam masa lima bulan selepas berniaga, adalah sedikit duit untuk saya buat persiapan tunang,” cerita Aiman.

Ditanya sejak bila hubungan mereka mula bermasalah, pemuda yang menetap di Kota Bharu, Kelantan ini berkata semuanya berlaku secara tiba-tiba selepas enam bulan mereka mengikat tali pertunangan.

“Saya dan dia mengikat tali pertunangan pada bulan Oktober tahun lalu.Dalam tempoh enam bulan pertunangan, saya dan dia tiada masalah pun. Dia juga banyak tolong saya beniaga di gerai,

“Satu hari tiba-tiba dia minta putuskan pertunangan. Alasannya kerana dia lihat saya seperti tiada usaha untuk berkahwin dengan dia,

“Padahal dua pekerjaan saya buat. Ini yang saya dapat setelah semua kemahuan dia saya ikut. Akhirnya kami sepakat putuskan pertunangan pada hujung bulan Mei lalu. Tak mengapalah, saya sedar saya pun bukan datang daripada keluarga senang. Mungkin keluarga dia dah jumpa jodoh lebih sesuai untuk dia,” luah Aiman

Aiman kini pasrah dengan dugaan yang menimpa dirinya dan berusaha untuk menguatkan diri menerima kenyataan.

b

Aiman tetap positif dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

“Dia cinta pertama saya. Kami kenal sejak dari bangku sekolah lagi dan menjalinkan cinta selama lima tahun. Dia yang selalu teman saya berniaga takoyaki. Lepas ni saya berniaga sendiri sajalah," jelas Aiman yang masih mahu meneruskan perniagaan takoyaki yang diusahakannya sejak tahun lalu.

Ditanya adakah masih ada harapan untuk dia dan bekas tunangnya kembali bersama, dia tidak yakin akan berlaku sebegitu.

“Rasanya tiada harapan dah, sebab tu saya pun okay saja nak kongsi kisah ini di TikTok. Tak apalah, saya akan cuba mulakan hidup baru tanpa dia.

tako 2

Kenangan berniaga takoyaki bersama bekas tunang.

“Saya pun tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Baru-baru ini pun dia ada hubungi saya bertanyakan video kisah putus tunang kami yang tular di TikTok. Saya layan dia seperti biasa saja walaupun agak susah saya nak lupakan, perlu ambil masa juga,

“Dari segi penerimaan keluarga, keluarga saya pun sudah terima ketentuan ini dengan baik. Saya dan adik-beradiknya juga masih berhubung.

"Susah juga nak lupa sebab kami bekerja dan berniaga sama-sama, tapi saya cuba. Dari sekolah dulu dia memang dengan saya saja sebab dia tiada kawan lelaki.

"Saya harap dia jumpa pengganti yang lebih baik," cerita Aiman menutup kisahnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain