suria

Pelajar ‘rindu ex’ nyanyi di tangga, kawan rakam pun tak sedar... tahu-tahu ramai offer jadi pengganti!- “Saya masih tak boleh move on”

Rakaman pada Sabtu itu menjadi tular di aplikasi TikTok.

VIDEO memaparkan seorang remaja sedang menyanyi di tangga sebuah kediaman tular sehingga menerima lebih 300,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam.

Menurut individu yang berkongsi video itu, dia secara spontan membuat rakaman rakannya yang menyanyi sambil melayan perasaan kerana baru sahaja putus cinta.

Bercerita kepada mStar, empunya badan, Muhammad Ramadan Ramli, 18, mengakui apa yang diceritakan rakannya menerusi kapsyen pada video itu adalah benar dan bukan cerita rekaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru korus pertama dah ramai kerumun, ‘Ella cilik’ gegar Bazar Karat, “Ingatkan ahli baharu kumpulan busking”

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

Malah katanya, dia yang tak sedar dirinya sedang dirakam turut terkejut apabila video nyanyian lagu Bicara Rasa dendangan asal Arif Bahran dan Sarah Suhairi itu meraih perhatian ramai di TikTok.

"Video itu dirakam di tangga rumah kawan saya pada hari Sabtu. Saya memang suka menyanyi dari zaman tadika lagi.

Ramadan minat menyanyi sejak kecil lagi.

"Saya tak sedar dia rakam video. Lepas tu bila dia post di TikTok, saya ingat biasa-biasa je, tiba-tiba ramai yang tengok.

"Saya putus cinta pada November tahun lepas. Tak ada pengganti, masih tak boleh move on.

Kalau ada rezeki jadi penyanyi, saya tak tolak.

RAMADAN

"Di TikTok, ramai orang komen. Ada ramai perempuan cakap nak jadi pengganti bekas kekasih saya. Saya anggap mereka bergurau saja," ujarnya yang mesra disapa Ramadan.

Namun katanya, dia enggan mendedahkan lanjut mengenai identiti gadis itu serta punca kepada perpisahan mereka.

Menurut calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, dia juga bersyukur apabila ramai yang mula mengenali dirinya serta bakat yang dimiliki selepas video berkenaan tular.

Malah kata Ramadan, dia tidak menolak rezeki seandainya diberi peluang untuk menjadi penyanyi suatu masa nanti.

Antara komen mengenai nyanyian Ramadan di TikTok.

"Selain menyanyi, saya juga boleh main gitar. Saya belajar gitar sendiri sejak tahun lepas. Dulu pun pernah saya buat persembahan nyanyian di sekolah.

"Kalau ada rezeki jadi penyanyi, saya tak tolak. Mak ayah pun bagi sokongan, mereka kata janji buat kerja halal.

"Saya bersyukur orang mula kenal bakat saya. InsyaAllah lepas ni akan buat banyak video cover nyanyian.

"Kalau ada orang request lagu pun, InsyaAllah saya akan cuba penuhi," ujarnya yang meminati Bruno Mars dan Zamani.

Dedah Ramadan, dia juga bakal menduduki SPM tidak lama lagi. (Gambar Hiasan)

Dalam pada itu, Ramadan yang akan menduduki SPM tidak lama lagi turut menyuarakan rasa risau.

Ujarnya, situasi pandemik Covid-19 memberi cabaran buat dia dan rakan-rakan untuk memberi fokus penuh terhadap peperiksaan.

Namun katanya, dia berdoa agar SPM akan berjalan dengan lancar dan dia mendapat keputusan yang cemerlang.

"Risau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19. Sekarang saya banyak study, tak nyanyi sangat.

"Pergi sekolah pun risau. Tapi kalau tak pergi, macam mana nak belajar," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain