suria

Beratnya ujian PKP! Pasangan suami isteri sukar tidur, bergelut teruskan hidup selepas hilang kerja... depresi sampai tahap jejas susu badan

Pasangan suami isteri ini hilang punca pendapatan disebabkan Covid-19.

PENULARAN wabak Covid-19 yang setakat ini mengakibatkan 3.9 juta kematian di seluruh dunia telah menyebabkan hampir 100,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan.

Tekanan ekonomi ini, ditambah pula dengan kesan psikologi lain akibat proses kuarantin yang berpanjangan ternyata amat berbahaya jika tidak ditangani dengan betul.

Berkongsi pengalaman 'jatuh' ke lembah depresi, Ernaini Mahfud, 29 berkata dia mula menghadapi tekanan perasaan apabila dibuang kerja pada penghujung tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Edit ke real ni? Kecoh pensyarah Malaysia ‘berbalas DM’ dengan Ariana Grande yang ada 246 juta pengikut - “Saya sengaja tag dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Popular sebab tinggi di sekolah, ‘panje’ mengaku bukan sahaja susah cari jodoh tapi nak dapat saiz baju, kasut pun payah!

Memburukkan lagi keadaan apabila suaminya juga menerima nasib yang hampir serupa.

"Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu tak terkesan sangat sebab syarikat masih kukuh, saya bersalin bulan Jun tahun lepas, masuk semula kerja bulan Ogos sebagai pegawai khidmat pelanggan tapi lepas tu syarikat buat mesyuarat besar-besaran cakap ada beberapa pekerja yang akan dibuang disebabkan cost-cutting dan saya salah seorang daripadanya.

"Hari terakhir saya bekerja adalah pada 14 September 2020, kemudian suami pula sebab dia kerja tukang masak di sekolah dan ketika itu sekolah tutup jadi syarikat suruh dia ambil cuti tanpa gaji pada November dan Disember sampai sekolah buka," katanya yang menetap di Sungai Buloh, Selangor.

Terdesak untuk mencari sumber pendapatan demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga, Ernaini dan suaminya melakukan pelbagai pekerjaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Untuk survive kami pernah jual waffle depan rumah, suami saya ambil order makanan, dia masak dan dia hantar, kemudian dia juga buat segala macam kerja sambilan, Grab, Lalamove dan Ninja Van semata-mata untuk memastikan pampers anak dan keperluan saya terjaga," katanya.

Menurut Ernaini, tekanan yang dihadapinya pada tempoh tersebut menyebabkan dia tidak tidur malam serta berterusan menangis.



Ernaini kehilangan kerja dua bulan selepas melahirkan bayi sulungnya.

Katanya dia menghantar resume ke lebih 20 syarikat, namun gagal mendapat peluang pekerjaan.

"Saya tak boleh tidur sebab menangis semalaman fikir mana nak cari kerja. Kalau ada yang call saya akan menangis sebab sedih, saya kesian pada suami nak tanggung semua belanja dengan gaji dia yang tak banyak," katanya.

Kesihatan mentalnya juga secara tidak lansung memberi kesan kesihatan lain kepada Earnaini yang pada ketika itu baru sahaja melahirkan bayi sulungnya.

"Tak tidur dan menangis sahaja, selepas beberapa hari payudara saya mula membengkak, saya tak boleh pam susu dan saya kena demam panas tak boleh bangun, jadi bengkak susu.

"Saya diberi antibiotik untuk rawat bengkak tapi ada sehari tu memang doktor tak bagi susukan anak sebab susu saya bercampur darah.

"Sampai macam tu sekali kesan depression," katanya sambil menambah dia bagaimanapun tidak berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan rawatan untuk menangani masalah tekanan perasaan yang dihadapinya.



Ernaini dan suaminya melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk menjual makanan.

Menurut Ernaini dia bersyukur kerana tinggal bersama adik-beradiknya yang tidak kekok untuk membantu mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah kami tak sampai tahap makanan habis sebab saya duduk dengan adik beradik, jadi mereka banyak tolong part makanan.

"Tapi hutang kereta, pinjaman kad kredit, semua simpanan saya memang habis untuk bayar hutang je," katanya sambil menambah situasi mereka sekeluarga kini lebih stabil dan dia kini bekerja sebagai ejen insurans.



Ernaini bersyukur kerana keluarganya turut membantu di saat mereka memerlukan.

Menurut Ernaini dia pernah mempunyai perasaan untuk menamatkan riwayat hidupnya tetapi memilih untuk sentiasa ingat akan anak, suami dan keluarganya.

"Mereka yang rasa macam nak putus asa, saya faham, tapi ingatlah Allah nak uji dan kalau kita rasa lemah, berbaliklah kepadaNya dan Dia akan tunjuk jalan satu persatu," katanya.

Mereka yang berdepan cabaran hidup perlu yakin setiap permasalahan akan ada penyelesaian dan mereka hanya perlu sabar dan berikhtiar untuk mencari jalan keluar.

"Jangan terlampau melayan perasaan sebab nanti kita akan lebih tertekan, kalau rasa sedih ingat orang-orang yang masih perlukan kita dan cuba bangkit dan jangan putus asa.

"Pada orang sekeliling pula kalau ada kawan-kawan yang alami situasi kena buang kerja, jangan kecam mereka tapi bantu kerana sokongan orang sekeliling sangat penting," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain