suria

Pelajar asrama tak dapat lupa momen jumpa lelaki Cina dalam bas, teka-teki pemberian wang RM2,000 akhirnya terjawab - “Saya memang cari abang tu”

Nazmi memuat naik gambarnya bersama seorang penumpang berbangsa Cina yang ditemui pada 2018 di aplikasi TikTok.

"KEPADA abang Chinese ni, terima kasih sebab kasi saya duit RM2,000 masa nak balik. Semoga sihat selalu bang."

Demikian kapsyen pada sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pemuda di TikTok, sambil menyelitkan gambarnya bersama seorang lelaki Cina ketika mereka berada di dalam bas pada tahun 2018.

Dalam video tersebut, pemuda berkenaan bagaimanapun tidak memperincikan kisah pemberian wang oleh lelaki Cina yang bergambar di sebelahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan calang-calang orangnya... rela jalan kaki KL-Ipoh kerana seorang wanita, lebih tragis si dia larikan diri - "Abang Wan terkejut, terus hulur RM400"

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lelaki tidak dapat dilupakan’ popular di TikTok! Gadis buat pengakuan didekati ‘lelaki kucing’ pernah gemparkan negara 13 tahun lalu

Perkongsian berkenaan ternyata mengundang rasa teruja netizen untuk mengetahui kisah selanjutnya di sebalik 'misteri' pemberian RM2,000, terutama 'pertalian' di antara kedua-dua lelaki tersebut.

Sehingga kini video berkenaan meraih melebihi 161,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Nazmi Faris berkata pertemuannya dengan lelaki Cina berkenaan berlaku pada 2018 ketika mereka sama-sama menaiki bas dari Batu Pahat ke Kota Tinggi, Johor.

"Ketika itu saya masih belajar di sebuah sekolah berasrama di Batu Pahat. Masa tu dalam perjalanan untuk pulang ke rumah ibu bapa di Kota Tinggi dan abang Chinese ni penumpang di sebelah saya.



Gambar Nazmi bersama penumpang di sebelahnya yang merupakan seorang lelaki Cina.

"Walaupun berlainan bangsa, dia sangat ramah dan kami bersembang sepanjang perjalanan sebelum masing-masing membawa haluan selepas tiba di destinasi," ujarnya.

Menurut Muhammad Nazmi, dia terdetik untuk memuat naik mengenai lelaki tersebut kerana sekadar mengikuti trend di TikTok ketika ini.

"Sekarang ni dekat TikTok sedang meriah dengan trend berkongsi video mengenai 'orang yang tak dapat dilupakan'. Saya pun sekadar nak mencuba dengan niat nak mencari abang tu.

"Cuma bab RM2,000 tu saya reka sahaja sebab saya tak tahu nak letak kapsyen yang sesuai... sebenarnya abang tu tak beri duit pun.

"Tak sangka pula video tu 'blow up'... tapi memang ramai yang fikir negatif. Ada yang komen dan kaitkan dengan lawak kotor sampai abang tu sanggup beri saya RM2,000 padahal sebenarnya ia hanya content sahaja.

Cuma bab RM2,000 tu saya reka sahaja sebab saya tak tahu nak letak kapsyen yang sesuai... sebenarnya abang tu tak beri duit pun.

MUHAMMAD NAZMI FARIS

"Tapi mungkin salah saya juga sebab mereka-reka cerita. Kisah bertemu dengan abang Chinese itu kisah benar, tapi bab pemberian RM2,000 tu saja saya reka. Saya minta maaf kalau buat orang salah faham... saya tak ada niat apa pun, hanya ikut trend di TikTok," ujar pemuda berusia 21 tahun ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Muhammad Nazmi mengakui sedikit terkesan dengan komen-komen negatif netizen namun dia mengambil pendekatan untuk tidak membacanya selepas video itu viral.

"Secara tak langsung saya nampak bagaimana kebanyakan daripada kita ni senang sangat berfikiran negatif, senang nak pertikai. TikTok ni bagi saya satu medium untuk have fun," ujarnya yang kini melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Profesional Bahasa Arab di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).



Nazmi kini merupakan seorang penuntut di sebuah IPTA dalam jurusan Komunikasi Profesional Bahasa Arab.

Muhammad Nazmi berkata dia mula membuka akaun TikTok sekitar Disember tahun lalu.

"Tiada content yang spesifik yang dimuat naik di akaun TikTok saya... hanya video-video random saja. Ia lebih kepada mengikut trend ramai," ujarnya.

Bercerita serba sedikit mengenai dirinya, Muhammad Nazmi berkata dia begitu meminati pengajian Bahasa Arab dan berhasrat melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkenaan.

"Kalau ada rezeki, saya mahu melanjutkan pelajaran ke Jordan atau Mesir dalam bidang ini. Saya bercita-cita mahu menjadi seorang pensyarah Bahasa Arab. Memang minat Bahasa Arab sejak sekolah rendah lagi," uajr anak ketiga daripada empat adik beradik ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain