suria

Banyak kongsi cerita di TikTok, doktor gigi terharu pesakit datang buat rawatan kerana dirinya - “Dulu takut darah, tengok mulut orang pun geli”

Dr Qay terharu apabila pesakit yang datang ke klinik terlebih dahulu mengenalinya di platform video itu.

JIKA suatu masa lalu, aplikasi TikTok dilihat sebagai satu platform hiburan sahaja.

Namun pada masa ini, ramai golongan profesional turut beralih ke platform itu untuk menyampaikan ilmu dalam cara yang lebih seronok dan efektif.

Tidak ketinggalan tentunya doktor gigi berusia 27 tahun ini yang menjadikan TikTok sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ada persepsi buruk, doktor kacak ini akhirnya ‘terjebak’ juga main TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi

Malah, kehadiran Dr Amirul Qayyim Ahmad dengan video-video berkaitan kerjaya serta kehidupannya ternyata memberi inspirasi kepada sebilangan anak muda yang mahu mengikut haluan sama.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Dr Qay mengakui platform itu juga membawa rezeki tak disangka-sangka buat dirinya.

Dr Qay berasal dari Perak dan kini berusia 27 tahun.

"Saya mula buat video TikTok untuk isi masa lapang, kongsi mengenai informasi pergigian dan sebagainya.

"Ia juga salah satu cara untuk membina personal branding. Platform ni dah jadi satu tempat untuk buat pemasaran.

"Bila saya buat video mengenai pergigian, ada pesakit yang datang ke klinik sebenarnya dah kenal saya melalui TikTok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bila tanya pesakit, mereka kata tahu mengenai klinik tempat saya bekerja melalui TikTok. Mereka pilih nak buat rawatan dengan saya," ujarnya berseloroh.

Kalau nak ceburi bidang pergigian, sudah tentu kena ada minat.

DR QAY

Malah kata Dr Qay yang berasal dari Kampar, Perak, dia terharu apabila pesakit yang datang ke klinik terlebih dahulu mengenalinya di platform video itu.

Menurutnya lagi, dia pada awalnya sama seperti insan-insan lain yang turut berpandangan negatif mengenai aplikasi itu.

Namun katanya, ia sama sekali tidak benar kerana TikTok juga boleh menjadi medan perkongsian ilmu yang cepat dan pantas.

Dr Qay sudah tiga tahun berkecimpung dalam bidang pergigian.

"Dulu awal-awal kita fikir TikTok tempat orang buat video menari saja. Sekarang, saya seronok tengok ramai orang kongsi ilmu di aplikasi itu.

"Ada dalam kalangan doktor lain yang berkongsi kepakaran masing-masing, dengan cara ini lagi cepat orang nak belajar.

"Cara belajar sekarang pun tertumpu kepada pendengaran dan melihat, jadi TikTok boleh jadi medium untuk sampaikan ilmu," ujarnya yang bertugas di Icaredental, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Dr Qay yang sudah tiga tahun menceburi bidang itu turut menitipkan pesan buat anak muda di luar sana agar terus berusaha mengejar cita-cita jika punyai minat dalam bidang sama.

Dr Qay seronok berkongsi pengalaman kerjanya menerusi aplikasi TikTok.

"Pada pandangan saya, kalau nak ceburi bidang pergigian, sudah tentu kena ada minat.

"Kemudian, kita kena tahu bagaimana untuk capai minat itu. Contohnya, kena belajar dalam aliran sains.

"Jangan takut. Saya pada awalnya memang takut darah, nak tengok mulut orang pun geli.

"Tapi bila dah belajar, lama-lama jadi terbiasa, InsyaAllah tiada masalah," ujar anak kedua daripada lima beradik itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain