suria

Hampir 10 tahun ceburi bisnes, ‘tragedi Oktober’ lalu paling sukar dilupakan... bukan calang-calang, ia libatkan nyawa pekerja

Gyha berkongsi kisah suka duka sepanjang terlibat dalam bisnes termasuk insiden tragis yang berlaku pada Oktober tahun lalu.

BAGI mereka yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pastinya sudah merasa pelbagai pengalaman turun naik sepanjang berbisnes.

Begitu juga dengan wanita ini yang tidak terkecuali berdepan dengan ujian sehingga menyaksikan dia dan suami terpaksa menutup salah satu perniagaan mereka.

Sepanjang hampir 10 tahun menceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan, insiden yang berlaku pada Oktober 2020 tercatat sebagai pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya bos! Wanita ini ‘saja-saja’ bawa staf Pakistan staycation di hotel 4 bintang, jalan-jalan cari makan - “Mereka pernah menangis sebab saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jatuh di tangan orang amanah” - Hikmah mudahkan pelanggan! Peniaga nasi lemak ‘diselamatkan’ abang cleaner selepas handphone tercicir

Terdahulu, wanita yang dikenali sebagai Gyha Adam ini turut berkongsi pengalaman jatuh bangunnya sepanjang berbisnes dalam aplikasi TikTok yang menyaksikan video-video berkenaan meraih jumlah tontonan antara 100,000 hingga 800,000 ribu views.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita berusia 33 tahun ini berkata, peristiwa yang berlaku lebih lima bulan lalu itu meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya dan suami.

Mana tidaknya, ia melibatkan nyawa salah seorang pekerja mereka yang digajikan untuk membantu perniagaan cuci kereta (car wash).



Gyha menceritakan 'tragedi Oktober' yang berlaku tahun lalu menerusi beberapa klip video yang dimuat naik di TikTok.

Pekerja berkenaan meninggal dunia selepas ditemui tergantung pada kipas siling kedai cuci kereta berkenaan dan laporan perubatan mengesahkan kematiannya 'consistent with hanging', iaitu tiada unsur jenayah.

"Kami mula ceburkan diri dalam bisnes kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan bermula 2012. Macam-macam kami berniaga. Dan bisnes cuci kereta ni dah empat tahun beroperasi. Dalam masa yang sama ada juga bisnes chocojar.

"Pekerja tersebut adalah seorang warga asing dan mula bekerja pada 2018. Arwah seorang yang baik. Tapi tak tahu kenapa dia ambil tindakan sedemikan. Adik arwah pun tak tahu apa masalahnya.

"Cuma arwah dah setahun tak dapat pulang kampung halaman, dan berkemungkinan dia sedikit depresi. Arwah memang selalu pulang ke kampung terutama untuk perbaharui permit... dan kali terakhir pulang adalah pada 2019," cerita Gyha.



Gyha kini menumpukan sepenuh perhatian kepada bisnes koko jar.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, bukan calang-calang prosedur yang dilalui memandangkan kes melibatkan warga asing di mana ia melibatkan kos terutama penghantaran pulang jenazah serta urusan dokumentasi.

"Nak kata trauma tu, lebih kepada trauma untuk terlibat dengan pekerja warga asing. Sebab kita deal dengan ejen. Macam-macam proses dan paling penting urusan dokumen. Memang agak rumit.

"Selepas insiden itu, kami tutup kedai cuci kereta tu sebulan. Dalam bulan pertama dan kedua, memang terkenang-kenang apa yang berlaku. Akhirnya selepas berbincang dengan suami, kami ambil keputusan untuk tutup dan serahkan kepada abang untuk teruskan.

Selepas insiden itu, kami tutup kedai cuci kereta tu sebulan. Dalam bulan pertama dan kedua, memang terkenang-kenang apa yang berlaku.

GYHA ADAM

USAHAWAN

"Memang berat... siapa tak sayang tambahan pula dah mula empat tahun dan ia salah satu pendapatan bulanan kami. Tapi keputusan yang diambil ketika itu adalah sebab tak mahu ada kena mengena dengan pekerja asing lagi. Keduanya, sebab nak fokus kepada bisnes koko jar," ujarnya yang menetap di Puncak Alam, Selangor.

Gyha berkata dia pada mulanya hanya sekadar berkongsi video mengenai jatuh bangunnya sepanjang berbisnes, namun tanpa disangka sambutan yang diterima daripada netizen begitu di luar jangkaan sehingga ramai yang meminta dia berkongsi cerita lebih lanjut.



Insiden yang berlaku tidak akan dilupakan Gyha dan suaminya kerana ia meninggalkan impak yang bukan calang-calang.

"Kawan juga cadangkan, mengapa tidak kalau kongsi cerita. Tak sangka bahagian kedua dan seterusnya tu 'meletup' juga jumlah tontonan.

"Apapun ia sekadar perkongsian pengalaman sepanjang kami berniaga. Sedikit sebanyak orang di luar sana boleh tahu apa prosedur jika melibatkan warga asing.

"Dokumen paling penting sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan. Dan paling penting, kalau nak berniaga ni kena kental dan bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu