suria

Gurauan ‘seram’ sebelum berpisah! Calon SPM disembahyangkan rakan-rakan selepas tidur tak bangun-bangun - “Tak berniat persenda agama”

Ahmad Haikal dan Aidil Aiman (kiri). Rakaman video Aidil Aiman 'disembahyangkan' menjadi tular di TikTok (kanan).

BAGI calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya yang tinggal di asrama, masa yang berbaki beberapa hari lagi sebelum peperiksaan tamat semestinya digunakan sebaik-baiknya bersama rakan-rakan.

Mana tidaknya, selepas ini mereka akan 'berpisah' dan membawa haluan masing-masing dan sudah pasti tidak akan bertemu antara satu sama lain untuk tempoh yang lama.

Pada ketika inilah waktu yang ada digunakan untuk mencipta memori sebagai kenang-kenangan bersama rakan-rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sumpah’ buat blok asrama bergema, sampai Naim Daniel terpanggil nak datang buat show... tapi ada netizen kata “tak payahlah”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 2 bulan 'terkurung', ingatkan memang tak boleh balik... mesej di telefon bikin riuh, lagu Balik Kampung bergema di kolej matrikulasi - “Terus forward kepada ibu bapa”

Menerusi satu perkongsian di TikTok, tular satu video di mana sekumpulan pelajar lelaki mengusik salah seorang rakan mereka yang tertidur di surau.

"Bila member kau tidur dekat surau tak nak bangun be like.... terus kena solat jenazah," tulis kapsyen pada video tersebut.

Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 700,000 tontonan dengan rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian berkenaan.

Menurut pelajar yang membuat rakaman dan memuat naik video berkenaan, Ahmad Haikal, insiden lucu itu dirakam ketika mereka sedang menunggu untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di surau sekolah.



Gelagat rakan Ahmad Haikal, Aidil Aiman yang terpinga-pinga sebaik sahaja terjaga daripada tidur.

"Memang lazimnya pelajar asrama di sini akan solat jemaah Maghrib, kemudian solat sunat hajat dan taubat... selepas itu mengaji Al-Quran.

"Selesai semua, ada sedikit masa lagi sebelum masuk waktu Isyak, jadi kawan kami, Aidil Aiman ambil kesempatan untuk lelapkan mata. Dia terlajak sampai dah masuk Isyak. Azan pun dia tak dengar sebab lena sungguh.

"Kami pun pakat-pakat nak usik dia... memang standby nak record. Acah-acah nak buat solat jenazah untuk dia. Sengaja laung takbir kuat-kuat untuk buat dia terjaga. Mujur dia dengar. Dalam mamai-mamai tu dia malu-malu bila dah sedar kena sakat," kata pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Dr Ismail, Pontian, Johor ini.

Bercerita lebih lanjut, Ahmad Haikal berkata semua pelajar batch tingkatan lima 2020 di sekolahnya memang rapat dan ibarat satu keluarga memandangkan sudah bersama-sama selama hampir enam tahun.



Sebahagian daripada calon SPM 2020 di maktab berkenaan yang rapat ibarat sebuah keluarga.

"Masa inilah kita nak gurau-gurau dan cipta kenangan dengan kawan-kawan. Kalau nak tahu, ketika ini ramai yang berlumba-lumba nak belanja kawan-kawan makan. Masing-masing nak buat kebaikan sebelum berpisah," katanya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

Dalam pada itu Ahmad Haikal berkata dia sama sekali tidak menyangka video perkongsian mengundang perhatian ramai.

"Sebenarnya saja-saja nak rekod... ada juga kenangan lucu sebelum masing-masing pulang beberapa hari lagi. Kertas peperiksaan terakhir adalah pada 13 Mac. Selepas tu masing-masing pulang.

Ada seorang dua yang kata seolah-olah kami persendakan agama bila buat solat jenazah main-main. Tak ada niat pun, cuma nak bergurau je.

AHMAD HAIKAL

CALON SPM 2020

"Saya pun kongsi dekat TikTok suka-suka je sekadar share konten lucu. Tak sangka pula jadi viral. Rata-rata beri komen positif dan suka tengok cara kami bergurau.

"Tapi ada seorang dua yang kata seolah-olah kami persendakan agama bila buat solat jenazah main-main. Tak ada niat pun, cuma nak bergurau je. Boleh jadi kenangan manis untuk kami tatap selepas ini.

"Bab-bab usik mengusik ni benda biasa bagi kami. Kawan kami pun okay saja dan tak ambil hati," katanya.



Ahmad Haikal menyasarkan untuk mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM 2020.

Bercerita mengenai persediaan menghadapi SPM, Ahmad Haikal tidak menafikan calon pada tahun ini berdepan dengan cabaran yang besar gara-gara pandemik Covid-19.

"Lebih-lebih lagi bila kena belajar secara online. Bagi saya, memang sukar sebab susah nak faham berbanding belajar secara bersemuka.

"Tapi saya bersyukur sebab semua cikgu dekat sini memang terbaik... mereka lakukan sedaya upaya untuk bantu semua pelajar. Buat kelas tambahan, beri latihan, tips dan sebagainya sebagai persediaan," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain