suria

Video cikgu ‘garang’ raih 17 juta tontonan di TikTok, lucu ramai buat parodi termasuk Diana Danielle – “Nampak mekap tebal tu sebab filter”

Teacher Dian menjadi perhatian selepas videonya di TikTok menjadi tular.

SEORANG guru menjadi perhatian gara-gara video perwatakannya yang 'garang' di dalam kelas, sehingga membuatkan netizen terhibur.

Menerusi rakaman berdurasi 30 saat itu, guru berkenaan sedang mengagihkan makanan kepada murid-murid kelas dengan menyebut nama salah seorang daripadanya.

"Yang lain duduk dulu, jangan makan dulu!" kata guru berkenaan dengan nada suara dan perubahan pada mimik muka yang garang tetapi mencuit hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Siap 'thumbs up'! Dah namanya guru... tak sampai hati lihat murid main 'gasing pemadam' cara salah, mulanya tegur kemudian terus ajar - "Saya selalu menang, tapi ada lebih power"

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara mahu tinggalkan pelajar, guru akur makan mi segera dalam baldi... guna hanger patah pula - "Bila saya suap, tiba-tiba dia rindukan ayah"

Hanya beberapa hari, video tersebut meraih 17 juta tontonan dan lebih 1.4 juta 'like'.



Diana Danielle turut melakukan video parodi.

Susulan perkongsian video yang tular itu, ramai yang membuat video parodi menggunakan audio suara guru tersebut termasuk pelakon Diana Danielle.

Guru berkenaan, Herdiana Abdul Hamid berkata, dia tidak menyangka video yang dirakamkannya dalam kelas itu mendapat sambutan di luar jangkaan.

Wanita berusia 33 itu bagaimanapun menjelaskan bahawa video tersebut dirakamkan ketika waktu rehat dan bukannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

"Waktu rehat pun kami amalkan SOP (prosedur operasi standard) di mana pihak kantin akan menghantar makanan yang dipesan lebih awal oleh murid-murid, ke kelas.

"Tapi bukan semua kerana terdapat sebahagian murid yang membawa bekal dari rumah. Sebagai guru di kelas, saya menguruskan agihan makanan kepada murid-murid.



Teacher Dian berpengalaman sebagai guru selama 10 tahun.

"Saya akan pastikan semua murid akan mencuci tangan, membaca doa dan bersama-sama makan di dalam kelas mengikut SOP. Saya tukar suara ala Doraemon 'akil baligh' tu sebab nak minta murid yang dah ada makanan dulu supaya tunggu rakan-rakan yang lain," katanya kepada mStar.

Merupakan guru Bahasa Inggeris bagi Tahun Satu dan Dua di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan, Herdiana yang lebih dikenali sebagai Teacher Dian berkata, dia sememangnya garang, bukan sahaja di sekolah malah di rumah.

Saya bukan garang yang buat murid-murid takut, tapi garang yang mendidik murid-murid. Sebenarnya saya seorang guru yang ceria dan kelakar

HERDIANA ABDUL HAMID

"Saya bukan garang yang buat murid-murid takut, tapi garang yang mendidik murid-murid. Sebenarnya saya seorang guru yang ceria dan kelakar.

"Saya suka bercerita, kalau bercakap tak berhenti. Ada saja perkara yang nak cakap. Saya juga akan buatkan murid-murid gembira," ujarnya yang berasal dari Teluk Intan, Perak.



Antara kenangan sebagai guru bersama murid-murid.

Menurut guru yang berpengalaman selama 10 tahun itu, dia sebenarnya baru mempunyai akaun TikTok sejak awal tahun kerana mahu mengikuti tip-tip berkaitan keibubapaan, teknik suntingan fotografi dan mekap.

"Saya fikir apa nak post di TikTok. Jadi, saya rakamlah keadaan saya di kelas. Sebab mak ayah pun nak tahu macam mana keadaan guru dan anak-anak mereka di sekolah.

"Saya memang ikuti tip mekap juga di TikTok. Tapi ingin saya jelaskan video tersebut sebenarnya menunjukkan wajah saya guna filter di story di Instagram, jadi nampak macam mekap tebal tu sebab guna filter," ujarnya yang juga gemar berkaraoke pada masa lapang.



Teacher Dian (hadapan) bersama rakan-rakan guru.

Teacher Dian yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata berkata, video parodi yang meniru aksi dan menggunakan audio suaranya di aplikasi TikTok ternyata melucukan.

"Saya rasa kelakar sebab bagi saya video tu biasa-biasa saja. Tapi kalau ramai yang melihatnya secara positif dan terhibur, saya syukur Alhamdulillah... macam video parodi Diana Danielle tu kelakar sangat!

"Bagi komen-komen negatif yang turut saya terima, saya terima dengan hari yang terbuka. Mohon maaf sekiranya ada yang tidak bersesuaian atau yang tidak suka," tambahnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain