suria

Wow, yakinnya kamu! Model plus size hanya fikir sayang diri sendiri, dah tak peduli pasal body shaming - “Terpulanglah kepada mulut mereka”

Eima mula menjadi model sambilan sejak empat tahun lalu.

SEBUT sahaja model, kebanyakan kita tentunya terbayangkan individu dengan fizikal langsing, tinggi dan bergaya.

Namun, kefahaman itu tidak tepat sebenarnya kerana mereka yang berbadan besar juga turut mempunyai tempat dalam lapangan kerjaya itu.

Bagi Nur Eima Haqimah Mohd Safuan, 29, dia sendiri sudah empat tahun berkecimpung sebagai model sambilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci!

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah

Jelasnya, kerjaya ini muncul tanpa diduga, bagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

"Saya mula buat freelance sebagai plus size model sekitar empat tahun lepas sehinggalah sekarang.

"Masa tu saya pergi beli baju di satu butik, tiba-tiba pihak butik dekati saya dan ajak casting.

"Bermula dari situ saya selalu ikuti photoshoot, ada juga orang lain yang mula lihat dan sedar mengenai saya.

Paling penting kata Eima, setiap pakaian itu mestilah selesa.

"Pada awalnya, saya pun tertanya-tanya. Seriuslah orang berbadan besar pun boleh jadi model?

"Tapi dari situ juga saya bina keyakinan diri," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Eima, juru ukur bahan yang menetap di Bangi, Selangor itu mengakui tidak sukar untuk orang sepertinya bergaya seperti individu bertubuh langsing.

Malah katanya, kini banyak kedai termasuklah perniagaan dalam talian menawarkan variasi pakaian bersaiz besar pada harga berpatutan.

"Kalau dulu memang agak susah nak cari. Tapi sekarang dah banyak platform yang ada. Saya pun selalu beli di Shopee, ada yang serendah RM30.

Fesyen memang membantu untuk tingkatkan keyakinan. Kalau selekeh, rasa tak bersemangat nak buat kerja.

EIMA

"Yang penting kena rajin cari. Saya juga banyak mix and match pakaian. Tak fikir pun gaya apa, yang penting selesa.

"Tapi kalau nak fancy sikit, kenalah keluar belanja lebih. Baju untuk orang kurus pun sama juga.

"Mungkin harga sedikit berbeza, sebab baju untuk plus size guna lebih banyak kain," ujar Eima.

Kata Eima, fesyen juga membantu dirinya untuk berasa lebih yakin dan tidak kisah dengan pandangan orang.

Jelasnya, isu body shaming tidak pernah berhenti namun dia kini tidak mengambil pusing kata-kata orang dan selesa menjadi diri sendiri.

Eima mengakui fesyen membantu meningkatkan keyakinan dirinya.

"Fesyen memang membantu untuk tingkatkan keyakinan. Kalau selekeh, rasa tak bersemangat nak buat kerja.

"Bila orang tegur, orang puji... automatik jadi gembira. Yang penting kena sayang diri sendiri.

"Kemudian, pakaian yang kita pakai haruslah selesa. Bila dah selesa, kita pun akan jadi yakin.

"Saya memang semulajadi berbadan besar, sejak kecil lagi. Body shaming tu sampai sekarang pun ada.

"Bagi saya, ia terpulanglah kepada mulut mereka. Dulu rasa down, tapi sekarang saya dah sayang diri, yakin dengan diri sendiri... saya tak kisah," ujarnya lagi.

Kata anak sulung daripada enam beradik itu, apa yang paling penting setiap individu harus menjadi diri sendiri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain