suria

Kasihan! Bekas pesakit Covid-19 hilang kerja sebab majikan tak berilmu, orang sekeliling takut nak dekat - “Bukan sampai mati ada pada tubuh”

Dr Kamarul Ariffin berkongsi kisah sedih pesakitnya yang dinafikan hak untuk bekerja gara-gara pernah dijangkiti Covid-19. Gambar hiasan

JIKA ditelusuri di media sosial, pelbagai kisah yang dikongsi oleh bekas pesakit Covid-19 mengenai pengalaman mereka.

Bukan sahaja menempuh 'azab' ketika menerima rawatan, namun apa yang lebih perit, segelintir daripada golongan ini terpaksa berdepan pula dengan stigma negatif masyarakat selepas pulih daripada virus maut itu.

Ada yang dipulaukan jiran tetangga dan rakan sekerja, namun ada juga yang lebih malang sehingga kehilangan kerja, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 13 hari di ICU... Keluarga doktor dah diminta bersedia hadapi berita buruk, siapa sangka stigma masyarakat lebih parah - “Kawan enggan ambil duit baki, risau ada virus”

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok pesakit lain menggelupur, meninggal depan mata... wanita dapat bayangkan jenazah sendiri diurus sebelum dibawa ke ICU - “Covid-19 is real, saya dah habis jaga”

Menerusi coretan di Facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi kisah pesakitnya yang mengadu kehilangan kerja gara-gara dijangkiti Covid-19.

"Dia dijangkiti oleh ahli keluarga, jadi telah dikuarantin dan dirawat di hospital selama dua minggu.

"Setelah disahkan sihat dan dibenarkan pulang, dia pun nak kembali bekerja, tapi bila sampai ke tempat kerja, dia diberitahu untuk buat swab Covid-19 semula. Kalau positif lagi, tak boleh kerja. Ini masalah!" tulis Dr Kamarul Ariffin.



Dr Kamarul Ariffin banyak berkongsi mengenai hal ehwal kesihatan dan juga isu semasa di laman Facebook beliau.

Jelas doktor ini, sebenarnya individu yang pernah dijangkiti Covid-19 berkemungkinan besar akan menunjukkan keputusan positif sekiranya dia melakukan ujian calitan sekali lagi.

"Seorang individu yang telah pulih dari jangkitan Covid-19, masih boleh beri keputusan swab positif untuk beberapa minggu.

"Malah, CDC (pusat kawalan penyakit berjangkit) kata, kalau keputusan dah disahkan positif, tak usah buat saringan dalam masa 90 hari. Ini kerana dalam tempoh itu, kemungkinan keputusan akan masih positif.

Covid-19 ni bukan penyakit yang sekali dapat, sampai mati akan ada pada tubuh, dan menjangkiti orang lain. Kalau seseorang dah pulih dari jangkitannya, maka dia tak menyebarkan jangkitan lagi.

DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

DOKTOR

"Namun kita kena faham bahawa, walaupun keputusan itu akan positif, tak bermakna individu tu masih akan menjangkiti orang lain. Covid-19 ni berjangkit pada tempoh 14 hari yang awal tu sahaja," terang Dr Kamarul Ariffin.

Disebabkan situasi sukar yang ditempuhi itu, cerita doktor ini, pesakitnya kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana majikannya tetap bertegas mahu dia mengulangi ujian saringan bagi virus tersebut.

"Selain itu, pesakit saya ni juga ada mengadu dia sering dielak dan dijauhi oleh beberapa kenalan dan ahli keluarga yang tahu dia pernah dijangkiti Covid-19. Katanya, rasa seperti dipulaukan.



Pesakit Covid-19 memerlukan sokongan orang sekeliling untuk terus pulih dan bangkit membina kehidupan baharu.

"Ya, jangkitan Covid-19 ni amat merisaukan. Tak ada orang yang mahu dijangkiti. Namun, janganlah sampai kita meletakkan stigma pada bekas pesakit Covid-19. Itu dah kira penindasan.

"Covid-19 ni bukan penyakit yang sekali dapat, sampai mati akan ada pada tubuh, dan menjangkiti orang lain. Kalau seseorang dah pulih dari jangkitannya, maka dia tak menyebarkan jangkitan lagi.

"Oleh itu, kita kena lengkapkan diri dengan ilmu dan informasi yang betul tentang penyakit ni. Elakkan bersangka-sangka, memandai-mandai atau buat andaian sendiri. Jika ada kekeliruan atau kesangsian, rujuklah pada yang ahli," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain