suria

Jodoh ‘tunggu’ di kafe! Pemuda kembara solo ke Eropah tawan hati ‘Angelina Jolie’, 2 kali tiket flight batal akhirnya kahwin selepas setahun video call - “Saya sebut KLCC”

Gambar kiri menunjukkan Izzu dan isteri berkahwin pada Januari 2021, sementara foto kanan adalah Alesia, anak kelahiran Belarus.

SATU pasangan yang baru mendirikan rumah tangga menjadi perhatian di aplikasi TikTok kerana kecantikan isteri 'minah salih'nya.

Suaminya yang merupakan rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila turut dikatakan sepadan biarpun berlainan bangsa dan budaya.

"Ada adik ipar ke bro?" antara komen netizen menerusi satu video susulan, kebanyakannya memuji kecantikan isterinya yang dilihat persis model itu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Habis semua kain batik saya dia pakai setiap hari" - Isteri kagum dapat suami mat salih tapi 'terlebih Melayu'... makan mesti mau pedas!

ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model Rusia - "Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia"

Lelaki berkenaan, Muizzuddin Mahmud berkata, isterinya, Alesia Kuhto merupakan rakyat Belarus, sebuah negara timur Eropah berdekatan Rusia, Ukraine dan Poland.



Izzu semasa mengembara solo ke Eropah, akhir 2019.

Anak kelahiran Banting, Selangor itu berkata, mereka berkahwin pada 12 Januari lalu selepas mengenali antara satu sama lain pada akhir 2019 sebelum bermulanya pandemik Covid-19.

"Saya mula mengenali Alesia sewaktu saya mengembara solo secara backpack ke beberapa negara di Eropah seperti United Kingdom, Sepanyol, Poland, Perancis dan Jerman.

"Pertama kali saya bertemu dengannya di sebuah kafe di Warsaw, Poland. Masing-masing duduk berseorangan di meja berasingan.

"Tertarik dengan matanya membuatkan saya berani datang ke meja dia dan menegur. Mula-mula tu dia tak tahu di mana Malaysia sehingga saya sebut KLCC (Menara Berkembar Petronas)," kata pemuda berusia 31 tahun itu kepada mStar.



Pertemuan pertama Izzu (kanan) dan Alesia di sebuah kafe di Warsaw, Poland.

Lebih mesra disapa Izzu, katanya, tarikan pada pandangan pertama itu membuatkan hubungan mereka bertambah serius meskipun berjauhan sekembalinya dia ke tanah air.

"Percaya atau tidak, hampir setahun kami berhubung menerusi video call. Dua kali tiket penerbangan Alesia untuk ke Malaysia pada April dan Jun 2020 batal disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan pintu sempadan negara masih ditutup.

"Asalnya nak bawa dia masuk untuk kenalkan kepada keluarga dahulu. Akhirnya Alesia dapat masuk ke Malaysia pada Disember 2020 selepas kami membuat keputusan untuk terus berkahwin," katanya.



Disatukan sebagai suami isteri selepas lebih setahun berkenalan.

Sejak berkongsi video secara santai bersama isteri di TikTok, anak keempat daripada lima adik beradik itu mengakui banyak soalan-soalan 'panas' yang diajukan kepadanya.

"Banyak yang saya tak mahu ulas atau jawab, tapi dalam banyak-banyak tu saya jawab juga pertanyaan netizen mengenai adik isteri saya.

Saya tak kata wajah isteri iras Angelina Jolie sebagaimana yang dikatakan oleh netizen. Tapi bahagian mata dan renungannya bagi saya persis pelakon itu.

MUIZZUDDIN MAHMUD

"Ya, isteri saya ada seorang adik perempuan berusia 27 tahun. Cuma mereka berdua sahaja dalam adik-beradik, ramai yang memuji kecantikan adik ipar saya," ujar Izzu yang merupakan pengurus di sebuah gim di Kuala Lumpur.

Izzu berkata, ramai menyangka Alesia merupakan seorang model, namun sebaliknya isterinya itu mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan.



Izzu (kiri) bersama Alesia (kanan) dan anak tiri.

Namun, dia yang berpengalaman dalam bidang kecergasan selama sembilan tahun berkata, isterinya kini mencari peluang dalam peragaan atau iklan komersial di Malaysia.

"Jujurnya, saya tertarik dengan matanya yang biru. Bila netizen kata wajah isteri ada mirip dengan pelakon Hollywood, Angelina Jolie... baru saya perasan ada sedikit persamaan.

"Saya tak kata wajah isteri iras Angelina Jolie sebagaimana yang dikatakan oleh netizen. Tapi bahagian mata dan renungannya bagi saya persis pelakon itu," katanya sambil menambah isterinya yang juga berusia 31 tahun mempunyai seorang anak perempuan berumur enam tahun, hasil perkahwinan terdahulu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain