suria

Ambil botol minuman, ludah foto Lisa Blackpink dan simpan semula dalam peti ais! Lelaki dengan 13 pengikut TikTok undang kemarahan ramai

Video TikTok ini turut meraih ratusan ribu tontonan selepas ia dikongsi ke laman Twitter.

BARU sahaja reda isu melibatkan pelakon Janna Nick dengan peminat K-Pop pada Februari, kali ini timbul satu lagi isu yang menjadi perbualan ramai di media sosial.

Ia melibatkan video tular seorang lelaki yang seolah-olah meludah wajah Lisa dari Kumpulan Blackpink yang menjadi penghias botol minuman berjenama popular.

"Tahu air apa ni? Inilah air plastik," ucap lelaki itu yang berdiri di hadapan peti ais dalam sebuah kedai sebelum melakukan perbuatan jijik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sayalah budak yang picit-picit roti semua tu” - Selepas 'jahanam'kan makanan sambil ketawa di kedai serbaneka, remaja mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarian K-Pop setiap hari sejak PKP, jejaka ini terkejut pengikut di TikTok lebih tenang... tak pernah kecam!

Sebelum video berakhir, dia kelihatan meletakkan semula botol minuman itu ke tempat asal di dalam peti sejuk.

Selain TikTok, video itu turut meraih ratusan ribu tontonan selepas ia dikongsi semula ke laman Twitter.

"Salam @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan Malaysia) ni main ludah-ludah kat botol air ni.

"Suruh polis tangkap lepas tu kahak muka dia boleh?" tulis seorang pengguna Twitter, @amymedusaa.

Lisa merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Pop popular, Blackpink.

Rata-rata pelayar Twitter turut menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan lelaki itu yang disifatkan biadab dan pengotor.

Malah kata netizen, mereka marah bukan semata-mata mempertahankan artis K-Pop, namun lelaki itu dilihat sangat pengotor dan boleh memberi kesan terhadap pembeli di kedai tersebut.

Suruh polis tangkap lepas tu kahak muka dia boleh?

PELAYAR TWITTER

"Ni bukan orang marah sebab ludah Lisa tapi sebab ludah air lepas tu tak beli. Nanti orang lain pula ambil bekas ludah dia. Musim-musim Covid-19 pula tu.

"Bila bodoh dan tak ada bakat apa-apa nak buat kat TikTok. Benda bodoh je la boleh buat untuk famous.

"K-Pop atau bukan K-Pop, ramai yang meninggal kerana Covid-19 dan kau boleh main ludah-ludah?

Blackpink dibarisi oleh Jisoo (kiri), diikuti Lisa, Jennie dan Rose.

"Ala dungunya. Musim koronavirus lagi, kau boleh meludah? Kemudian orang pegang," tulis netizen.

Dalam pada itu, semakan mStar mendapati akaun TikTok pelaku sudah 'dikunci' dalam mod private.

Lelaki itu memiliki hanya 13 pengikut di akaun TikTok miliknya.

Lisa merupakan ahli kumpulan Blackpink di bawah naungan YG Entertainment.

Kumpulan K-Pop paling popular di dunia itu turut dibarisi tiga lagi ahli iaitu Jennie, Rose dan Jisoo.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain