suria

“Sayalah budak yang picit-picit roti semua tu” - Selepas 'jahanam'kan makanan sambil ketawa di kedai serbaneka, remaja mohon maaf

Paparan skrin rakaman yang memaparkan perbuatan tidak bermoral remaja itu.

TINDAKAN seorang remaja lelaki yang merosakkan beberapa paket makanan dan minuman di kedai serbaneka Family Mart mengundang padah apabila dia teruk dikecam netizen.

Ia sekali gus memaksa si pelaku untuk tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram, Khamis malam.

"Assalamualaikum sayalah budak yang viral apa benda picit-picit roti semua tu kan, yang minum air main bukak semua tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan dua sahabat... cabaran ‘makan dan cabut lari’ kena kecam, ini penjelasannya!

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah lampau 'pendakwah' didedah, ramai mahu tumbangkan akaun Instagram Awie MBR, “Buat sampai dia senyap”

"Sekarang ni saya mahu minta maaf dekat netizen-netizen tulah yang tengok video tu, yang rasa kurang senang, rasa nak pijak ke apa semua.

"Saya minta maaf banyak-banyak, sekarang ni saya ada kat Family Mart, saya dah minta maaf dengan semua pekerja kat sini, saya nak bertanggungjawab untuk bayar balik apa semua tu lah," ujarnya.

Video itu dimuat naik menerusi laman Instagram rakannya, Luqbubbles yang juga menjadi perakam video tular berkenaan.

Disebabkan orang-orang macam kau la, semua Melayu dicop bangsa tak bertamadun.

NETIZEN

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, polis menerima laporan kejadian daripada pengurus premis pada jam 11.20 malam.

"Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30," katanya memetik Harian Metro.

Bertindak atas laporan itu, Mohd Nor Marzukee berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Terdahulu, warga maya kecoh dengan penularan video aksi remaja itu yang dilakukan di sebuah outlet Family Mart, dipercayai di Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan.

Selain memicit beberapa paket makanan, dia turut membuka sebotol minuman dan meneguknya sebelum ia diletakkan semula ke atas rak.

Malah, perbuatan yang dilakukan sambil bergelak ketawa itu disifatkan orang ramai sebagai tidak bertamadun dan biadab.

Selain kecaman di Twitter dan Facebook, laman Instagram rakan pemuda berkenaan turut dihujani lebih 1,000 komen.

"Disebabkan orang-orang macam kau la, semua Melayu dicop bangsa tak bertamadun," tulis @alalifzakaria.

"Nak maki je budak ni haihh. Nampak sangat jakun budak-budak ni," tulis seorang lagi netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Family Mart, picit, makanan, maaf, kecam

Artikel Lain