suria

Internet slow ketika banjir, siswi kembar cari jalan ikuti kelas online di beranda... nak keluar rumah terpaksa dayung perahu dahulu - “Alhamdulillah dapat lecturer prihatin”

Mariana dan Mariani menghadapi cabaran untuk menyertai kelas dalam talian gara-gara banjir yang melanda.

BANJIR yang sedang melanda negeri pantai timur ketika ini cukup membimbangkan ramai.

Antara yang turut terkesan tentunya pelajar yang terpaksa mengikuti pengajian secara dalam talian.

Menurut Siti Mariana Ismail, 22, capaian Internet yang tidak stabil, ditambah dengan keadaan cuaca tidak menentu sangat mencabar buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergerak hati rakam video lepas tengok sampan bergoyang-goyang depan rumah mentua, rupa-rupanya petanda tragedi lucu - “Yang jatuh tu biras saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun 8 kali banjir... air melimpah bapa selamba duduk atas kerusi, nak hias rumah pun tawar hati - “Dah habis RM60,000 upgrade”

Mesra disapa Mariana, gadis dari Pasir Mas, Kelantan itu turut berkongsi fotonya sedang mengikuti kelas online di beranda rumahnya yang kini dikelilingi air banjir.

"Air banjir di rumah sudah mencapai paras dada. Tapi mujurlah rumah kami tinggi, jadi kami belum berpindah lagi.

"Sebelum banjir, saya biasanya akan ke rumah jiran kerana capaian Internet di sana lebih kuat. Tapi bila banjir, saya susah nak keluar rumah.

Bapa Mariana menggunakan perahu untuk keluar dari kawasan rumah yang ditenggelami banjir.

"Terpaksa bawa laptop duduk di beranda untuk cari line Internet. Tambah-tambah kalau hujan, semakin perlahan," ujar penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) itu.

Selain Mariana yang mengikuti pengajian bidang Bio Teknologi, kembarnya, Siti Mariani juga merupakan penuntut Usim dalam bidang Fizik Gunaan.

Ujar Mariana, dia bagaimanapun bersyukur apabila tenaga pengajar insitusi pengajian tinggi itu cukup memahami situasi yang melanda mereka ketika ini.

Saya juga berharap capaian Internet di kawasan saya lebih laju untuk memudahkan urusan pembelajaran online.

MARIANA

"Memang tersekat-sekat nak ikuti kelas online. Tapi lecturer ada tanya sekiranya kami terjejas akibat banjir. Saya pun ada maklumkan.

"Alhamdulillah dapat lecturer yang prihatin dan mengambil berat," ujarnya lagi.

Harapan Mariana, dia bukan sahaja mahu banjir berakhir segera, malah mahu rantaian jangkitan Covid-19 turut diputuskan.

Pasangan kembar itu bersama ahli keluarga mereka.

Ujarnya, dia rindu suasana pembelajaran di kampus yang lebih kondusif bersama rakan-rakan yang lain.

"Sebagai pelajar, saya faham... bukan saya je yang alami. Ramai lagi hadapi masalah Internet slow.

"Saya berharap Covid-19 juga akan berakhir. Saya juga berharap capaian internet di kawasan saya lebih laju untuk memudahkan urusan pembelajaran online," ujarnya lagi.

Keadaan di rumah Mariana pada ketika ini.

Bercerita mengenai keadaan semasa di kampungnya, bapa Mariana iaitu Ismail Hamat, 72, yang juga bekas guru agama terpaksa menggunakan sampan untuk keluar dari rumah mereka.

"Dulu abah ada bot yang pakai enjin tu. Tapi dah rosak. Sekarang pakai perahu yang kayuh untuk keluar.

"Naik perahu dulu, kemudian sampai ke tempat tak banjir baru naik kereta dan pergi ke kedai. Ibu saya pula sudah meninggal sejak saya umur 13 tahun," kata Mariana lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain