suria

Anak banyak habiskan masa di rumah gara-gara PKP, doktor bimbang kemungkinan terjebak ‘khalwat maya’ - “Mual saya fikirkan...”

Seorang doktor menyuarakan rasa bimbangnya terhadap golongan remaja yang cenderung untuk terjerumus dalam trend yang dikenali sebagai 'khalwat maya' ketika ini. Gambar hiasan

SEJAK semua sekolah ditutup ekoran kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan virus Covid-19, anak-anak menghabiskan hampir sepenuh masa di rumah.

Sebahagian masa mereka diperuntukkan untuk mengikuti proses pembelajaran secara dalam talian (online) dan melakukan tugasan yang diberikan.

Ada ibu yang bersama-sama mengikuti atau memantau rapat aktiviti pembelajaran anak-anak, namun boleh dikatakan majoritinya mempunyai kekangan berbuat demikian kerana terpaksa keluar bekerja di pejabat atau lapangan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa Uncle S tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?” - Anak jadi mangsa nafsu rakan bapa, hanya menggigil tahan air mata dengar penjelasan doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! Petugas makmal hospital dedah hakikat nafsu serakah tak kenal mangsa, tempat - “Dari meraba sehingga tiada pilihan melainkan melayan”

Keadaan ini sebenarnya secara tidak langsung mendorong anak-anak kepada aktiviti yang tidak sepatutnya, apatah lagi mereka mempunyai kemudahan untuk mendapatkan akses Internet.

Sebagaimana perkongsian seorang doktor ini di Twitter, beliau menyuarakan betapa bahayanya ibu bapa yang tidak memantau aktiviti anak-anak di rumah kerana tanpa sedar, golongan ini cenderung untuk terjerumus dalam trend yang dikenali sebagai 'khalwat maya' ketika ini.

"Yes, sekarang makin ramai remaja dan murid sekolah rendah terjebak khalwat alam maya ni. Paling takut, khalwat alam maya membawa mereka macam suami isteri.

"Bayangkan, PKPB tak sekolah, di rumah je. Mak ayah terpaksa kerja. Dia usia 11 hingga 16 tahun, ada mak ayah dah yakin untuk mereka tinggal sendiri di rumah.

"Makanan dah disiapkan. Handphone dibelikan yang murah tapi boleh video call, di rumah ada wifi maka handphone tak perlu kredit (pra-bayar), WhatsApps pun dah ada video call, maka video call di on sepanjang masa," tulis Dr Ana Yasmin Azmi di laman berkenaan.



Tanpa pemantauan ibu bapa, anak-anak cenderung untuk terjerumus dalam trend yang dikenali sebagai 'khalwat maya' ketika ini. Gambar hiasan

Tambahnya, anak-anak menggunakan kecanggihan teknologi dan semua kemudahan yang ada di sekeliling mereka untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya walaupun masing-masing berada di lokasi yang berbeza.

"Walau di rumah berbeza tapi keduanya nampak jelas apa seorang lagi buat di hujung sana. Tidur ke, tukar baju ke, mandi ke... Allah!!! Nauzbillah, mual saya fikirkan," luahnya bimbang.

Ujarnya lagi, mungkin sesetengah pihak tidak merasakan perkara ini sebagai isu biasa namun tegas doktor ini lagi, kesan daripada perbuatan tersebut meninggalkan impak yang besar terhadap kehidupan seseorang.

Sekarang makin ramai remaja dan murid sekolah rendah terjebak khalwat alam maya ni. Paling takut, khalwat alam maya membawa mereka macam suami isteri.

DR ANA YASMIN AZMI

DOKTOR

"Macam katak dalam periuk la. Kalau katak jatuh dalam air panas pasti dia lompat keluar. Tapi kalau dalam air sejuk yang perlahan-lahan dipanaskan, katak tu tak rasa... sedar-sedar dah termati.

"Macam tu la dosa khalwat maya ni. Kesan dosa yang dianggap tidak berdosa, ia akan menghancurkan iman secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, dan akhirnya menjahanamkannya terus tanpa sedar," luahnya bimbang.

Perkongsiannya itu turut menarik perhatian ramai netizen dengan rata-ratanya bersetuju bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal membabitkan perkembangan anak-anak.



Ibu bapa digalakkan untuk lebih kerap memantau aktiviti anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini daripada berlaku. Gambar hiasan

"Ibu bapa sentiasa main peranan penting dalam mendidik anak-anak dari kecil sampai ke tua pun. Biarpun telah remaja, tanggungjawab ibu bapa berterusan dengan terus menegur dan mengingatkan. Walaupun dan berkahwin, berkeluarga, tak salah ibu bapa terus menegur perilaku anak-anak," tulis seorang netizen.

"Memang tidak mudah untuk menegur dan menghalang. Apa lagi anak yang baru meningkat remaja. InsyaAllah didikan dari kecil dikembangkan secara berperingkat yang akan menjadikan anak-anak boleh berfikir dan memilih perkara yang wajar untuk mereka," komen seorang netizen lain.

Sehingga kini perkongsian Dr Ana Yasmin meraih lebih 4,800 retweet.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain