suria

Budak bersongkok bukan main banyak cakap masa jual mangga, terus senyap ditanya ‘siapa potong’ - “Saya doa budak ni jadi someone special”

Seorang kanak-kanak bersongkok menjual mangga potong. -gambar hiasan/ foto ankaulu.blogspot / facebook Shake Shake Mango Temerloh

BUKAN sahaja orang dewasa, kanak-kanak pun ada yang sudah mula berniaga secara kecil-kecilan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Mereka banyak berkorban tanpa merasai peluang yang dinikmati oleh kebanyakan kanak-kanak lain yang seusia.

Tidak berniaga, tiadalah duit, mungkin itu yang terdetik di hati kecil mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lihat budak basah kuyup jual mangga asam boi, guru suruh 'jalan terus' - "Ingin aku duduk dalam ribuan penonton dengar kisah perjuangan kau"

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau berduit, takkanlah dia duduk di kaki lima jual roti canai segera" - Pelanggan akui peniaga kecil ini malu disapa, tapi perlu teruskan hidup

Seorang guru berkongsi pengalamannya didatangi oleh seorang kanak-kanak yang bersongkok ketika makan malam di sebuah restoran.

"Assalamualaikum bang, belilah buah mangga saya... Tot tet, tot tet dia promosi beli buah mangga potong.

"Biasanya kalau ada budak datang jual barang, biasanya saya akan bual dengan dia dulu sebelum beli. Datang dari mana dik?

“"Jauh tu dik! Saya macam terperanjat dengan jawapan dia sebab tempat yang dia beritahu tu agak jauh dari kawasan tempat saya makan ni," tulis guru berkenaan di laman Facebook Muhammad Yusof.

Satu demi satu soalan ditanya guru berkenaan atas rasa ingin tahu terhadap kanak-kanak yang rajin mencari rezeki ketika rakan-rakan sebayanya sedang berehat di rumah.

"Datang dengan siapa? Datang dengan ayah. Naik apa? Jauh rumah tu dik? Naik motor.

"Masa tu risau juga saya dengan musim-musim hujan ni naik motor," ujar Muhammad Yusof.



Soalan mengenai siapa yang memotong mangga membuatkan kanak-kanak itu terdiam. -gambar hiasan / foto 10steps.org

Namun, soalan berikutnya membuatkan kanak-kanak yang petah bercakap itu terus senyap tanpa sebarang kata.

"Siapa potong mangga ni dik? Mak yang potong ke? Dia yang tadi tot tet, tot tet bercakap terus senyap. Perlahan dia beritahu mak saya dah meninggal bang, kena sakit kanser.

"Allahu, kasihan adik ni. Muda-muda lagi dah diuji macam ni dik," katanya yang kemudian mengubah topik perbualan dengan membeli mangga potong yang dijual kanak-kanak itu.

Perlahan dia beritahu mak saya dah meninggal bang, kena sakit kanser. Allahu, kasihan adik ni

MUHAMMAD YUSOF

Menurut Muhammad Yusof, kanak-kanak itu tidak lagi banyak bercakap selepas itu, sebaliknya hanya mendiamkan diri.

"Teringat kat arwah mak agaknya. Saya macam bersalah juga masa tu. Saya bagi duit lebih sikit kat dia, buat duit belanja. Barulah dia senyum sikit.

"Sebelum dia balik, saya tanya dia. Lepas ni nak pergi mana dik? Dia jawab saya nak pegi sembahyang Isyak dulu bang. Cikgu kat sekolah pesan jangan tinggal sembahyang.

"Ayah pesan tunggu kat surau depan sana. Dia pun jual mangga sama, nak cari duit bang," katanya yang mengimbas kembali perbualannya bersama kanak-kanak itu.



Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Situasi itu ternyata menyentuh perasaan Muhammad Yusof, apatah dia sendiri bergelar pendidik.

"Sebagai seorang cikgu, hati saya sangat tersentuh hari ni. Walaupun diuji dengan kesusahan, tapi pesan cikgu dia tak lupa.

"Saya kadang-kadang nak marah juga bila pagi-pagi buat kelas tapi yang masuk berapa kerat je. Kita mungkin tak tahu di sebalik kisah budak-budak semasa pandemik ni, mungkin ada yang malam-malam kerja part time basuh pinggan atau tolong jadi runner makanan yang mak mereka masak sebab nak tambah pendapatan keluarga, kita pun tak tahukan.

"Saya doakan budak ni akan jadi someone special satu hari nanti. Moga dia jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain