suria

Ingatkan helah nak MC je, doktor dedah taktik pesakit di klinik... ibu hamil, mangsa kemalangan pun terbabit – “Lesap tanpa bayar”

Dr Kamarul (gambar kecil) berkongsi pengalaman bertugas di klinik swasta. gambar hiasan/foto facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MACAM-macam ragam dan kerenah pesakit yang dapat dilihat atas sebab dan alasan masing-masing, begitulah yang dihadapi petugas perubatan saban hari.

Ingatkan hanya kisah segelintir pekerja dengan temberang mereka untuk mendapatkan cuti sakit, rupa-rupanya ada helah lain yang kita sendiri tidak tahu.

Umum mengetahui, setiap ubat mempunyai kos, dan terdapat caj konsultasi khidmat perubatan yang ditawarkan oleh doktor klinik swasta.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi balik awal sebab nampak wanita kendong anak ketuk cermin klinik, rupa-rupanya ada sesuatu Allah nak tunjuk selepas doktor ini tolak jumpa jurujual susu formula

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar 'doktor kiriman tuhan' tapi tak mampu selamatkan bayi pramatang... jantung berdegup laju jam 1 pagi - "Jika hidup sampai esok pagi, itu keajaiban"

Seorang doktor berkongsi pengalamannya bertugas di klinik swasta menemui pesakit yang menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan rawatan 'secara percuma'.

"Antaranya, datang kerana demam atau ada sakit tubuh, minta suntikan. Lepas suntikan diberi, dia keluar bilik konsultasi dan terus beredar tanpa bayar," tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di halaman Facebook beliau.



Pelbagai ragam pesakit di klinik swasta. -gambar hiasan

Dr Kamarul yang berpengalaman dalam bidang perubatan kira-kira 10 tahun memberitahu, terdapat juga helah mereka yang hamil dan pesakit terbabit dalam kemalangan.

"Datang nak periksa kehamilan. Setelah buat, ujian kehamilan, imbasan (scan) bayi dan dapat khidmat nasihat, terus balik tanpa bayar.

"Datang lepas kemalangan. Diberi suntikan kancing gigi, luka dijahit, luka dicuci dan dibalut. Lepas tu terus larikan diri juga tanpa bayar," katanya.

Mengenang kembali, beliau berkata, taktik turut dilakukan oleh segelintir ibu atau bapa yang membawa anak mereka yang sakit untuk mendapatkan rawatan.

"Datang anak demam. Minta doktor masukkan ubat suppositori (peluru) dalam dubur anak, kononnya tak reti buat. Lepas tu bergegas keluar tanpa bayar," tambahnya.



Dr Kamarul berkongsi pengalaman mengenai taktik segelintir pesakit.

Ini katanya, termasuk mereka yang datang ke klinik swasta untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

"Datang untuk tanya macam-macam tentang penyakit dia, suruh periksa dan tanya ubat apa sesuai, kemudian lesap begitu sahaja tanpa bayar.

"Ada banyak lagi taktik lain, tak perlu saya senaraikan semuanya. Saya beritahu sebahagian sahaja, dan saya mohon kalian supaya tak tiru taktik ini," tegas beliau yang kini bertugas di sebuah pusat rehabilitasi dan fisioterapi di Johor.

Jika kalian dalam kesulitan, seeloknya berterus terang sahaja. Tak usah buat sesuatu yang akan tambah menyusahkan diri dan pihak lain

DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

Menurut Dr Kamarul, taktik-taktik tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia akan memberi kesan kepada kepercayaan antara doktor dan pesakit.

"Kalau ramai yang buat, semua klinik akan mula minta bayaran deposit, pegang IC (kad pengenalan) pesakit atau kunci pintu keluar masuk klinik.

"Tak syoklah kalau begitu. Dah hilang salah satu tunjang kepada proses merawat, iaitu kepercayaan antara doktor-pesakit," katanya.



Dr Kamarul memberi nasihat kepada pesakit yang terdesak.

Sehubungan itu, beliau berkata, pesakit seharusnya menceritakan perkara sebenar sekiranya mereka benar-benar dalam kesusahan.

"Jika kalian dalam kesulitan, seeloknya berterus-terang sahaja. Tak usah buat sesuatu yang akan tambah menyusahkan diri dan pihak lain.

"Apapun, saya sentiasa doakan yang baik-baik buat sesiapa sahaja yang dalam keadaan terdesak, kesukaran dan kesulitan terpaksa berhutang begitu. Semoga dipermudahkan.

"Ketahuilah, bukan doktor dan ubat yang menyembuhkan penyakit, tapi Dia (Tuhan). Maka tak usah buat apa yang ditegah olehNya," kata Dr Kamarul.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain