suria

Isteri hidap kanser telinga, pakcik OKU gigih berniaga di kaki lima bank... tulis atas kertas minta ‘pakat-pakat tolong’ - “Dia masih fikir orang yang lebih susah”

Seorang pelayar memuat naik kisah Pakcik Mat Jamil yang berniaga sayur-sayuran di hadapan sebuah bank. -foto Asri Faris Omar

USIANYA sudah dikategorikan sebagai warga emas malah bertaraf Orang Kurang Upaya (OKU), namun lelaki ini tetap gigih membanting tulang empat keratnya mencari rezeki.

Dengan berbekalkan sehelai tikar plastik, lelaki tua ini menghamparkannya di bahagian hujung kaki lima berdekatan sebuah bank sebagai alas untuk meletakkan sayur-sayuran jualannya.

Kisah lelaki tua ini menjadi tumpuan netizen selepas dikongsikan seorang pelayar di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah sedih pakcik bertongkat jual ‘mask extender’ terbongkar selepas wanita ini tergerak hati nak sapa - “Tak niat nak beli, entah kenapa saya pusing semula”

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal ada ijazah, praktikal di syarikat besar tapi pilih jual teh ais... jangan ingat kerja biasa-biasa ni, siap ada 5 ejen! - “Masa PKP hari-hari bancuh”

"Pakcik ni jual sayur dekat Maybank Bertam, Kepala Batas. Dia status OKU. Sayur dari kebun dia dan kawan dia. Dia start dari 10 pagi hingga 6 petang. Setiap hari dia ada. Kalau tak larat, dia tak mai (datang)," demikian sebahagian kapsyen pelayar berkenaan pada posting tersebut.

Posting tersebut sehingga kini meraih lebih 350 perkongsian di Facebook.

Mengimbas kembali pertemuan dengan lelaki warga emas berkenaan, Asri Faris Omar berkata ketika itu dia sedang menemani adiknya yang mahu berurusan dengan sebuah bank.



Pakcik Mat Jamil gigih mencari rezeki dengan berniaga sayur-sayuran.

"Sementara adik di dalam, saya tunggu di luar. Ketika itulah nampak pakcik yang dikenali sebagai Mat Jamil bentang tikar di hujung kaki lima dan dia duduk bersila.

"Saya pun hampirinya nak tengok dia jual apa... rupa-rupanya dia jual sayur-sayuran. Sambil-sambil tu sempat bersembang kejap. Katanya, sayur-sayur tu adalah hasil tanaman di kebunnya dan rakan.

"Antaranya cili, timun, bendi dan sebagainya. Harganya pun murah-murah malah dia siap tulis senarai harga pada sekeping kertas," cerita lelaki berusia 29 tahun ini.

Sebenarnya, anak-anak pernah melarang bapa mereka bekerja namun biasalah orang tua... mereka tak suka duduk diam sebab sudah terbiasa bekerja.

ASRI FARIS OMAR

PELANGGAN

Melalui penceritaan lelaki berkenaan, Asri berkata warga emas berusia dalam lingkungan 60-an itu memaklumkan dia mempunyai seorang isteri yang sedang berjuang dengan penyakit kanser telinga manakala empat anaknya pula tinggal berjauhan.

"Sebenarnya, anak-anak pernah melarang bapa mereka bekerja namun biasalah orang tua... mereka tak suka duduk diam sebab sudah terbiasa bekerja.

"Itu yang saya salute dan respect dengan Pakcik Mat Jamil. Dia berstatus OKU kerana dua kali terlibat dengan kemalangan, namun masih gagah keluar mencari rezeki.

"Satu lagi yang saya salute, pakcik ni bukan saja jual sayur dengan harga yang murah, malah siap bagi sayur lebih lagi.



Senarai harga turut diletakkan bersama sayur yang dijual.

"Dia kata, dia faham sekarang ramai yang terkesan sebab Covid-19 sebab tu jual murah. Bayangkan, dalam keadaan macam tu pun, dia masih fikirkan orang yang lebih susah daripadanya," cerita Asri yang menetap di Pokok Sena, Kepala Batas.

Malah ujar lelaki yang mengusahakan kedai makan ini, dia turut berkesempatan membeli beberapa jenis sayuran daripada lelaki berkenaan.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Asri berkata dia sekadar cuba membantu seadanya dengan harapan hebahan di media sosial sedikit sebanyak membantu perniagaan lelaki berkenaan.



Antara komen netizen yang berkongsi pengalaman pernah membeli sayur-sayuran daripada Pakcik Jamil.

"Saya fikir kalau cuba share di media sosial, mesti ramai yang tahu dan cuba bantu dengan membeli jualan pakcik ni.

"Syukur perkongsian ini sampai ke pengetahuan ramai. Sebab saya tak ada kapasiti, jadi dengan cara macam ini sahajalah boleh cuba membantu.

"Melalui komen-komen orang ramai, mereka juga memuji pakcik ini bukan saja sebab sayurnya murah dan segar, tapi siap dapat lebih lagi.

"Lagi satu, kita sebagai masyarakat kena jadi mata-mata masyarakat kita sendiri. Hulurkan bantuan supaya mereka yang patut dibantu ini sampai kepada pengetahuan pihak yang sepatutnya," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
OKU, warga emas, sayur, segar, murah, kaki lima, bank

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?