suria

Nampak pengantin photoshoot gambar kahwin guna telefon, jurugambar perjelas tawar khidmat percuma bukan sebab ‘sedih’ - “Saya pernah kena marah di Mesir”

Uzair (kiri) berkongsi kisah merakamkan foto pasangan pengantin sebagai talent secara spontan. Foto instagram uzairilation

MENGABADIKAN foto perkahwinan sebagai kenangan terindah semestinya diimpikan setiap pasangan yang bergelar Raja Sehari.

Tular di media sosial mengenai pasangan pengantin yang dikatakan mengambil gambar mereka di tempat awam hanya menggunakan telefon bimbit.

Sehinggalah seorang jurugambar menyedari keadaan itu lalu menawarkan dirinya untuk mengambil gambar pasangan tersebut secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari sekolah pondok di negara seberang ke Bukit Bintang, Saloma Link... memori terindah 5 sekawan hadiah selepas 3 tahun terpisah - "Tak salah jadi serba boleh"

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, "Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang"

Bercakap kepada mStar, jurugambar berkenaan, Ahmad Uzair Abd Halim memberitahu, kejadian berlaku pada 25 September lalu di Taman Tasik Taiping di Taiping, Perak tetapi dia hanya membuat perkongsian di laman sosial pada minggu ini.



Uzair (kanan) ketika mendekati satu pasangan pengantin.

Pemuda berusia 21 tahun itu berkata, di lokasi yang sama, dia terlebih dahulu melakukan penggambaran foto perkahwinan bersama pasangan pengantin lain selepas tengah hari.

"Selesai photoshoot, saya bersama rakan terus berada di taman itu kerana mahu mengambil gambar persekitaran selain mencari talent secara spontan untuk dirakamkan foto.

"Ketika itulah saya ternampak satu pasangan pengantin lain di kawasan itu yang sedang mengambil gambar dengan hanya menggunakan telefon pintar saja," katanya.



Selepas dipujuk, pasangan pengantin bersetuju untuk dirakamkan gambar mereka.

Memberanikan diri untuk menegur pasangan itu, pemuda yang lebih mesra disapa Uzair itu cuba menawarkan pasangan itu khidmat fotografi perkahwinan.

"Pada awalnya mereka agak berat untuk terima kerana bimbang saya akan mengenakan caj. Tapi saya menawarkan khidmat secara percuma kerana mahu mengambil gambar talent secara spontan.

"Setelah cuba memujuk selain menunjukkan portfolio hasil fotografi saya, mereka akhinya bersetuju untuk dijadikan sebagai model," ujarnya yang berasal dari Serdang di Bandar Baharu, Kedah.



Berpengalaman merakamkan gambar talent di Mesir.

Berkesempatan berbual dengan pasangan pengantin berkenaan, anak ketujuh daripada lapan beradik itu menjelaskan bahawa mereka tidak mengupah mana-mana jurugambar kerana hanya mahu mengabadikan kenangan menerusi foto sederhana.

"Mereka hanya mahu simple-simple saja, jadi mereka rasa tiada keperluan untuk ambil khidmat jurugambar. Secara kebetulan, saya buat random shoot dan mencari talent secara spontan selepas selesai tugasan fotografi.

Kena reject itu perkara biasa, tapi saya tidak berputus asa.

AHMAD UZAIR ABD HALIM

"Seandainya saya tak jumpa pasangan pengantin tu, mungkin saya jumpa dan tegur orang lain untuk dijadikan talent sekiranya tertarik untuk berbuat demikian.

"Saya tawarkan khidmat fotografi kepada mereka secara percuma dengan sukarela, bukannya sedih tengok keadaan mereka. Secara kebetulan juga dipertemukan mereka untuk menjadi talent ketika itu," tambahnya.



Pengalaman di Mesir membina keberanian dalam diri Uzair.

Siapa sangka pemuda yang berjinak-jinak dalam dunia fotografi sejak Julai lalu merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir.

"Nak tegur orang untuk jadi talent secara spontan memerlukan keberanian. Saya pernah kena marah di Mesir hanya mahu bertanya sama ada mereka berminat untuk menjadi talent dan merakamkan gambar mereka. Penduduk tempatan di sana amat sensitif.

"Pengalaman di Mesir membuatkan saya lebih berani mendekati orang ramai di tempat awam. Kena reject itu perkara biasa sebab kita faham mereka mungkin ada sebab tertentu termasuk mahukan privasi.

"Tapi saya tidak berputus asa untuk mengumpul lebih banyak porfolio saya dengan merakamkan gambar-gambar talent secara spontan. Biar kita minta izin daripada ambil gambar curi-curi dan semestinya belajar daripada pengalaman," kata Uzair.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain