suria

Kisah sedih pakcik bertongkat jual ‘mask extender’ terbongkar selepas wanita ini tergerak hati nak sapa - “Tak niat nak beli, entah kenapa saya pusing semula”

Kisah seorang lelaki mualaf yang gigih mencari rezeki dengan menjual mask extender menyentuh hati netizen.

MUNGKIN fizikalnya tidak sesempurna insan lain, tetapi lelaki ini tidak menjadikan keadaan dirinya sebagai alasan untuk bermalas-malasan mencari rezeki.

Menggunakan tulang empat keratnya, lelaki ini gigih mencari rezeki dengan menjual 'mask extender' atau penyambung pelitup muka untuk wanita berhijab.

Kisah lelaki ini mencuri tumpuan ramai selepas dikongsikan oleh seorang wanita di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaloi! Penat gadis Ipoh bantu lelaki tua sebatang kara bagai berbalas, dapat ucapan tahniah Ustaz Ebit - “Saya respect mereka yang tak henti-henti buat kerja kebajikan”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah terima sedekah, Tok Bibah jual botol kosong, barang lusuh cari rezeki... mampu hantar anak angkat masuk universiti!

"Hari ini kita tolong orang, esok lusa mana tahu orang pula yang tolong kita. Pakcik ni jual mask adapter buat sendiri. Harga RM1-RM3 ikut corak. Macam-macam corak ada. Semoga Allah permudahkan urusan dan perluaskan rezeki pakcik ni. Lokasi LRT Cempaka," demikian tulis wanita berkenaan.

Posting tersebut meraih sehingga 18,300 retweet dan 9,600 likes.



Perkongsian Rabiatul Adawiyah mengenai seorang lelaki menjual mask extender menjadi tular di Twitter.

Mengimbas kembali pertemuan dengan lelaki berkenaan, Rabiatul Adawiyah Abu Sufian berkata ketika itu dia baru sahaja turun di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka untuk pulang ke rumahnya selepas bekerja.

"Saya memang turun di stesen Cempaka sebab rumah terletak di Pandan Indah. Sebelum ini saya langsung tak pernah perasan kehadiran pakcik tu, hanya ketika pulang Jumaat lalu baru ternampak.

"Mula-mula tak ada niat pun nak beli, saya hanya lalu saja. Tapi entah kenapa, saya pusing semula. Saja-saja berbual dengan pakcik tu. Katanya semua mask extender tu hasil buatannya sendiri. Murah-murah pula tu. Harga antara RM 1 hingga RM 3.



Wanita ini tidak menyangka menerima banyak mesej daripada netizen yang mahu menghulurkan sumbangan kepada lelaki berkenaan.

"Pakcik ni seorang mualaf. Bila tanya mengenai keadaan kakinya yang bertongkat, dia kata sebab jadi mangsa kemalangan langgar lari.

"Saya jatuh simpati... kita tahu sekarang semua struggle mencari rezeki. Pakcik ni pula walau keadaannya macam tu tetap gigih bekerja guna kudrat sendiri. Itu buatkan saya kagum," ujar wanita berusia 25 tahun ini yang turut membeli barangan jualan lelaki berkenaan.

Tidak menyangka perkongsian tersebut menjadi tular, Rabiatul Adawiyah berkata dia sekadar cuba membantu seadanya dengan harapan hebahan di laman sosial sedikit sebanyak membantu perniagaan lelaki berkenaan.

Pakcik ni seorang mualaf. Bila tanya mengenai keadaan kakinya yang bertongkat, dia kata sebab jadi mangsa kemalangan langgar lari.

RABIATUL ADAWIYAH ABU SUFIAN

"Kita biasa lihat orang buat posting seperti ini di Twitter bagi tujuan membantu perniagaan seseorang. Jadi saya fikir mengapa tidak saya cuba sebab ini sahaja caranya saya boleh tolong pakcik ni.

"Tak sangka pula saya menerima mesej daripada ramai orang yang mahu bantu pakcik ni. Mereka minta saya tanyakan nombor akaunnya kerana nak beri sumbangan. Tapi masa berborak hari tu saya tak tanya pula... sebab kita pun tak sangka sampai begini impaknya.



Antara mesej yang diterima oleh Rabiatul Adawiyah.

"Malah nama pun saya lupa tanya. Jadi insan-insan yang baik hati ini terus bank-in dalam akaun saya dulu. Pastinya saya akan pergi bertemu semula pakcik ini untuk serahkan sumbangan yang diamanahkan.

"Saya akan bertanya beberapa butir perkara seperti nombor akaun supaya memudahkan urusan sumbangan orang ramai kelak. Pasti saya akan update pertemuan tersebut di Twitter," ujarnya.



Rabiatul Adawiyah kagum dengan sikap prihatin rakyat Malaysia.

Dalam pada itu ujarnya, dia bersyukur kerana kisah lelaki berkenaan mengundang perhatian ramai, malah ada beberapa pelayar turut berkongsi pengalaman terserempak dengan individu yang sama sedang berniaga di beberapa lokasi lain.

"Kisah ini mengajar kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Ada ramai di luar sana yang tak ada kerja, terpaksa struggle mencari rezeki. Jadi usah mengeluh.

"Kalau kita rasa kita susah, sebenarnya lebih ramai yang susah. Lihat saja pakcik ni. Namun semangatnya tetap kuat untuk mencari rezeki," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mask extender, stesen LRT, bertongkat

Artikel Lain