suria

Wanita tak sangka lelaki sanggup korban tidur sebab nak ‘guide’ daki gunung akhirnya ‘guide’ dirinya ke jannah - “Mula-mula tak suka dia”

Daripada mendaki gunung bersama-sama, pasangan ini akhirnya disatukan sebagai suami isteri selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

BENARLAH jodoh itu rahsia Tuhan.

Siapa sangka, dua individu yang saling tidak mengenali akhirnya bertemu jodoh ketika melakukan aktiviti mendaki gunung (hiking) bersama-sama.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Hamizah Md Sha'eb berkata segalanya bermula apabila dia membuat satu posting di satu laman Facebook lima tahun lalu untuk bertanyakan mengenai jurupandu (guider) bagi aktiviti mendaki di Bukit Tabur.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa gosip di sekolah kini suami isteri, tak sangka cikgu Geografi jadi mak mentua – “Pakai purdah sebab tak mahu mereka cam”

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta monyet dianggap tak ke mana, cikgu pun tak yakin... adik angkat akhirnya dibawa naik pelamin - “Saya ajak dia couple semula”

"Masa tu saya masih belajar di sebuah universiti. Bila asyik fokus belajar, terasa nak keluar dari zon selesa dan bersama beberapa rakan wanita, kami rancang nak hiking ke Bukit Tabur.

"Namun saya tak kenal sesiapa yang boleh bawa, jadi saya post dekat satu group Facebook bertanyakan tentang guider untuk kami. Kemudian suami, Iwan Harianto Mohd Saad hantar mesej di Massenger bertanyakan mengenai posting saya.



Bibit perkenalan pasangan ini bermula daripada Massenger di Facebook.

"Kalau diikutkan, kami merancang untuk hiking pada pagi Ahad. Dia sebenarnya baru saja tiba di ibu kota dari Pulau Tioman pada pukul 3 pagi tapi memilih untuk guide saya dan rakan-rakan walaupun dia boleh saja nak berehat.

"Tapi itulah, mungkin itulah jodoh. Daripada guide hiking, terus jadi guide saya ke jannah," cerita wanita berusia 27 tahun ini.

Tambah Nur Hamizah yang juga seorang pakar pemakanan, sejak aktiviti hiking pertama ke Bukit Tabur itu, mereka berdua semakin serasi beberapa bulan kemudian dan sering melakukan aktiviti mendaki gunung bersama.



Pasangan ini diijabkabul selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

"Sebenarnya tak terfikir pun dia jodoh saya sebab mula-mula tak suka dia. Tapi tak sangka, boleh serasi pula malah beberapa bulan kemudian, kami bekerjasama dalam hal organized aktiviti hiking.

"Suami saya bekerja sepenuh masa dengan sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai aktiviti outdoor, saya pula sebagai freelance saja sebab ada kerja sepenuh masa yang lain," ujarnya yang kini menetap di Johor Bahru, Johor.

Sebenarnya tak terfikir pun dia jodoh saya sebab mula-mula tak suka dia. Tapi tak sangka, boleh serasi pula malah beberapa bulan kemudian, kami bekerjasama dalam hal organized aktiviti hiking.

NUR HAMIZAH MD SHA'EB

Sepanjang lima tahun perkenalan dan beberapa kali melakukan aktiviti mendaki gunung bersama, Nur Hamizah dapat melihat sisi sebenar suaminya sehingga akhirnya dia tidak teragak-agak untuk menerima lelaki itu sebagai teman hidup.

"Lima tahun mengenali, memang banyak dugaan. Terbit juga perasaan cemburu apabila dia bawa kumpulan pendaki yang terdiri daripada golongan wanita. Tapi dia tetap setia dengan saya.

"Paling saya terharu, ketika kami bersama-sama mendaki Gunung Kerinci di Indonesia. Gunung itu memang menguji ketahanan, dan pendaki pula kena bawa beg seberat 10 hingga 15 kilogram.



Sifat sabar dan setia Iwan membuatkan Nur Hamizah jatuh hati kepadanya.

"Baru saja daki, saya dah macam putus asa. Suami memang sangat sabar, dia bagi semangat dan tolong bawakan beg saya sampailah tiba di base camp yang memakan masa berbelas-belas jam. Di situ, saya nampak bahawa pilihan saya tepat," ceritanya yang sah menjadi isteri pada 30 Ogos lalu.

Bercerita lebih lanjut, Nur Hamizah berkata apa yang lebih lucu, ada lima pasangan yang turut sama bertemu jodoh ketika menyertai aktiviti mendaki gunung yang dianjurkan olehnya dan suami.



Dek kerana hobi yang sama, pasangan ini bekerjasama menganjurkan trip aktiviti mendaki gunung untuk mana-mana individu yang berminat.

"Macam kami juga, mereka pun hanya saling mengenali ketika hiking sebelum hubungan itu berlanjutan hingga jenjang pelamin. Betul jodoh itu rahsia Allah, semuanya bermula tanpa disangka.

"Mana-mana wanita yang masih bujang, mungkin boleh cuba sertai mana-mana trip hiking dengan group yang organize hiking. Ajaklah beberapa rakan wanita lain bersama-sama. Mana tahu, boleh bertemu jodoh. Nanti boleh hiking bersama-sama sebagai suami isteri," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hiking, guide, jannah, jodoh, daki gunung, aktiviti

Artikel Lain