Guru Besar sempoi daki bukit, ‘online meeting’ tengah hutan... Gadis terkejut bapa muncul dalam grup WhatsApp – “Dapat mesej hari sama ayah hantar kira bertuah”

Bapa Anis ketika 'online meeting' di tengah hutan di Ranau, Sabah. Foto Anis Hanani Rabdunieh

GAMBAR dan video yang dikongsikan oleh seorang bapa menerusi aplikasi grup WhatsApp keluarganya menjadi tanda-tanya.

Seorang lelaki kelihatan duduk di dalam hutan, dengan sebuah komputer riba yang diletakkan di atas sebuah kerusi plastik.

"Sedang bermesyuarat maya di dalam hutan pagi ini. Cari line," kata bapa seorang gadis, dan tangkapan skrin perbualan itu dikongsikan di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Spot paling stabil 'bawah pokok'.. disitulah calon pelajar medik ditemuduga, pensyarah asyik dengar kicauan burung – "Nasihat saya jangan panik, berterus terang..."

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup bermalam atas pokok, nyaris disengat tebuan demi akses Internet untuk jawab peperiksaan

Gadis berkenaan, Anis Hanani Rabdunieh berkata, perkongsian bapanya menerusi grup aplikasi WhatsApp sememangnya mengejutkan.



Perbualan bersama bapa Anis menerusi aplikasi grup WhatsApp familinya.

Ini kerana bapanya ketika itu bertugas di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman dekat Ranau, Sabah, dan mengalami masalah akses Internet.

"Ayah saya bertugas sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Nukakatan, di kawasan pedalaman dan sepanjang di sekolah, ayah memang jarang mesej sebab tak ada akses Internet.

"Kalau pagi ni ayah hantar mesej, esok baru kami dapat. Kalau dapat mesej pada hari sama ayah hantar tu kira nasib bertuah. Bila ayah hantar mesej dan terus kat grup WhatsApp famili memang terkejutlah kami," katanya kepada mStar.



Komputer riba di atas kerusi plastik di dalam hutan sebelum memulakan 'online meeting'.

Gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, bapanya, Rabdunieh Jalil, 58, menetap di kuaters dekat sekolah dan hanya pulang ke rumah di pekan Ranau sekali seminggu.

"Kebiasaannya kalau ayah ada mesyuarat di luar, dia akan pulang ke rumah atau terus ke pekan. Perjalanan sehala dengan menaiki kereta mengambil masa antara dua hingga tiga jam.

Kebiasaannya kalau ayah ada mesyuarat di luar, dia akan pulang ke rumah atau terus ke pekan. Perjalanan sehala dengan menaiki kereta mengambil masa antara dua hingga tiga jam

ANIS HANANI RABDUNIEH

"Tapi disebabkan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) dan sekolah akan dibuka semula, ayah tetap bertugas di sekolah dan dia perlu membuat online meeting dengan pihak PPD (pejabat pendidikan daerah).

"Disebabkan tak ada akses Internet di sekolahnya, ayah terpaksa masuk ke dalam hutan dan cari tanah tinggi untuk buat online meeting," katanya sambil menambah bahawa sekolah di tempat bapanya bertugas juga masih menggunakan tenaga solar untuk bekalan elektrik.



Bapa Anis, Rabdunieh Jalil, merupakan guru besar di SK Nukakatan, di pedalaman Ranau, Sabah.

Walaupun belum berpeluang berkunjung ke SK Nukakatan sejak bapanya bertugas sebagai guru besar di sekolah itu kira-kira tiga tahun lalu, Anis dimaklumkan bahawa perjalanan ke sekolah tersebut bukan semudah yang disangkakan.

"Memang kena guna kenderaan pacuan empat roda di kebanyakan kawasan pedalaman di Sabah. Malah ayah cakap, untuk ke sekolah tu perlu menyeberang sungai," katanya.



Perkongsian Anis mengenai bapanya di laman Twitter.

Mengimbas kembali satu kejadian, lepasan Kolej Matrikulasi Labuan itu memberitahu kenderaan yang dipandu bapanya seorang diri pernah tersangkut ketika menaiki tanah tinggi.

"Masa tu hujan lebat, mungkin tanah mendap dengan batu-batu membuatkan tayar kereta ayah tersangkut. Tak boleh nak bergerak. Ayah pula tak bawa payung ketika itu.

"Ayah terpaksa keluar dari kereta berjalan kaki selama kira-kira setengah jam dalam keadaan basah kuyup bagi mendapatkan bantuan orang kampung untuk tolak kereta dia," tambah anak kelima daripada enam beradik itu.



Anis (kanan) bersama bapa (tengah) dan ibunya.

Mengenai postingnya di Twitter, Anis menjelaskan bahawa dia mahu berkongsi pengalaman bapanya yang sanggup masuk ke dalam hutan dan naik bukit semata-mata untuk mendapatkan akses Internet bagi membolehkannya bermesyuarat secara dalam talian.

"Saya kagum dengan kesanggupan ayah saya untuk cari line. Dan saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil perhatian terhadap masalah akses Internet yang dihadapi mereka," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain