Pelajar ‘meremang’, ada suara ikut bacaan Yasin masa buat tugasan - “Aku seorang je ke yang dengar”

Nadzmin menyedari ada suara misteri turut 'mengikut' dirinya membaca potongan ayat dari surah Yasin pada malam Selasa.

"KORANG ada dengar something tak? Risau... jap gi delete."

Demikian reaksi seorang pemuda selepas terdengar suara misteri yang turut 'mengikut' dirinya membaca potongan ayat dari surah Yasin pada Selasa malam.

Video berdurasi 20 saat dikongsi Nadzmin Adam Nor Adzmi di Twitternya mendapat lebih 8,000 ulang kicau dan 13,700 tanda suka daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri suara 'sini sini' tepi highway - "Naluri saya... 60 peratus dialah"

ARTIKEL BERKAITAN: Suara minta tolong di Bukit Putus, 2 beradik berhenti kereta muncul kelibat wanita rentung

Setakat itu video tersebut turut mendapat lebih 200,000 tontonan di platform media sosial itu.

Menurut Nadzmin, video tersebut dirakam kerana ia adalah tugasan bagi subjek Pemikiran dan Tamadun Islam (CTU151) yang perlu disiapkannya.

"Sebenarnya saya record bacaan tu sebab assigment subjek CTU151. Kalau budak UiTM tahulah subjek tu.



Rakaman itu dibuat untuk menyiapkan tugasan bagi subjek CTU151.

"Saya kena baca ayat 10 sampai 20. Lepas tu saya dengar balik sebab nak kena hantar dekat ustaz," katanya kepada mStar.

Namun pemuda berusia 19 tahun itu terkejut apabila terdengar suara individu tidak dikenali mengikutnya membaca ayat tersebut.

"Saya dengar balik tiba-tiba ada suara lain. Dalam hati bertanya ‘ni aku seorang je ke yang dengar’.

Saya pun tak tahulah. Tapi kalau ada pantulan dari start Bismillah tu dah ada. Tapi memang peliklah. Saya memang tak edit pun video tu.

NADZMIN ADAM NOR ADZMI

Pelajar

"Memang meremang bulu roma bila dengar balik sebab macam pelik. Lepas record tu saya pun terus tukar baju dan mandi," katanya.

Pelik dengan insiden itu, penuntut Universtiti Teknologi Mara di Merbok, Kedah itu memuatnaik video tersebut di Twitternya.

"Saya nak kepastian, jadi saya pun post dekat Twitter. Tapi tak sangka tweet tu blow up.

"Niat saya nak tahu sama ada orang lain pun dengar apa yang saya dengar atau tak. Rupa-rupanya ramai kata dengar suara tu juga," katanya.



Nadzmin turut bertanya kepada seorang ustaz mengenai insiden menimpanya itu.

Selepas insiden itu, dia turut bertanyakan kepada seorang ustaz mengenai perkara tersebut.

"Kebetulan teman mak pergi berubat, alang-alang saya pun suruh ustaz tengokkan saya sekali.

"Alhamdulillah ustaz cakap tak ada apa. Yalah risau juga bila ada suruh pergi berubat kononnya ada benda menumpang dalam badan," katanya.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut mendakwa suara tersebut mungkin berpunca daripada kerosakan mic yang digunakan Nadzmin.

"Saya ada cerita dekat abang juga pasal suara tu. Abang cakap tak tahulah... kita husnuzon jelah anggap mic rosak atau ada pantulan ke.

"Saya pun tak tahulah. Tapi kalau ada pantulan dari start Bismillah tu dah ada. Tapi memang peliklah. Saya memang tak edit pun video tu," katanya.



Posting perkongsian Nadzmin turut mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa seram sebaik terdengar video suara tersebut.

"Tapi dengar pagi-pagi sekarang ni pun takut... meremang bulu roma," kata Qaliesya.

"Ada dua suara," kata Ferha.

"Orang cakap jin atau syaitan boleh baca ayat al-Quran tapi akan ada part yang dia tak boleh teruskan," kata Vroom.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain