Baru nak solat sunat Aidilfitri, diminta urus jenazah... Abam Botak terkilan kenang mayat dibungkus dengan plastik, disirami hujan

Yunizam tetap menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma kepada mereka yang memerlukan semasa Aidilfitri.

DENDANGAN lagu raya yang ligat berputar di corong radio ketika ini pasti membuatkan kita terkenang nostalgia di Aidilfitri.

Pasti setiap antara kita mempunyai nostalgia raya yang unik untuk dikenang sepanjang hayat.

Begitu juga dengan Yunizam Yusop, pemuda yang menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma kepada penduduk daif tanpa batas agama di sekitar Sandakan, Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik bukit, turun bukit usung jenazah wanita meninggal bersalin... suami tunjuk reaksi tak senang - “Masa nak turunkan keranda tu...”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu kelu, 2 kali tumpah air mata lihat bapa daif 5 jam peluk jenazah anak, “Dia masuk van, kami dah mula menangis”

Meskipun Aidilfitri kali ini diraikan dengan cara berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, Yunizam berkata perkhidmatan van percumanya tetap berada dalam mode standby sepanjang masa.

"Untuk raya kali ni sama seperti tahun-tahun sebelum ni juga. Kalau ada perlukan khidmat kifayah memang kena bantu jugalah.

Antara jenazah yang diuruskan Yunizam dan krunya sehari sebelum Aidilfitri.

"Macam hari terakhir Ramadan (Sabtu), saya dah ada tiga tempahan untuk uruskan jenazah. Nak buat macam mana, kematian tak boleh dijangka," katanya kepada mStar.

Mengimbau kenangan Aidilfitri, pemuda berusia 32 tahun itu menyifatkan raya tahun lalu antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

"Masa tu dah siap-siap di rumah nak pergi solat sunat Aidilfitri. Sampai tangga masjid telefon pun berbunyi.

Saya masih ingat lagi satu jenazah dihantar menggunakan Hilux waris. Masa tu pula hujan, jadi jenazah terpaksa dibungkus guna plastik dan dipayungkan sepanjang jalan.

YUNIZAM YUSOP

Pemilik van jenazah percuma Abam Botak

"Jadi saya patah balik ke rumah, tanggal sampin dan terus pergi hospital untuk urus jenazah.

"Saya fikir solat Aidilfitri pun sunat Muakkad, kematian pula fardu kifayah jadi saya ambil kefarduan. Itu yang saya lalui tahun lalu," katanya.

Menurut Yunizam atau lebih dikenali sebagai Abam Botak, dia sedikit terkilan kerana tidak dapat membantu menguruskan dua lagi jenazah pada tahun lalu kerana kekangan tertentu.

Mayat mangsa beragama Islam yang dihantar Yunizam ke rumah warisnya pada raya kedua.

Masa tu di hospital ada lapan jenazah. Memang saya dan dua lagi kru tak menang tangan, kami kerja non stop dari pagi sampai ke petang.

"Masa tu pula baru saja memiliki sebuah van. Jadi kami cuma dapat hantar enam jenazah saja. Lagi dua terpaksa hantar guna kereta waris.

"Saya masih ingat lagi satu jenazah dihantar menggunakan Hilux waris. Masa tu pula hujan, jadi jenazah terpaksa dibungkus guna plastik dan dipayungkan sepanjang jalan.

"Memang kesian. Tapi kalau nak tunggu kami memang lambat sebab masa tu banyak jenazah kena uruskan. Memang saya minta maaf pada waris masa tu," katanya.

Mengenai sambutan raya kali ini, Yunizam berkata dia beraya bersama isteri dan empat anaknya di kediaman mereka di Taman Pohing, Sandakan.

"Kami hanya beraya di sini saja macam biasa. Tapi raya pun tak macam raya sebenarnya. Amanah dan tanggungjawab perlu ditunaikan.

Yunizam sedia membantu mereka saja yang memerlukan tanpa mengira batas agama.

"Tapi setiap kali raya isteri akan masak Burasa, juadah kegemaran saya. Burasa diperbuat daripada beras pulut yang dibalut dengan daun pisang kemudian direbus.

"Juadah tu lebih kurang macam ketupat. Ia enak dimakan bersama dengan ayam kurma atau kari ayam," katanya yang juga dari suku kaum Kadazan.

Kisah Yunizam tular selepas dia menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma tanpa batas agama kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Sandakan, Sabah sejak tahun lalu.

Yunizam juga sering berkongsi kisah sedih dan penuh menginsafkan yang menimpa waris di Facebooknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain