Syawal paling sayu! Pertama kali beraya sebagai yatim piatu, 8 beradik ini terpisah antara satu sama lain - “Tak susah nak jaga mereka”

Syawal paling sayu... lapan beradik pertama kali menyambut Aidilfitri tanpa ibu dan bapa di sisi.

SYAWAL paling sayu.

Itulah yang dirasai oleh lapan beradik ini yang pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa ibu dan ayah di sisi.

Kisah sedih lapan beradik yatim piatu ini pernah dipaparkan dalam laporan mStar, Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Koma 9 hari, bapa menyusul selepas ibu... Tinggallah 8 beradik ini - “Ada masa yang bongsu tercari-cari kelibat ayahnya”

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah ‘lebihan lauk’ buat pemilik restoran rapat dengan 8 beradik kematian ibu, lebih tragis kini bapa mereka pula koma - “Saya tahu erti kesusahan”

Ketika itu mereka baru sahaja kehilangan bapa, Amran Isa yang meninggal dunia selepas sembilan hari terlantar koma akibat jangkitan kuman pada paru-paru yang berpunca daripada virus kencing tikus.

Pemergian Amran itu menyusuli isterinya, Zalifah Abdul Wahab yang terlebih dahulu dijemput menghadap Ilahi pada Ogos 2018 akibat masalah berkaitan usus.

Selepas pemergian kedua-dua ibu dan ayah tercinta, kelapan-lapan beradik yang berusia dalam lingkungan dua tahun hingga 18 tahun itu dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka.



Rasit (tengah) bersama dua daripada lapan anak arwah abangnya.

Menurut adik kepada Amran, Rasit Isa, pemergian abangnya itu bukan sahaja memberi kesan mendalam buat lapan anak saudaranya, malah dia sendiri turut sama merasai kehilangan apatah lagi arwah merupakan antara adik beradiknya yang paling akrab.

"Memang terasa sangat kehilangan arwah. Semestinya Syawal tahun ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

"Kebiasaannya, saya dan arwah akan berkonvoi pulang ke kampung ibu bapa kami di Felda Palong. Anak arwah ramai, jadi separuh akan tumpang naik kereta saya.

"Arwah yang merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik seorang yang suka buat lawak dan suka menyakat anak-anak buahnya.

"Tapi tahun ni seorang dah tak ada... memang terasa sangat. Sampaikan emak kami pun sering sebut yang dia teringatkan arwah," kata lelaki berusia 30 tahun ini.



Anak-anak kecil ini tidak dapat menahan sebak ketika menatap wajah arwah bapa mereka.

Rasit yang menetap di Senawang, Negeri Sembilan kini menjaga empat daripada lapan beradik itu.

"Saya menjaga anak arwah yang sulung, yang keempat, kelima dan keenam; manakala empat yang lain pula dijaga oleh adik bongsu, kakak, dan adik beradik di sebelah arwah ibu mereka.

"Ramai orang luar yang nak jaga mereka sebenarnya. Alhamdulillah, kami tunaikan hasrat arwah yang mahu keluarga sendiri yang menjaga anak-anaknya, bukan orang luar," ujarnya sambil menambah, kelapan-lapan beradik itu kerap berhubung antara satu sama lain walaupun tinggal berjauhan.

Saya sedaya upaya cuba gembirakan mereka kerana saya sendiri pernah merasai kehilangan bapa pada usia 17 tahun, apatah lagi anak-anak kecil ini.

RASIT ISA

BAPA SAUDARA

Bercerita mengenai persediaan menyambut Syawal, Rasit berkata dia sendiri sudah menyediakan baju baharu buat anak-anak saudaranya itu.

"Saya baru berkesempatan membelikan mereka baju raya. Memang masing-masing seronok. Alhamdulillah, rezeki mereka hasil sumbangan orang ramai.

"Saya sedaya upaya cuba gembirakan mereka kerana saya sendiri pernah merasai kehilangan bapa pada usia 17 tahun, apatah lagi anak-anak kecil ini.

"Kalau ikutkan mahu bawa mereka berjalan-jalan pergi UpTown dan pasar raya, tapi apakan daya sekarang ni masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nampak gayanya, beraya pun di rumah sahajalah," kata bapa kepada seorang cahaya mata ini.



Ibu kepada lapan beradik ini meninggal dunia pada Ogos 2018.

Menurut Rasit, enam daripada lapan anak saudaranya itu berhari raya bersama nenek mereka, manakala dua lagi berhari raya bersama keluarganya.

Empat bulan selepas pemergian bapa tercinta, Rasit berkata keadaan anak-anak saudaranya bertambah baik meskipun kadang kala terkeluar perkataan rindu dari bibir mereka.

Apatah lagi mereka tidak dapat menziarahi pusara insan kesayangan untuk melepaskan rindu kerana kedua-duanya dikebumikan di Triang, Pahang, iaitu di kampung halaman arwah ibu mereka.



Rindu yang tiada berpenghujung.... lapan beradik ini tidak mampu menahan sedih selepas arwah bapa mereka dikebumikan, Januari lalu.

"Misalnya anak arwah yang berusia enam tahun sering beritahu dia rindukan abah dengan mamanya. Walaupun kecil lagi tapi bijak berkata-kata. Bukan itu saja, dia juga berdikari... pandai cuci pinggan sendiri dan lipat baju.

"Memang sewaktu arwah sakit, mereka sudah biasa berdikari. Jadi tak susah pun nak jaga mereka. Bila mereka selalu sebut rindu, saya beritahu 'nanti dah habis PKP, Atam akan bawa semua ziarah kubur'.

"Untuk melepaskan rindu, mereka akan lihat gambar-gambar kenangan serta pakaian abah mama mereka. Sebagaimana yang saya janji sebelum ini, saya tetap akan jaga mereka seperti anak sendiri kerana mereka adalah amanah arwah abang," ujar Rasit mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain