11 beradik sepakat sedondon, sejak awal tahun pilih tapi ibu dah 'pakai' warna putih dulu - “Kali ini masak sendiri rendang ayam pedas mak”

NurHafizah memasak sendiri rendang pedas ayam yang selalu dimasak ibunya semasa pagi Syawal.

HUBUNGAN mereka akrab bukan hanya sebagai ibu dan anak malah juga sebagai kawan yang boleh berkongsi pelbagai cerita.

Susulan itu, NurHafizah Mohamad Rozi tidak mampu membayangkan perasaannya tatkala menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran ibu tercinta, Nasibah Abas.

Ibunya meninggal dunia akibat penyakit kencing manis selain kegagalan pada jantung dan buah pinggang pada 18 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta hingga nafas akhir! Anak sedar sesuatu selepas lihat bapa teresak, tak lepas peluk keranda ibu - “Mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun”

ARTIKEL BERKAITAN: Baby ‘tunjuk diri’ selepas 3 hari kematian bapa, isteri terkejut suami rupa-rupanya ada ‘instinct’ - “Hari-hari dia paksa saya check”

Perasaan sebak pastinya menyelubungi hati anak ketujuh daripada 11 beradik ini.

Malah katanya, sambutan kali ini cukup berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Raya tahun ni memang lain, tak sama macam dulu. Rasa kosong je. Kami sambut secara sederhana saja di Kampung Bukit Gantang.

Keluarga NurHafizah sepakat memakain baju raya berwarna putih atau krim seperti permintaan arwah ibunya.

"Lagi pun adik-beradik saya yang lain duduk jauh dan tak dapat beraya di kampung bersama kami," katanya kepada mStar.

Akui gadis berusia 24 tahun itu, amat merindui masakan istimewa ibunya setiap pagi Syawal.

"Sudah tentu saya merindui rendang pedas ayam yang mak buat. Rasa tak boleh dapat kat mana-mana. Mungkin air tangan seorang ibu.

Dia siap suruh pesan dekat adik-beradik lain untuk pakai baju warna tu tahun ni. Tapi tak sangka dia yang pakai ‘warna putih’ tu dulu. Jadi kami akan tunaikan hajat mak.

NURHAFIZAH MOHAMAD ROZI

Anak

"Dulu saya selalu tolong mak potong-potong bahan je. Tapi kali ini saya sendiri yang akan buat rendang tu sebab mak pernah ajar resipi dia sebelum ni," katanya.

Mengenai baju raya kali ini, NurHafizah berkata mereka sekeluarga akan memakai baju warna putih atas permintaan arwah ibunya.

"Sebenarnya awal tahun hari tu mak ada cakap raya tahun ni nak pakai baju warna putih. Tak dapat putih warna krim pun tak apa.

Selain anak, ayah NurHafizah antara yang paling terkesan dengan pemergian isteri tercinta pada 18 Mac lalu.

"Dia siap suruh pesan dekat adik-beradik lain untuk pakai baju warna tu tahun ni. Tapi tak sangka dia yang pakai ‘warna putih’ tu dulu. Jadi kami akan tunaikan hajat mak," katanya.

Mengimbau kenangan rayanya, NurHafizah berkata dia dan 10 lagi adik-beradiknya akan bersalaman memohon maaf dekat kedua-dua orang tua mereka.

"Selepas solat sunat Aidilfitri kami akan bersalaman minta maaf dekat mak dan ayah. Lepas tu kami semua makan ramai-ramai dekat dapur sebelum tetamu datang," katanya.

Terdahulu, NurHafizah pernah berkongsi kisah pemergian ibunya menerusi satu posting di Facebook sehingga mengundang sebak netizen.

Katanya, dia membuat posting tersebut kerana mengagumi cinta abadi bapanya terhadap ibunya sehingga wanita itu menutup mata buat selama-lamanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain