suria

Baby ‘tunjuk diri’ selepas 3 hari kematian bapa, isteri terkejut suami rupa-rupanya ada ‘instinct’ - “Hari-hari dia paksa saya check”

Airina kini sedang hamil lima bulan.

BAGI memperingati hari kelahiran arwah suaminya hujung bulan ini, wanita tabah yang kehilangan teman hidupnya itu genap dua bulan usia perkahwinan mereka pada 7 November lalu berkongsi video kehamilannya di Instagram.

Video berdurasi 59 saat itu yang dirakam di sebuah pantai ternyata mengundang sebak netizen.

Menurut Airina Roslan, dia mengetahui dirinya hamil tiga hari selepas suaminya menghadap Ilahi.

ARTIKEL BERKAITAN: “You... I nak pergi futsal” - 'Ditinggalkan' genap 2 bulan selepas kahwin, isteri dedah perangai pelik suami tak suruh pulang walau berjauhan

"Suami pergi hari Khamis (7 November 2019), saya tahu saya pregnant Ahad kemudian.  Jadi suami tak sempat tahu dia bakal jadi ayah.

"Sebelum tu saya memang dah lambat dua minggu datang bulan. Tapi dalam dua minggu tu saya dah try check urine tiga empat kali tapi semua negatif.

"Masa tu memang tak ada double line langsung. Samar-samar pun tak ada. Jadi bila check Ahad tu barulah nampak," katanya kepada mStar.


Paparan skrin video dikongsi Airina di Instagramnya.

Namun Airina berkata arwah suaminya seolah-olah tahu dia sedang hamil sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

"Seminggu sebelum dia pergi setiap hari dia cakap saya pregnant tapi bila check negatif. Hari-hari dia paksa saya check lagi sebab dia yakin saya pregnant.

"Tapi baby malu-malu lagi nak tunjukkan diri. Tak apalah, mesti arwah dah tahu dulu... sebab tu Allah bagi hadiah ni dekat saya dan juga family kami," katanya.

Sebaik mengetahui dirinya hamil, wanita berusia 23 tahun itu berkata perasaannya bercampur baur.

Saya harap muka baby sebiji muka arwah suami! Bolehlah saya gomol dia setiap hari. Kurang sikit rindu saya kat dia nanti.

AIRINA ROSLAN

"Mula-mula happy sebab sekurang-kurangnya adalah pengganti suami. Tapi bila dua tiga hari kemudian sedih pula bila terfikir baby lahir terus tak ada ayah di sisi.

"Rasa kesianlah dekat baby ni. Tapi Alhamdulillah semuanya OK, Allah mudahkan. Insya-Allah saya dijangka melahirkan baby boy Julai ini," katanya.

Mengenai video tersebut yang dirakam di sebuah pantai, Airina mendedahkan pantai amat dekat dengan arwah suaminya.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 7 September 2019.

"Kenapa di pantai? Sebab tempat terakhir dia minta mak ayah dia bawa juga ke pantai di Johor Bahru. Itu sebab saya pilih shoot di pantai.

"Bila saya dah lima bulan pregnant saya rasa dah tiba masa untuk saya beritahu orang ramai sebelum timbul fitnah.

"Arwah suami saya juga selalu buat video macam ni untuk saya, jadi bila saya buat video ni saya rasa macam video tu dia yang buatkan," katanya.

Dalam pada itu, Airina turut meminta orang ramai agar mendoakan agar urusan dia bersalin nanti dipermudahkan.

"Saya harap agar anak saya nanti dilahirkan dalam keadaan sihat, sempurna tubuh badan dan umur panjang. Boleh ganti tempat ayah dia untuk jaga saya bila tua nanti.

"Saya harap muka baby sebiji muka arwah suami! Bolehlah saya gomol dia setiap hari. Kurang sikit rindu saya kat dia nanti," katanya.

Terdahulu Erin pernah berkongsi luahan hatinya mengenai pemergian suaminya, Muhammad Amirul Ashraf di Instagramnya.

Muhammad Amirul, 25, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas tidak sedarkan diri selepas bermain futsal.

View this post on Instagram

3 hari selepas you pergi, i baru tau i pregnant you.. i mintak maaf i tak sempat nak bgtau you... Seminggu sebelum you pergi, setiap hari you cakap i pregnant. Tapi bila i check, negative. Tapi u hari hari paksa i check lg ? you kata u yakin i pregnant. Hahaha. Tapi baby pun malu malu lg nk tunjukkan diri dia time tu. lepas ayah tkde, baru nk tunjukkan diri ye baby? Tkpe.. ayah mesti dah tau dulu tu.. hihi. You taknk tengok i sedih lama lama kan? Sbb tu Allah bg hadiah ni kt i & family kita. Semoga Allah mudahkan urusan i & anak kita ye you.. semoga i dapat melatih diri i untuk jd ibu yg baik utk anak kita. I harap muka baby sebijik you! Boleh la i gomol dia tiap hari! Kurang sikit rindu i kt youuu hihi. #weloveyouAyah ?

A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain