suria

Peniaga ‘sekolahkan’ pelanggan sedap-sedap order dari rumah, tapi bising COD kena bayar caj penghantaran - “Mana ada COD sambil joging saudara”

Seorang penduduk di Pasar Borong KL menerima makanan daripada runner menerusi kawat berduri, selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Foto IZZRAFIQ ALIAS

RAMAI yang duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali gus menjadikan lebih banyak khidmat penghantaran digunakan bagi menghantar barang ke kediaman masing-masing.

Begitu juga dengan bentuk pembayaran tunai semasa serahan atau cash on delivery (COD), tetapi ada pula yang 'bising' mempertikaikan servis COD termasuk caj penghantaran hanya kerana harga bahan api semakin murah susulan wabak Covid-19.

“Sampai bila nak faham? COD bukan semata-mata fasal minyak. Asyik mengadu minyak dah murah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman berdepan datin ‘bengis lagi bakhil’ buat lelaki ini sedar nilai seorang rider - “Anak beri baki 10 sen minta isi minyak motor”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup luar rumah pelanggan, ramai ‘panas hati’ sampai ada yang menangis – “Dah order tu standby lah siap-siap!”

“Bila COD, benda yang wajib kena adalah minyak. Mana ada COD sambil joging saudara,” tulis seorang peniaga di halaman Facebook Azami Ahmad.



Runner menghantar pesanan ke rumah pelanggan. Gambar hiasan/Foto Facebook Runner Tawau-Razak

Azami turut menjelaskan bahawa COD turut melibatkan masa penghantaran terutama apabila peniaga mempunyai banyak tempahan dan pesanan daripada pelanggan.

Jika melibatkan jumlah pesanan yang banyak, penghantar atau runner perlu membuat perancangan dari segi logistik untuk memudahkan penghantaran.

“Sedap-sedap saudara order, ingat saudara seorang je ke yang buat order? Ikut giliranlah. Rumah runner di kampung A, takkan nak terus ke rumah saudara di kampung Z?

“Orang-orang lain kat kampung B, C, F, E, F, G bla bla tengah tunggu juga,” katanya,

Selain masa, turut disentuh adalah tenaga dan keadaan serta sekatan jalan raya yang dijalankan oleh polis sepanjang PKP bagi membendung penularan Covid-19.

“Tu belum lagi kena hadap (traffic) jam. Berjawab dengan abam polis, hujan, panas, jerebu, abuk, kuman dan lain-lain.

“Sesat... saudara ingat runner tu budak belakang rumah saudara ke? Cakap rumah kat bandar, rupa-rupanya dalam hutan tempat jin pun takut nak masuk.

“Jalan pula macam nak pergi lombong kuari. Minta keluar jumpa kat jalan besar reti pula saudara cakap panaslah, apalah,” tambahnya.



Polis menjalankan pemeriksaan terhadap penghantar barang dan makanan semasa sekatan jalan raya ketika PKP. Foto Bernama

Apa yang dikesalkannya adalah sikap pelanggan itu sendiri yang mementingkan diri sendiri sehingga membuatkan runner tertunggu-tunggu di lokasi penghantaran.

Runner sampai boleh pula dia tinggal telefon dalam umah. Dia duduk lepak luar rumah. Telefon sikit lagi volume nak masuk silent.

“Itu belum yang jenis tak hirau bateri telefon ada ke tidak. Telefon mampus pun tak tahu. Berkulat runner tunggu nak angkat call,” katanya.

Kalau tak bayar, tak adalah rezeki dia. Dia pun nak makan juga, ada anak bini nak tanggung juga. Dia susahkan diri hantar sampai ke tangan, nak upah seketul dua pun kemut ke?

AZAMI AHMAD

Lebih memburukkan keadaan apabila sikap pelanggan yang tidak sabar dan berang apabila dikenakan caj penghantaran ke rumah tanpa memikirkan penat lelah penghantar.

“Dahlah jauh hantar, kena layan dengan perangai saudara yang dua minit sekali WhatsApp tiga minit sekali call sampai nak ride, nak drive pun payah.

“Sampai je minta diskaun, marah sebab kena caj COD. Cakap kalau pergi ambil sendiri, patut dia boleh tuntut diskaun harga COD. Saudara pergi KFC ada ke minta diskaun sebab pergi sendiri?” soalnya.



Segelintir pelanggan tidak boleh menerima hakikat COD dikenakan caj penghantaran. Foto Facebook Azami Ahmad

Sehubungan itu, Azami menjelaskan bahawa pendapatan mereka yang menjadi runner bagi menyara kehidupan adalah daripada upah menghantar barang kepada pelanggan.

Runner ni rezeki dia daripada upah hantar barang. Kalau tak bayar, tak adalah rezeki dia. Dia pun nak makan juga, ada anak bini nak tanggung juga. Dia susahkan diri hantar sampai ke tangan, nak upah seketul dua pun kemut ke?

“Aku sendiri bukan runner tapi aku tak pernah persoal kalau kena caj COD. Banyak lagi perihal yang runner ni tanggung semata-mata nak hantar barang kat saudara.

“Memanglah PKP ni semua sempit rezeki. Tapi kalau sampai nak tutup rezeki orang, itu biul benar saudara,” katanya sambil berharap semua pihak faham tugas seorang runner.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
runner, COD, caj, PKP, minyak, penghantaran

Artikel Lain