suria

Nasi dianggap jahat! Doktor risau fikirkan makanan ranking No 1 rakyat Malaysia - “Baliklah kepada makanan asal nenek moyang kita”

Roti canai boleh memudaratkan kesihatan jika dimakan setiap hari.

TANPA kita sedar roti canai antara makanan paling laris sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menerusi laporan The Star menu tersebut menduduki ranking No 1 dalam senarai hidangan popular di aplikasi GrabFood dan Foodpanda.

Namun pengambilan makanan tersebut jika diamalkan setiap hari boleh memudaratkan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Roti tak turun lori lagi orang dah serbu beli” - Sedih! Makanan dicari-cari ketika PKP ada dalam tong sampah

ARTIKEL BERKAITAN: Beribu cucuk sate ‘terbiar’ dalam peti, tak disangka-sangka pertolongan datang dari jauh - “Dah keluar modal tapi tak sempat nak jual”

Menurut pakar pemakanan Dr Hafiz Sulaiman, roti canai sebenarnya diklasifikasikan sebagai makanan segera atau 'junkfood' dan boleh memberi risiko kepada kesihatan seseorang jika tuan punya badan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

"Roti canai, roti apa-apa pun bukan makanan berkhasiat. Jauh sekali makanan padat nutrisi.

"Sekali sekala dalam sebulan okaylah makan. Tapi kalau hari-hari, memang saya risau sangat trend duduk rumah makan benda begini," katanya dalam satu posting di Facebook.

Roti canai antara makanan laris dipesan menerusi aplikasi GrabFood dan Foodpanda.

Jelasnya lagi, roti canai dihasilkan menggunakan tepung tinggi proses.

"Tepung dah kena bleach. Benzoyl peroxide, potassium bromate, klorin antara bahan kimia yang digunakan.

"Roti ni serap minyak yang banyak. Jadi kalori sangat tinggi. Zat pula hampir zero dan mempunyai kandungan gluten yang tinggi sebab tu boleh 'dicanai'.

"'Glu' tu yang sebabkan roti ni melekat dan senang ditarik. Gluten tinggi memang tak bagus ambik selalu terutamanya orang ada masalah angin dan keradangan," katanya.

Dr Hafiz berkata makan roti canai ditambah pula dengan minum teh tarik boleh menyebabkan radang penyumbat salur darah.

"Roti canai naikkan gula dalam darah. Roti canai, teh tarik inilah yang tinggikan gula darah sebabkan radang penyumbat salur darah. Orang kita zaman sekarang ni tak mati sakit jantung sebab makan berlemaklah.

Dr Hafiz Sulaiman.

"Ramai orang takut lemak dan makanan kolesterol... walhal kolesterol makanan tu mitos saja sebabkan sakit jantung. Gula tinggi ni confirm punca!

"Hari-hari makan roti canai... teh tarik dan manis-manis.. Bila tak makan manis dah jadi "fake hypo". Itu bukan hypo tuan-puan. Itu kesan ketagihan gula!" katanya.

Tambahnya lagi, pengambilan makanan seperti roti canai dan teh tariklah punca sebenar penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung dan strok di negara ini.

Saya faham ramai tak tahu pun risiko makan gandum berlebihan ni. Ramai kata 'nasi jahat', better makan rotilah. Baliklah asal kita makanan nenek moyang kita yang lebih fitrah.

DR HAFIZ SULAIMAN

PAKAR PEMAKANAN

"Itu belum cerita lagi betapa ramainya orang depressed, anxiety, panic attack masa PKP. Dah mula berdebar-debar... nafas jadi sesak... fikiran negatif macam-macam.

"Jangan biasakan diri makanan bukan ruji kita. At least ketahui asal usul makanan. Malaysia import 1.78 juta tan gandum dari Amerika Syarikat (AS).

"Gandum AS ni diakui petani di sana disiram racun roundup untuk cepatkan hasil tuaian. Racun ini rosakkan saraf, jadi hyperaktif... rosakkan perut sebabkan angin dan gangguan mental," katanya.

Teh tarik antara minuman kegemaran rakyat di negara ini.

Justeru Dr Hafiz menasihati orang ramai supaya kembali kepada fitrah asal kita dengan makan nasi.

"Saya faham ramai tak tahu pun risiko makan gandum berlebihan ni. Ramai kata nasi 'jahat', better makan rotilah. Baliklah asal kita makanan nenek moyang kita yang lebih fitrah.

"Nak makan boleh tapi treat sekali sekala saja OKlah. Jangan jadi amalan pula. Semoga perkongsian ini bermanfaat," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain