suria

Demi ibu, anak sanggup berhenti tepi jalan semata-mata nak beli blender... tempoh diskaun tinggal 14 minit je! - “Lepas ayah meninggal, mak besarkan kami berlima seorang diri”

Perkongsian Akma mengenai kisah itu ternyata mencuit hati netizen di Twitter. Gambar Hiasan

MENGGEMBIRAKAN ibu bapa selagi mereka masih ada.

Itulah yang menjadi pegangan seorang wanita yang mana dia sehabis upaya cuba memenuhi permintaan ibunya yang kini sudah menjengah usia 66 tahun.

Kisah mengenai Akma, 29, yang terpaksa berhenti di bahu jalan untuk membuat tempahan membeli pengisar secara dalam talian pada Khamis lalu ternyata mencuit hati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasa ibu jual nasi lemak dihargai, anak ubah suai rumah RM100,000 jadi mahligai "Kalau ayah ada, dia mesti gembira"

ARTIKEL BERKAITAN: Umur baru 19 tahun, influencer hadiah wang tunai RM10,000 untuk ibu - “Bukannya nak show off”

Menerusi perkongsian itu, Akma memaklumkan dia terpaksa membuat tempahan segera memandangkan tempoh diskaun yang ditawarkan akan berakhir dalam tempoh 14 minit sahaja.

"Masa tu saya dalam perjalanan nak balik ke pejabat. Mak hantar WhatsApp minta order pengisar dalam GoShop.

"Saya minta tunggu sekejap sebab tengah drive, tapi mak kata ada 14 minit je lagi sebelum diskaun berakhir. Jadi saya berhenti di tepi jalan untuk order.


Perkongsian Akma di Twitter.

"Itu yang kelakar, sebab dia bagi countdown masa 14 minit. Memang GoShop tu rancangan kegemaran dia. Sebelum ni pun pernah order drill, pressure cooker dan beberapa pengisar lain," ujarnya kepada mStar.

Biarpun perkongsian kisah itu mencuti hati netizen, Akma turut melihat situasi itu dalam gambaran lebih besar apabila mengenangkan segala pengorbanan ibunya sebelum ini.

Ujar Akma, dia merupakan anak bongsu daripada lima beradik yang mana bapanya meninggal ketika dia berusia dua bulan.

Nak gembirakan mak ayah bukan dengan duit je. Tak perlu tunggu kaya. Sebenarnya effort kita yang buat mak ayah tersentuh.

AKMA

ANAK

Sejak itu, ibunya yang bekerja sebagai tukang jahit menyara mereka sekeluarga sehinggalah masing-masing kini sudah bekerja.

"Selepas ayah meninggal, mak besarkan kami berlima seorang diri. Jadi bila fikir balik, saya mahu gembirakan dia setakat saya mampu.

"Kadang-kadang ada je rasa terpaksa, sebab tengah sibuk. Tapi bila fikir lagi sekali, dia minta tolong sebab dia tahu kita boleh diharap.

Perbualan WhatsApp Akma dan ibunya.

"Kena cari masa juga walaupun sibuk. Adik-beradik saya semua dah kerja dan tak tinggal bersama mak. Mak tinggal dengan nenek di Bentong, Pahang.

"Tapi kami akan pastikan, setiap minggu akan ada yang balik jenguk mak di kampung. Kami rotate jadual sesama sendiri untuk balik," katanya lagi.

Tambah Akma lagi, ibunya kini menguruskan neneknya yang berusia sekitar 90 tahun yang mana warga emas itu sedang terlantar akibat sakit tua.

Mengakui tidak sangka apabila posting kisah itu menerima lebih 24,000 ulang kicau (Retweet), Akma juga sempat menitipkan pesanan buat mereka di luar sana.

"Nak gembirakan mak ayah bukan dengan duit je. Tak perlu tunggu kaya. Sebenarnya effort kita yang buat mak ayah tersentuh.

"Sebenarnya mak saya pun ada reply WhatsApp. Dia kata dia tak pandang duit, tapi saya sanggup berhenti tepi jalan untuk order. Dia kata ini pengorbanan masa.

"Kalau kita rasa sibuk kerja, tak ada masa... bila mereka makin tua, masa tu baru rasa mampu, dah tak ada nilai sebenarnya," katanya lagi mengakhiri bicara.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pengisar, GoShop, pengorbanan ibu

Artikel Lain