suria

“Myvi ni memang tak boleh behave ke? Hari-hari ada je buat perangai” - Aksi kereta Perodua redah laluan rumput, tak hirau kesesakan lalu lintas bikin ramai bingung

Rakaman melibatkan sebuah Myvi yang kini tular di media sosial. Kredit: Twitter @AkeemSharyzal.

DI mana ada jalan, di situ Myvi redah."

Demikian komen seorang netizen yang berjenaka mengenai satu rakaman tular melibatkan kereta keluaran Perodua itu.

Menerusi rakaman berdurasi 7 saat yang dikongsi oleh @AkeemSharyzal pada Jumaat, sebuah Myvi dipandu di atas lalaun berumput, di tepi sebuah jalan yang lokasinya tidak didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa! Uncle bawa myvi ‘berkepak’ curi tumpuan gadis

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak saya sudah ‘terbang’…” – Pemandu Myvi direman kes budak 2 tahun tercampak di PLUS

Aksi selamba pemandu berkenaan yang memotong jajaran kenderaan yang kelihatan bergerak perlahan akibat kesesakan lalu lintas itu ternyata mencuri perhatian ramai.

Malah, ia sehingga kini menerima hampir setengah juta tontonan di Twitter.

"Tengok betapa 'humble'nya Myvi sanggup bagi kereta lain lalu atas tar. Sila bersyukur," tulis @FirrasAzaim_ sehingga menerima hampir 14,000 ulang kicau (Retweet).

Posting yang kini tular di laman Twitter.

Posting berkenaan turut dihujani ratusan komen netizen yang memberi pelbagai reaksi berbeza.

Selain berjenaka, ada juga yang meluahkan rasa terkejut atas tindakan di luar jangka pemandu Myvi tersebut.

"Apa la pelik-pelik sangat orang yang pakai kereta Myvi ni. Macam-macam perangai aku tengok.

"Myvi memang tak boleh behave sikit ke? Hari-hari ada je buat perangai.

Antara komen netizen.

"Ni mesti kes nak berak sangat-sangat. Kesian member tak jumpa tandas.

"Apa guna beli Hilux kalau tak boleh offroad macam Myvi?

"Ada kecemasan kot," tulis beberapa pelayar Twitter.

Berdasarkan pemerhatian di ruangan komen, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah jalan di Miri, Sarawak.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Perodua Myvi, rumput, Miri

Artikel Lain