Jasa ibu jual nasi lemak dihargai, anak ubah suai rumah RM100,000 jadi mahligai "Kalau ayah ada, dia mesti gembira" - Viral | mStar

Jasa ibu jual nasi lemak dihargai, anak ubah suai rumah RM100,000 jadi mahligai "Kalau ayah ada, dia mesti gembira"

Kediaman keluarga Husni yang sudah dibina semula.

DEMI ibu bapa tercinta, segalanya sanggup dilakukan.

Begitulah pegangan seorang jejaka, Muhammad Husni Abu Hassan, 36, yang sanggup berbelanja besar bagi menyediakan kediaman selesa buat orang tuanya.

Mengenangkan segala pengorbanan sepanjang dibesarkan hingga berada pada tahap sekarang, dia menyifatkan rumah baharu itu sebagai hadiah untuk keluarga khususnya buat ibu, Selamah Hussin yang kini berusia 64 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! 33 minggu dalam perut ibu koma, bayi membesar, selamat lahir walau ibu belum sedar “Doktor kata bayi kami ajaib”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dan bayi sakit, bapa pula dibuang kerja... pilu nasib 5 beranak

Mesra disapa Husni, katanya, kediaman yang pada asalnya dibina menggunakan papan dan kayu itu telah dibina semula dengan kos sekitar RM80,000 ke RM100,000.

Husni sudah tujuh tahun berkhidmat sebagai guru.

"Prosesnya bermula sekitar Tahun Baharu Cina tempoh hari, tapi sebenarnya dah lama rancang.

"Sebelum itu rumah kayu, tak berapa tahan. Pada 2012 saya ubah suai dapur, kali ini saya bina semula bahagian depan dan tingkat atas.

"Ia ibarat membalas semula jasa keluarga. Ia juga untuk keselesaan bersama," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Sabtu.

Saya rasa kalau ayah masih ada, dia mesti gembira. Mak saya pun gembira, dia macam tak percaya dan sangat hargai apa yang saya lakukan.

MUHAMMAD HUSNI ABU HASSAN

Menurut guru Kemahiran Hidup (KH) yang sudah tujuh tahun berkhidmat di Betong, Sarawak itu, ibunya cukup gembira dengan transformsi kediaman berkenaan.

Namun kata Husni, dia agak terkilan kerana tidak sempat menyempurnakan rumah sebelum pemergian bapanya akibat sakit jantung pada 2010.

"Saya belum berkahwin lagi, jadi nampak mak sahaja. Memang utamakan dia. Saya berterima kasih atas didikannya dari kecil.

Bersama ibunya, Selamah Hussin.

"Dia banyak berkorban untuk saya. Sewaktu saya sambung belajar dia sanggup jual nasi lemak.

"Saya rasa kalau ayah masih ada, dia mesti gembira. Mak saya pun gembira, dia macam tak percaya dan sangat hargai apa yang saya lakukan," katanya lagi.

Kediaman yang dibina semula untuk ibu dan keluarganya.

Bercerita mengenai ubah suai penuh kediaman itu, Husni berkata konsep moden dan ringkas itu merupakan idea bersama adik beradiknya.

Antara impian lain, Husni juga mahu membawa ibunya untuk ke tanah suci pada masa akan datang.

Foto transformasi kediaman yang dimuat naik menerusi Twitter milik Husni.

Dia membuat perkongsian mengenai transformasi rumah itu menerusi laman Twitter.

Dalam posting itu, dia turut memuat naik foto sebelum dan selepas ubah suai yang memaparkan perbezaan ketara kediaman berkenaan.

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain