suria

Aiman bertukar Aimi gara-gara retweet melebihi sasaran, remaja lelaki ayu berbaju kurung di sekolah, “Dulu challenge buat pengakuan kat ‘crush’ tapi...”

Aiman berbaju Melayu pada Jumaat sebelum memakai baju kurung bagi menyahut cabaran diri di Twitter. Foto ihsan Muhammad Aiman Hisham

PENANGAN gambar lima gadis ayu berbaju Melayu masih berbisa. Macam-macam cabaran yang dibuat netizen di laman sosial dek kerana gambar tersebut.

Selepas cabaran memakai baju kelawar, seorang lagi remaja mencabar diri dengan mengulang kicau posting gambar lima gadis berbaju Melayu di Twitter.

“100 retweet (ulang kicau), aku pakai baju kurung Jumaat ini’,” kata seorang pemuda menerusi akaun Twitter pada Isnin lalu, malah posting tersebut diulang kicau oleh pemilik posting asal gambar gadis berbaju Melayu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok gadis berbaju Melayu, pemuda sado cabar diri pakai baju kelawar... Alamak! Mak tambah pakej “tepek bedak sejuk, pakai anak tudung”

ARTIKEL BERKAITAN: Ayunya Berbaju Kurung Angkat Besi

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis putus cinta dikecam kerana gambar ‘End of Year Challenge’, "Saya tak kata lelaki itu sampah"

Meletakkan sasaran hanya 100 ulang kicau, bagaimanapun tanpa diduga perkongsian tersebut menjadi tular dan setakat Jumaat, ia diulang kicau hampir 19,000 kali!

Cabaran yang dibuat oleh Aiman susulan gambar tular lima gadis berbaju Melayu.

Remaja berkenaan, Muhammad Aiman Hisham, 17, berkata, dia membuat perkongsian mengenai cabaran tersebut sekadar suka-suka.

Bagaimanapun pelajar tingkatan lima itu mendedahkan ia bukan kali pertama dia mencabar dirinya menerusi perkongsian di laman sosial.

“Kali pertama saya buat challenge pada Mei lalu. Saya kata kalau dapat 150 retweet (RT), saya akan buat pengakuan kepada crush, orang yang saya suka.

“Tapi saya tidak bernasib baik kerana posting tu hanya dapat 55 RT. Sebab tu cabaran baju kurung saya kurangkan kepada 100 RT, tapi tak sangka pula baru setengah jam saya kongsi di Twitter, jumlah RT melebihi sasaran,” katanya kepada mStar, namun enggan mengulas lanjut mengenai cabaran pertama itu.

Cabaran yang dibuat oleh Aiman di Twitter buat pertama kali.

Walaupun pada mulanya agak keberatan untuk menyahut cabaran terbaharu itu, dia yang lebih mesra dengan panggilan Aiman berkata, dia mahu memenuhi janji tersebut.

Dia turut menegaskan bahawa pemakaian baju kurung tersebut pada Jumaat hanya sewaktu jamuan Hari Raya yang diadakan di sekolahnya pada hari berkenaan.

“Jangan ingat saya pakai baju kurung pergi solat Jumaat. Saya masih ada akal dan fikiran, lagi pun saya ke sekolah pakai baju Melayu siap bersampin pada hari itu.

“Saya hanya pakai baju kurung selepas makan-makan. Itu pun sebab nak tunaikan janji dan kawan-kawan ambil peluang untuk bergambar bersama. 

“Saya pakai baju kurung tu sekejap saja. Lepas tu saya tukar dan pakai baju Melayu semula, balik rumah pun dengan berbaju Melayu,” katanya.

Aiman menyahut cabaran diri memakai baju kurung.

Aiman yang berasal dari Kajang, Selangor benar-benar tidak menyangka begitu hebat kuasa tular di media sosial terutama melibatkan cabaran pelik yang dibuat netizen.

Jangan ingat saya pakai baju kurung pergi solat Jumaat. Saya masih ada akal dan fikiran. Saya pergi sekolah pakai baju Melayu siap bersampin pada hari Jumaat.

AIMAN

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dulu sambutan posting cabaran pertamanya hambar, namun tidak menyangka impak cabaran kedua sangat luar biasa.

Aiman berbaju kurung (tengah) bersama rakan-rakan perempuannya yang kebanyakannya berbaju Melayu.

“Memang malu, terutama depan rakan-rakan perempuan. Mujur mereka jenis selamba, malah rakan perempuan sekelas sudi pinjamkan baju kurung dia untuk saya.

“Walaupun lepas tu saya kembali berbaju Melayu, saya tetap dipanggil Ayu oleh rakan-rakan kononnya saya nampak ayu berbaju kurung. Daripada nama Aiman ditukar jadi Aimi,” katanya secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain