suria

Kecoh reviu produk guna ular, aksi 2 gadis ini bikin ramai berang... “Dah tak ada manusia ke nak dijadikan model"

Paparan skrin ramakan siaran live Instagram berkenaan.

TINDAKAN dua gadis yang sanggup menggunakan ular sebagai model untuk reviu produk kecantikan menerusi siaran live Instagram mengundang kecaman ramai.

Sebahagian rakaman itu dimuat naik semula ke Twitter oleh seorang individu sebelum ia dihujani komen yang rara-ratanya menyifatkan ia sebagai penganiayaan terhadap haiwan.

"Dah kenapa nak letak foundation dekat ular, kesian ular tu," tulis pengendali akaun berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat dia baik, tapi perangai lagi teruk daripada binatang” - Gadis terkejut kawan 'online' aniaya monyet, mahu dikenakan tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: 
Gelagat sang monyet larikan telefon bekas finalis Dewi Remaja ketika live IG cuit hati netizen

Video yang dimuat naik pada Sabtu itu sehingga kini menerima lebih 5,300 ulang kicau (Retweet).

Dah takde manusia ke nak dijadikan model? Ular bukan haiwan untuk uji kaji produk.

NETIZEN

Menerusi video tular itu, individu tersebut bersama seorang lagi gadis memegang seekor ular kecil sebelum menyapu krim foundation ke badan haiwan itu.

"Kita dab (sapu) kan nampak tak dia very coverage (melitupi). Nampak tak foundation daripada Nu****** ni elok je.

Antara komen netizen.

"Dia memang coverage, nampak tak yang hitam tompok-tompok tu dia boleh tutup," ujar gadis itu sambil menyapu produk berkenaan pada corak kulit ular tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mempersoalkan kewajaran dua individu berkenaan menggunakan haiwan ketika uji kaji dan ulasan produk kecantikan.

Malah, ada netizen yang melampirkan nombor telefon talian bebas tol Jenayah Hidupan Liar serta Perhilitan menerusi ruangan komen dengan harapan kes itu dilaporkan kepada pihak berwajib.

Nombor telefon pihak berkuasa turut dilampirkan di Twitter.

Selain itu, pelayar Twitter turut meluahkan rasa berang dengan strategi pemasaran tersebut yang dianggap melampau dan kurang bijak.

"Dah takde manusia ke nak dijadikan model? Ular bukan haiwan untuk uji kaji produk," tulis @Haf1zal_.

"Meletakkan sesuatu di tempat yang tidak sepatut baginya. Zalim," tulis @Ipanponpun.

"Animal abuse. Ular pulak jadi mangsa. Nak kejar marketing pun agak agak lah. Macam macam cara marketing this company buat memang melebih lebih. Please berpada lah," tulis soerang lagi pelayar Twitter.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain