suria

Youtuber mat salih hampa... lari demi nasi lemak, akhirnya dapat lauk ‘telur dadar sim card’! - “Habis makan, terus saya cari kat tempat lain”

Rhys William hampa sebaik sahaja menerima nasi lemak bungkus selepas menamatkan acara larian 5km baru-baru ini.

"ADA sesiapa hilang sim kad? Aku terjumpa dalam nasi lemak aku ni." 

Begitulah tweet berbaur sindiran yang dibuat oleh bintang YouTube terkenal, Rhys William apabila dia menerima nasi lemak bungkus yang dihidang bersama potongan telur dadar bersaiz kad sim. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Salih ini dituduh menyemak tulis tweet dalam Jawi... Rhys William kasihan sikap netizen asyik cari salah

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan mat salih ‘diserang’ tentera bawang Malaysia, nasi lemak trending di Twitter - “Saya tak berniat mahu menyinggung sesiapa”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia Antara Saya Dengan Tuhan” - Rhys William

Bagi memberikan gambaran lebih jelas, Rhys William juga memuatnaik foto sebungkus nasi lemak berlaukkan seekor ikan bilis, sehiris timun, sedikit sambal dan juga telur dadar kad sim tersebut di laman Twitternya.

Perkongsian Rhys mengenai potongan telur yang disamakan dengan saiz sim kad tular di laman sosial.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih dari 3,700 ulang kicau, 5,600 tanda suka dan 100 komen di Twitter. 

"Haha sanggup potong telur tu kecil gila. 

"Wow! Nasi Lemak Sim Card.

"Ni potong pakai pembaris ke apa," komen beberapa netizen mengenai saiz telur dadar itu.  

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berusia 28 tahun ini mengakui berasa rasa kecewa sebaik sahaja menerima nasi lemak bungkus tersebut selepas menghabiskan acara larian 5 kilometer yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Ahad lalu.  

Rhys William terkenal di negara ini sebagai seorang penggemar nasi lemak.

"Sebenarnya ada cerita di sebalik nasi lemak tu. Ada satu hari seorang rakan YouTuber cadangkan saya masuk acara larian, sebab dia tengok video saya banyak cerita pasal nasi lemak, jadi saya mendaftarlah sebab di akhir larian peserta akan diberikan nasi lemak.

"Pada hari larian, itulah nasi lemak yang saya terima. Saiz telur macam sim card, ikan bilis pun seekor, kacang pun tak ada, kecewa saya bila buka bungkusan tu.

"Dahlah baru lepas lari 5 kilometer, dengan laparnya lagi. Tu yang saya ambil gambar, apatah lagi saya ni penggemar nasi lemak. Habis je makan nasi lemak tu, terus saya pergi cari nasi lemak kat tempat lain," katanya.  

Anak kelahiran United Kingdom ini telah merantau lebih dari 30 tempat semata-mata ingin mencuba resipi nasi lemak yang berlainan resipi untuk dijadikan kandungan di saluran YouTubenya.  

Dahlah baru lepas lari 5 kilometer, dengan laparnya lagi. Tu yang saya ambil gambar apatah lagi saya ni penggemar nasi lemak. Habis je makan nasi lemak tu, terus saya pergi cari nasi lemak lain.

RHYS WILLIAM

YOUTUBER

Jelas William lagi, sebagai penggemar nasi lemak, dia mengukur kelazatan hidangan itu berpandukan keseimbangan rasa untuk setiap lauk. 

"Saya memang suka nasi lemak. Bercerita pasal nasi lemak sampai subuh pun tak kisah. Dan saya dah pergi lebih dari 30 tempat untuk cuba pelbagai nasi lemak.  

"Saya rasa yang betul-betul menepati cita rasa saya apabila sambal nasi lemak tu dimasak lebih dari lapan jam, tak kisahlah dalam sambal tu ada ikan bilis ke tak, tapi bagi saya setiap hidangan nasi lemak mesti kena ada ikan bilis goreng, kacang dan telur.

"Saya akan gaul keseluruhan lauk sebelum saya makan. Bagi saya nasi lemak tu lebih sedap jika nasinya tak berlemak sangat berserta sambal yang 'cukup masak', ikan bilis rangup dan ada telur rebus," ujarnya.  

Ketika ditanya mengenai harga yang relevan untuk sebungkus nasi lemak, anak sulung daripada tiga adik beradik ini bersifat realistik.  

Rhys William sudah pergi ke lebih dari 30 lokasi demi mencuba pelbagai resipi nasi lemak. 

"Kita tak bolehlah bandingkan harga nasi lemak sekarang dengan zaman 20 tahun lepas. Sekarang pun harga barang dah naik, nak beli ikan bilis yang bagus, mahal, jadi saya boleh komen biarlah harga tu dijual berpatutan dengan kualiti nasi lemak tu. 

"Tapi kalau sampai RM20, melampaulah. Ada lagi tempat yang masih kekal jual seringgit dekat Puchong. Asalkan ada telur separuh, sambal, ikan bilis, kacang dan timun, dah cukup. Tapi kita fahamlah kalau nasi lemak seringgit tu tak boleh demand kuantiti. 

"Sebab saya tahu, nak sediakan nasi lemak bukan ambil masa yang singkat. Yang penting kalau nak bayar tu kita rasa berbaloi dengan presentation nasi lemak tu sendiri," tambahnya yang sambil memaklumkan Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru adalah salah satu nasi lemak kegemarannya.

Sebelum ini, William pernah meluahkan rasa tidak puas hati apabila seorang wartawan mat salih mengkritik nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat penerbangan British Airways menerusi sebuah tweet.  

Dia berasa malu apabila tweet wartawan itu seolah-olah menghina makanan 'wajib' orang Malaysia. 

Rhys William pernah memberikan komen terhadap tindakan seorang wartawan 'mat salih' yang menghina nasi lemak.

Katanya, walaupun bukan warganegara Malaysia, tetapi dia berasa kesal kerana wartawan tersebut tidak mengkaji makanan itu sebelum mengkritiknya. 

"Sebenarnya saya serba salah. Sebab lepas saya retweet tweet wartawan tu dan marah dia kat Twitter, benda tu jadi lebih viral.

"Cuma saya rasa malulah bila ada mat salih lain kutuk nasi lemak, saya dah enam tahun kat Malaysia, orang hari-hari sarapan nasi lemak, sepatutnya dia sebagai wartawan research dulu pasal nasi lemak sebelum kritik. 

"Kalau nak marah, marah British Airways, sebab nasi lemak tak salah. Sebelum tu patut research dulu, mungkin nasi lemak tu nampak tak sedap, tapi nasi lemak sebenar memang sedap," katanya. 

Bagaimanapun wartawan tersebut telah menarik kenyataannya selepas mencuba hidangan nasi lemak sebenar dan mengakui hidangan itu lazat. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain