suria

Gelak sebijik macam Mona Kampung People! Pelajar akui dirinya memang ‘masuk air’, berjaya tiru lakonan Elly Mazlein

Gara-gara suka menonton drama Kampung People, Hanni merakam aksinya meniru watak Mona.

GARA-GARA drama 'Kampung People', perkongsian seorang gadis yang mengajuk watak Mona, lakonan Elly Mazlein tular di media sosial. 

Video pendek berdurasi 15 saat itu menunjukkan gadis tersebut menonjolkan perbezaan karakternya sebelum dan selepas menonton drama Kampung People. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara video usik wanita 73 tahun, remaja ini curi perhatian sebab cantik! – “Nenek sporting, kelakar... siap hafal lagu Justin Bieber”

Gelagat Hanni Najla Yusof itu benar-benar mencuri perhatian netizen apabila cubaan dia meniru watak Mona dengan mimik mukanya yang selamba dan kelakar dianggap menjadi! 

Sehingga kini, posting itu menerima lebih dari 150,000 tontonan, 9,200 ulang kicau dan 10,400 tanda suka di Twitter.

Perkongsian Hanni Najla meniru gaya Mona dalam drama Kampung People curi perhatian netizen.

Rata-rata netizen pecah perut melihat bakat wanita itu meniru watak gila-gila Mona yang menjadi bualan ramai. 

"Hahahahha sumpah crack, jadi do kau copycat. 

"Masuk air la minah ni hahahahaha. 

"Bapaklah... gelak tu sebijik weyyy... perghhhh, hebat hebat," komen beberapa netizen.  

Berkongsi cerita dengan mStar, Hanni Najla atau lebih mesra disapa Hanni memberitahu bahawa dia bukannya terpengaruh sepenuhnya dengan watak Mona tetapi mengakui dirinya memang seorang yang gila-gila dan 'happy-go-lucky'.

Masih belajar di sebuah universiti awam, Hanni berkata dia sudah mengikuti keseluruhan episod drama tersebut dan paling suka melihat gelagat kelakar Mona dan bercakap bahasa Inggeris 'rojak'.

Hanni merupakan seorang yang 'gila-gila' dan 'happy-go-lucky'.

"Saya memang dah perangai gila-gila lagi sebelum tengok Kampung People, cuma lepas tengok watak Mona tu buat saya lagi 'masuk air'.  

"Macam natural sangat dia punya watak tu, mungkin sebab tu kot saya adore sangat," katanya. 

Menurut wanita kelahiran Sarawak yang berusia 21 tahun ini, dia bukanlah pengguna aktif aplikasi TikTok, tetapi sekadar menggunakan aplikasi tersebut pada waktu lapang sahaja.  

Anak kedua daripada tiga orang beradik ini berkata, dia tidak menduga video rakamannya itu akan menarik perhatian netizen kerana ia dimuatnaik untuk tujuan suka-suka sahaja.

Saya memang dah perangai gila-gila lagi sebelum tengok Kampung People ni, cuma lepas tengok watak Mona tu buat saya lagi 'masuk air'.

HANNI NAJLA YUSOF

"Saya taklah rajin sangat main TikTok, cuma suka-suka hiburkan diri. Bila buat video TikTok tiru watak Mona, tiba-tiba saya dapat mesej daripada followers saya. 

"Dia cakap, why don't saya post video tu kat Twitter, so saya pun cubalah. Memang tak sangka video tu akan blow up.  

"Kalau nak kata saya aktif rakam video, tak juga... tapi biasanya memang saya akan post funny content dekat IG Story," ujarnya.  

Ditanya sama ada dia pernah menyertai mana-mana uji bakat lakonan, Hanni mengakui minat dalam bidang tersebut namun dia tidak berkesempatan untuk mengikutinya.  

Hanni meminati bidang lakonan, namun tidak mempunyai kesempatan menyertai mana-mana uji bakat. 

"Uji bakat berlakon? Tak adalah. Tak pernah dapat peluang tu

"Tapi, inshaAllah kalau diberi peluang untuk ke bidang lakonan, saya berminat nak cuba watak-watak yang macam dalam drama Kampung People tu, at least, genre dia taklah heavy sangat.  

"Mungkin sesuatu yang hampir sama macam Mona ataupun Laila? Yang sumpah orang akan annoying dan menyampah tengok," katanya sambil ketawa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Mona, Kampung People, masuk air

Artikel Lain