Idea bisnes baharu raih perhatian, Neelofa siap DM nak bagi sesuatu ‘fruity’, ingatan buat ibu dan isteri dapat pujian - “Jenaka tapi merebut peluang yang ada” - Viral | mStar

Idea bisnes baharu raih perhatian, Neelofa siap DM nak bagi sesuatu ‘fruity’, ingatan buat ibu dan isteri dapat pujian - “Jenaka tapi merebut peluang yang ada”

Mohamad Faizal (kiri) membuat perkongsian mengenai idea-idea bisnes baharu Neelofa (kanan) di laman Twitter. Foto Neelofa: instagram Neelofa

KONTROVERSI berkaitan produk minuman susu pisang keluaran pengacara dan pelakon Neelofa baru-baru ini menarik perhatian seorang warganet untuk berkongsi sesuatu yang santai dan humor tetapi bermotivasi.

Menurut seorang pemuda di laman sosial, nama Neelofa yang cukup gah mampu mencetuskan pelbagai bisnes dengan auranya sebagai selebriti terkenal.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula tak laku, tapi selepas Lofa bersuara “di kek lapiskannya kita ye?” ramai tempah 'Neelofa satu!'

ARTIKEL BERKAITAN: Dikagumi kerana 7 semester dapat 4 Flat, Neelofa pun offer hadiah... graduan dedah hampir tukar jurusan - “Saya pernah menangis, banyak kali”

“Neelofa ni kalau perniagaan susu pisang dia gagal sekalipun, bila-bila masa dia boleh buat bisnes baru. Contoh: Neelowfat - menjual susu rendah lemak, Neelowfare - menjual tiket pelancongan murah, Neeloafer - menjual kasut,” menurut tulisan Faizal Rosly menerusi akaun Twitter @ijaicool.

Tulisan Mohamad Faizal meraih perhatian Neelofa.

Idea-idea bisnes tersebut mendapat perhatian Neelofa sendiri terutama berkaitan tiket pelancongan murah yang mana umum sedia maklum usahawan itu merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd.

“Neelowfare? Has a nice ring to it, I smell some potential here @AirAsia. By the way Ijai, check your DM, I’ve got something fruity coming your way!” balas Neelofa di laman sosial.

Faizal atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Rosly kemudian menghargai penghargaan Neelofa, dengan mengaitkan ibu dan isterinya.

“Terima kasih Neelofa! Something fruity hmm I wonder what it is. Boleh juga kalau nak selit sekali tudung Naelofar untuk mama saya, Lofarbag untuk isteri saya, untuk saya sekadar langgan saluran YouTube saya cukuplah,” ujarnya ringkas.

“Ingat mama, isteri baru diri sendiri,” komen warganet di bebenang memuji sikapnya yang lebih mendahului keluarga.

Respons Mohamad Faizal terhadap tulisan Neelofa.

Bercakap kepada mStar, Mohamad Faizal yang berusia 34 tahun itu menjelaskan bahawa tulisannya yang mengaitkan ibu dan isterinya itu sekadar berjenaka tetapi merebut peluang yang ada.

“Untuk mama dengan isteri tu saya berjenaka saja, tetapi kalau tak cuba macam mana nak tahu dapat ke tak kan.

Untuk mama dengan isteri tu saya berjenaka saja, tetapi kalau tak cuba macam mana nak tahu dapat ke tak kan

MOHAMAD FAIZAL

“Jujurnya saya tak kisah pun pasal hadiah tu sebab saya sekadar berjenaka saja,” katanya sambil menambah ibu dan isterinya, masing-masing berusia 59 dan 33 tahun.

Masih berteka-teki mengenai sesuatu yang bakal diberikan Neelofa, Mohamad Faizal berkata, selebriti itu telah menghantar mesej bagi mendapatkan alamat untuk penghantaran.

Antara komen di bebenang.

Setakat ini, perkongsian Mohamad Faizal berkaitan Neelofa itu meraih lebih 21,000 ulang kicau dan lebih 25,000 tanda suka.

Selain idea-idea daripada Mohamad Faizal, beberapa warganet turut berkongsi cadangan-cadangan bisnes lain yang menggunakan nama Neelofa seperti khidmat penghantaran makanan, produk ayam, itik dan daging segar, pusat kecergasan serta pelan prabayar kadar rendah.

Pada masa sama, warganet turut meneka bahawa sesuatu yang fruity daripada Neelofa untuk Mohamad Faizal kemungkinan adalah produk minuman susu pisang keluaran pelakon tersebut.

Neelofa , Naelofar , susu pisang , AirAsia

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain