suria

Mula-mula misteri tapi ending kisah 'penjaga' rumah halau benda tak baik guna penyapu lain macam - “Esoknya jadi botak... tak tahu nak gelak ke seram”

Keadaan penyapu yang habis botak dianggap kelakar oleh netizen.

"ENDING dia lima bintang. Ala-ala Ghostbusters gitu. Ni mesti hantu mak-mak ni hambat budak kecik pakai penyapu."

Demikian kata netizen yang terhibur dengan pengakhiran kisah seorang wanita yang diganggu entiti misteri di kediamannya.

Kisah wanita itu dikongsi seorang pemuda di Twitter sehingga mendapat lebih 9,000 ulang kicau dan 6,800 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kru kapal dedah gangguan ketika makan, ‘kerusi pusing sendiri’ bukan rekaan - “Ramai terbuka hijab tengok video tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja takut buat OT bunyi pelik di pejabat... Selepas tengok CCTV semua terkejut muncul kelibat

Berdasarkan beberapa paparan skrin InstaStory wanita itu, dia meluahkan rasa pelik apabila ternampak sebatang penyapu ada di tengah laman rumahnya.

"Masa tu aku cuma ingat kucing terlanggar sebab tepi rumah aku memang jadi port lepak kucing-kucing taman tu.

Perkongsian seorang pemuda di Twitternya mengenai kisah seram menimpa seorang gadis berjaya menarik perhatian netizen.

"So no big deals, aku letak balik kat tempat asal dan park kereta cam biasa," katanya.

Namun wanita itu berkata keadaan penyapu itu tetap sama pada hari kedua dan ketiga sebelum menyedari ada sesuatu yang pelik.

"Aku malas nak fikir, alihkan je macam biasa. Tapi sampai hari ketiga pun sama aku start rasa something.

"Ngam-ngam aku matikan enjin kereta, mata aku terpaku kat 'dia' yang tengah bertenggek kat pagar belakang rumah aku. Shit!

"Aku nampak jelas baju putih rambut panjang tutup muka macam memang tunggu aku balik dan masa tu hampir pukul 12 malam," katanya.

Takut dengan apa yang dilihatnya, wanita itu merancang mahu pergi ke rumah datuknya tetapi memandangkan hari pun dah malam, maka dia lupakan hajatnya itu.

"Jadi aku decide tidur je lah, tapi turun dari kereta meremang satu badan.

Keadaan penyapu sebelum dan selepas wanita itu balik kerja.

"Aku gelisah semacam, kepala aku berpinar sampai aku minta nombor aunty sebelah in case ada gak orang aku boleh call minta tolong.

"Suami kerja luar kawasan dan aku sorang-sorang kat rumah masa tu. Haaaa nangis tak kalau korang kat tempat aku?" soalnya.

Wanita itu turut berkongsi gambar keadaan penyapu yang diletaknya di tepi tiang sebelum pergi bekerja di InstaStorynya.

Namun apa yang mengejutkan, penyapu itu tetap berada di tengah-tengah laman rumahnya sebaik sahaja dia pulang dari tempat kerja.

"Ini bila aku balik kerja petang. Possible ke kalau kucing terlanggar sampai ke tengah-tengah laman camtu? Macam dibaling," katanya.

Tidak tahan dengan gangguan itu, wanita tersebut pun pergi berubat dan bertanya mengenai perkara itu.

"Aku suruh scan rumah kalau-kalau ada apa-apa. Siapa yang main penyapu tu? Kenapa benda tu tunggu aku kat luar rumah semua, aku tanya.

Respons netizen berkaitan posting tersebut.

"Aku malu juga nak tanya sebab benda ni nampak kecik tapi sebab rasa nak tahu sangat, ditambah pulak aku nampak 'dia' kat luar rumah aku," katanya.

Wanita itu bagaimanapun terkejut apabila terdengar jawaban tok tempat dia berubat.

"Tok tu senyum je jawab. Cu, awak rasa awak seorang je kat rumah tu kan. Tapi sebetulnya awak tak sendiri bila suami awak tak ada.

"Wujud dia sama macam awak tinggi besar berjubah putih tapi jangan takut sebab dia cuma nak jaga rumah. Dia tak nak benda tak baik masuk rumah tu lagi. Kesian kat awak.

Jarang cerita seram ending kelakar. Hahahahaha.

HEYO.

"Damn! Kering darah aku dengar weh. Betul, penyapu tu bukan sebab kucing ke apa tapi dalam beberapa hari ni ada benda tak baik nak masuk rumah tu.

"Jadi yang selalu dengan awak kat rumah tu bantu halau dan benda yang dia mampu capai cuma penyapu tu," katanya.

Selepas terdengar kata-kata tok itu, wanita tersebut turut memuatnaik gambar keadaan penyapu tersebut yang sudah botak.

Pengakhiran kisah seram itu membuatkan ramai netizen terhibur.

"Nak tahu tak esoknya aku balik rumah apa jadi kat penyapu tu? Jadi botak!

"Tak tahu nak gelak ke nak seram sebab dapat imagine macam mana marahnya dia hambat yang jahat tu sebab buat aku sampai takut nak balik. Allahu," tulisnya.

Rata-rata netizen menyifatkan kisah seram itu sebagai sesuatu yang kelakar.

"Weh aku tergelak. Hahahaha. Hopefully semuanya baik-baik aje," kata Nissa.

"Jarang cerita seram ending kelakar. Hahahahaha," kata Heyo.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain