suria

Ayat 'kau kerja basuh pinggan je do' bikin ramai panas, remaja kena bash downgrade pekerja kedai makan - “Ni lawak adik-beradik”

Remaja lelaki dikecam selepas mempersoalkan kemampuan seorang pemuda bekerja sebagai tukang cuci pinggan untuk membeli kasut sukan mahal.

"SAYA tak ada niat pun nak downgrade orang kerja basuh pinggan. Saya nak bergurau je, mungkin ayat tu buat netizen triggered."

Demikian kata seorang remaja lelaki selepas dia dikecam kerana disangka memandang rendah pekerjaan seseorang menerusi satu posting di Twitternya.

Perkongsian Muhammad Nazirul Amal di Twitternya yang seolah-olah mempersoalkan kemampuan pekerja cuci pinggan untuk membeli sepasang kasut sukan jenama terkenal menjadi tular di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja kena ‘buli’ bergambar di kereta sport, ‘owner’ dia okay je siap jumpa minta maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja nak tunjuk baju baharu, tapi katil 3 tingkat yang dapat perhatian - “Yang gatal tu, sebab saya post gambar seksi”

Menerusi perkongsiannya itu, remaja berusia 17 tahun itu turut memuatnaik gambar pemuda itu sedang membasuh pinggan sambil memakai kasut jenama terkenal miliknya.


Posting Naz menjadi tular di Twitter.

Rata-rata netizen mengecam perkongsian itu yang dianggap keterlaluan.

"Your words kinda downgrading people. Rezeki masing-masing. Walaupun dia pencuci pinggan, doesn’t mean dia tak layak beli kasut mahal," tulis Saiful.

"Dah nak 2020 ni boleh buang sikap ambik tahu hal orang, pandang rendah kat orang dan ambik gambar orang sesuka hati pastu post kat socmed," kata Luna.

Namun Muhammad Nazirul Amal atau lebih mesra disapa Naz tampil menjelaskan perkara sebenar berkaitan postingnya yang tular itu.

Menurut Naz, pemuda yang bekerja sebagai tukang basuh pinggan itu adalah abangnya, Muhammad Nazirul Amir, 19, yang menolong bapa mereka berniaga kedai makan ketika cuti semester.

"Sebelum tu abang saya dah tahu saya ambil gambar dia. Actually tu gambar yang saya ambil dua minggu lepas. Kebetulan dia tolong ayah kat kedai.

Naz (depan) sering bergurau dengan abangnya.

"Saya memang tak ada niat nak hina tukang cuci lain. Saya sendiri pun kerja basuh pinggan di kedai makan bapa saya. Bila dah viral abang gelak-gelak je lah sebab satu universiti dah kecoh," katanya kepada mStar.

Pelajar lepasan SPM itu turut terkilan dengan komen negatif orang ramai meskipun dia sudah menjelaskan perkara sebenar di ciapannya itu.

Mungkin ayat 'kau kerja basuh pinggan je do' buat ramai panas. Tapi sepatutnya mereka baca dulu thread saya sampai habis sebelum kecam.

MUHAMMAD NAZIRUL AMAL.

"Terkejut jugalah ramai bash saya sebab mereka tak baca thread tu sampai habis. Sampai hari ni pun masih ada yang kecam saya.

"Bagi saya netizen tak patut ambil serius benda tu. Itu sekadar gurauan adik-beradik. Saya sendiri pun tak sangka tweet ni akan blow up," katanya.

Pada masa sama, Naz turut menafikan dakwaan orang ramai bahawa perkongsian itu dilakukan sebagai salah satu strategi pemasaran perniagaan kedai makan bapanya.

Respons netizen berkaitan posting Naz yang tular di Twitter.

"Memang ayah saya berniaga kedai makan di Alor Gajah, Melaka tapi posting itu bukanlah marketing strategy kami.

"Bukan.... saya tak ambil kesempatan untuk buat promosi. Semua itu hanya gurauan adik-beradik. Lagipun family semua dah tahu mengenai perkara itu," katanya.

Naz turut berkata dia kini akan berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian di media sosial susulan insiden itu.

"Saya fikir itu sekadar gurauan jadi saya abaikan semua komen negatif. Insiden itu buat saya lebih berhati-hati dalam berkata-kata selepas ini.

"Mungkin ayat 'kau kerja basuh pinggan je do' buat ramai panas. Tapi sepatutnya mereka baca dulu thread saya sampai habis sebelum kecam," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain