Anak sebak lihat bapa sarung jubah konvo, dulu belajar di London tapi tak mampu terbang ambil ijazah - “Dia kata bangga dengan saya... lama tunggu saat ini” - Viral | mStar

Anak sebak lihat bapa sarung jubah konvo, dulu belajar di London tapi tak mampu terbang ambil ijazah - “Dia kata bangga dengan saya... lama tunggu saat ini”

Aiman bersama bapanya, Mohd Hamizan Abd Hamid.

“ABAH nak cuba boleh? Abah tak pernah pakai.”

Demikian kata Mohd Hamizan Abd Hamid, 59, yang meluahkan hasrat untuk memakai jubah konvokesyen anak keduanya, Aiman Ansari pada Sabtu.

Video bapa kepada empat cahaya mata itu yang memakai jubah keramat lengkap dengan mortar board menjadi tular di Twitter sehingga menerima hampir sejuta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amboi! 20 bakal doktor melaram tukar 3 uniform, salah seorang pernah dihalau dari wad - “Pensyarah kata masih sempat untuk tukar jurusan”

ARTIKEL BERKAITAN: Seram atau kreatif? Sekumpulan pelajar UiTM rakam gambar pra konvo tanpa kepala

Bercakap kepada mStar, anaknya yang juga graduan bidang Pemasaran Perniagaan di University of Wollongong (UOW) Malaysia KDU, Shah Alam, Selangor, mengakui sebak saat menyaksikan detik manis itu.

"Ayah kata dia nak pakai jubah konvo saya, sebab sebelum ni masa dia belajar di London sekitar tahun 80-an, dia tak sempat merasa pakai jubah konvo.

"Ayah tamatkan pengajian Ijazah Kejuteraan Sivil. Atuk saya kerja polis, bila ayah dah balik Malaysia, dia tak mampu hantar ayah nak pergi ke London lagi sekali untuk konvo.

"Jadi bila dia cakap nak pakai jubah konvo saya, memang rasa teruja. Dah lama saya tunggu saat ini.

Saya memang tak sangka. Saya post pun untuk motivate kawan-kawan. Bila beritahu ayah yang dia dah viral, dia pun terkejut.

AIMAN ANSARI

"Saya rasa sebak, puas sebab sama-sama boleh merasa pakai jubah konvo. Masa dia pakai saya rasa terharu, dia juga kata bangga dengan saya," ujar Aiman.

Mengulas penularan video bapanya yang turut menerima lebih 68,000 ulang kicau (Retweet), Aiman mengakui terkejut dengan reaksi luar biasa yang diterimanya di laman Twitter.

Kata Aiman, dia sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi detik manis dan memberi motivasi kepada rakan-rakannya.

"Saya memang tak sangka. Saya post pun untuk motivate kawan-kawan. Bila beritahu ayah yang dia dah viral, dia pun terkejut.

"Saya kata tak apa viral, sebab boleh beri motivasi pada orang lain. Keesokan harinya ayah ada hantar satu lagi ucapan di WhatsApp.

Posting Aiman di Twitter.

"Ia terus buat saya rasa sebak sekali lagi," ujar Aiman.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen.

Selain ucapan tahniah, pelayar Twitter turut memuat naik foto graduasi bersama ibu bapa mereka menerusi ruangan balas posting itu.

"Untung dapat pakaikan jubah kat mak atau abah. Ibu bapa saya tak boleh hadir sebab ada masalah kewangan.

"Ayah saya pun teringin nak pakai ni tapi tak sempat sebab ayah meninggal dua minggu sebelum konvo.

"Betul sedih gila bila tengok mak ayah pakai baju konvo kita. Sebab kita tahu mereka tak pernah merasa. Sebak betul," tulis beberapa netizen.

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?