Musim hujan tiba... anak jadi saksi keperitan ibu bapa termenung bisnes tak laku - “Pernah mak pinjam duit saudara buat modal meniaga” - Viral | mStar

Musim hujan tiba... anak jadi saksi keperitan ibu bapa termenung bisnes tak laku - “Pernah mak pinjam duit saudara buat modal meniaga”

Gadis bernama Ain meluahkan rasa sedih dengan nasib ibu dan bapanya yang menyara keluarga dengan hasil meniaga namun faktor cuaca yang tidak menentu ketika ini menyebabkan pandapatan mereka terjejas teruk.

“PERNAH beberapa kali juga saya tak bawa duit belanja ke sekolah,” kata seorang remaja perempuan yang berkongsi kisah keperitan ibu bapanya mencari rezeki demi menyara keluarga.

Hanya mahu dikenali sebagai Ain, remaja yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, ibu bapanya menyewa sebuah kedai kecil di kampung mereka yang terletak di Tanjung Malim, Perak untuk berniaga makanan.

Apa yang menyedihkan, kata Ain, sejak dua tiga bulan kebelakangan ini, kedai makan milik ibu dan bapanya tidak lagi semeriah dahulu apabila pelanggan yang berkunjung semakin berkurangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak turunkan ibu di kedai bersama beg baju, alasannya nak pergi basuh kereta... esoknya dipanggil ke balai! 

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dikecam, kekasih sanggup tinggal kawan-kawan, ‘bergayut’ di luar restoran dengar masalahnya - “Bukan saya paksa dia call...”

“Kalau sebelum ini, pulangan hasil ibu berniaga boleh buat modal untuk beli barang. Tapi sejak kebelakangan ini, pelanggan tak berapa ada.

“Tambahan pula musim hujan, memang pelanggan tak datang ke kedai sangat. Lagi pula kedai ibu dan bapa di kampung sahaja. Kami pun faham pendapatan orang kampung biasa-biasa saja.

“Jadi memang nampaklah ibu sedih, sebab duit dah keluar untuk beli barang, tapi pulangan tak ada. Macam mana nak buat modal beli barang-barang untuk berniaga esok,” ceritanya kepada mStar.


Ain sedih dengan nasib para peniaga kecil seperti ibunya yang banyak bergantung kepada keadaan cuaca.

Anak bongsu daripada tiga adik beradik ini berkata, disebabkan kesempitan wang, ibu dan bapanya pernah menutup kedai beberapa hari.

“Kadang-kadang, pernah juga ibu pinjam wang daripada saudara mara untuk buat modal. Kakak dan abang baru bekerja di bandar, bantu sikit-sikit bolehlah.

“Saya pernah juga tak bawa wang belanja ke sekolah. Pernah dalam seminggu, ada dua hari tak bawa wang. Makan di rumah sahaja.

“Kadang-kadang ibu menung saja tengok tak ada orang datang kedai. Anak mana yang tak sedih kan? Saya yang tengok ibu dan bapa bangun pagi-pagi, beli barang-barang, masak makanan untuk berniaga pada waktu petang, tapi kedai tak dikunjungi orang.

“Namun saya selalu beritahu ibu supaya jangan risau, selepas hujan pasti akan muncul pelangi. Rezeki tetap ada di mana-mana,” katanya.

Antara komen netizen yang turut prihatin dengan nasib para peniaga kecil.

Terdahulu, Ain membuat satu hantaran di Twitter sebagai respon kepada tweet seorang individu yang prihatin dengan nasib para peniaga kecil, yang mana mata pencarian mereka banyak bergantung kepada faktor cuaca.

Menurut Ain, selepas perkongsian tersebut, dia menerima banyak mesej daripada rakan-rakan Twitter mahupun netizen yang bertanyakan lokasi kedai makan ibu bapanya untuk memberikan sokongan.

“Saya terharu apabila ada yang hantar mesej, ada kata nak datang dan makan di kedai ibu. Saya ucapkan terima kasih sangat. Mudah-mudahan ada rezeki untuk ibu,” katanya. 

Justeru kata Ain, dia memasang tekad untuk mencuba yang terbaik pada peperiksaan SPM yang akan bermula tidak lama lagi, demi mengubah nasib keluarganya.

“Saya pasang niat nak belajar bersungguh-sungguh untuk masuk universiti. Saya berminat dalam bidang hiasan dalaman, jadi kalau ada rezeki, saya nak sambung pengajian dalam bidang interior design.

“Abang dan kakak tidak berjaya sambung pengajian di universiti, jadi saya jadi harapan keluarga. Mudah-mudahan niat saya untuk bantu keluarga dimakbulkan,” ujarnya.  

pelanggan , duit belanja , modal

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini