suria

Anak turunkan ibu di kedai bersama beg baju, alasannya nak pergi basuh kereta... esoknya dipanggil ke balai!

Wanita ini yang dikatakan ditinggalkan di sebuah kedai pada Ahad dikhabarkan sudah dijemput oleh anaknya pada Isnin lalu.

MAK boleh bela anak yang ramai. Anak belum tentu boleh bela mak seorang!

Demikian komen netizen berhubung kisah tular seorang anak perempuan yang didakwa tergamak membuang ibunya sendiri.

Menerusi kejadian di Kedai Raja Ali, Taman Sungai Kob, Kulim, Kedah pada Ahad lalu, wanita berusia 80-an itu ditinggalkan bersendirian bersama beg pakaian sebelum didekati orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau pukul bini aku, aku pukul kau kaw-kaw” - Ibu menangis anak lebihkan isteri, pernah ditelanjangkan menantu 'dari seberang'

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil hati sikap anak, ibu tua nekad lari rumah... sakit perut dituduh sebab bela saka - “Hantu dalam perut dok makan, dia kata”

Kejadian itu kemudiannya dikongsikan ke Facebook sebelum menerima ribuan perkongsian netizen.

"Makcik ni dok tunggu anak dia. Tadi turun kereta anak dia datang beli barang. Anak tak datang ambil lagi.

"Tanya rumah di mana, dia bagitau duduk di Pantai Prai. Anak di Penang. Anak tak datang ambil lagi jadi mungkin orang awam akan bantu hantar ke Balai Sungai Kob.

Kisah wanita ini menjadi tular di laman Facebook selepas dikongsi seorang individu pada Ahad lalu.

"Dia bagitahu anak pergi basuh kereta. Kedai basuh kereta ada depan tu saja. Tak nampak pun kereta biru. Anak dia naik kereta biru dia bagitahu tadi. Yang hantar anak perempuan.

"Dok interview tok ni. Masa nak turun kereta beli barang anak dia dah bagi beg kain baju suruh bawa turun sekali. Jem (bingung) macam ni. Tak tahu apa tujuan buat macam tu," menurut tulisan pada posting panjang lebar itu.

Disertakan beberapa foto warga emas berkenaan, ia pantas menerima respons yang mana rata-rata netizen mengutuk perbuatan anaknya jika benar seperti yang didakwa.

Allahu, boleh bayangkan perasaan seorang ibu. Nampak tenang kat wajah, dalam hati tuhan saja yang tahu.

NETIZEN

Sementara itu, sumber polis mengesahkan mengenai  kes itu yang berlaku pada Ahad lalu.

Namun dikhabarkan wanita warga emas itu tidak tinggal bersama anaknya sebaliknya menetap di kampungnya di Pantai Prai, Padang Serai.

Walaubagaimanapun, kes itu sudah selesai pada Isnin apabila wanita warga emas berkenaan sudah dibawa pulang oleh warisnya selepas dia bermalam di rumah orang yang membantunya.

Ahli keluarganya dipanggil ke balai menyelesaikan kes itu.

Perkembangan terbaharu mengenai kes itu turut ditularkan di Facebook.

Rata-rata netizen di Facebook pula meluahkan rasa berang dan turut berdoa agar segala urusan warga emas itu dipermudahkan.

"Sebaknya baca. Dia dulu berhempas pulas jaga kau sampai kau besar, apa salah emak kau tu sampai kau tergamak buat macam ni kat emak?

"Allahu, boleh bayangkan perasaan seorang ibu. Nampak tenang kat wajah, dalam hati tuhan saja yang tahu," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
simpati, masyarakat, keluarga

Artikel Lain