Kecil hati sikap anak, ibu tua nekad lari rumah... sakit perut dituduh sebab bela saka - “Hantu dalam perut dok makan, dia kata” - Viral | mStar

Kecil hati sikap anak, ibu tua nekad lari rumah... sakit perut dituduh sebab bela saka - “Hantu dalam perut dok makan, dia kata”

Kisah mengenai warga emas ini menjadi tular di laman sosial dan mendapat simpati netizen.

"MAKCIK lari dia tak tahu ni," demikian kata seorang warga emas yang mendakwa diabaikan oleh anaknya menerusi satu video tular di laman sosial.

Wanita berkenaan, Che Yah Dollah @ Awang Lah ditemui oleh seorang individu yang dikenali sebagai Farra Deeba sewaktu dia menaiki bas ke Terengganu, pada Isnin.

"Hye guys, help tolong spread kan makcik ni. Ada makcik ni nama dia 'Che Yah' dia lari rumah sebab anak-anak tak jaga dia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau pukul bini aku, aku pukul kau kaw-kaw” - Ibu menangis anak lebihkan isteri, pernah ditelanjangkan menantu 'dari seberang

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan air mata di hari lahir, ibu akhirnya dedah rahsia bertarung nyawa ketika bersalin 21 tahun lalu

"Dia naik bas Transnasional ke Terengganu, kesian makcik ni tak larat sangat. Jalan pun nak tumbang," tulis gadis itu menerusi Twitter.

Ketika menceritakan kisahnya, warga emas itu yang menaiki bas dari Kelantan mendakwa selalu dimarahi anaknya dan dituduh membela saka menerusi rakaman berkenaan.

Posting Farra Deeba mengenai warga emas itu di Twitter.

"Hantu dalam perut dok makan, dia kata. Makcik lama dah gastrik dan medu. Dia kata tak nak makan sebab hantu dok makan, dia marah sebab tak nak duduk. Makcik lari dia tak tahu ni," ujar warga emas itu yang merujuk anaknya sebagai 'dia' dalam video berdurasi 46 saat yang kini menerima lebih 50,000 tontonan.

Menurut Farra Deeba, warga emas itu hampir terjatuh sewaktu menuruni tangga bas. Malah, dia juga tidak ada wang untuk membeli makanan.

Mengakui sudah lama tidak makan dan tidak mempunyai wang, Farra Deeba turut membeli nasi berlauk buat wanita itu.

Actually aku jumpa dia dalam tandas. Dia tak nampak mana jamban dan nak terkencing sangat. Almost jatuh dalam tandas tau.

FARRA DEEBA

"Duit pun tak ada nak beli nasi semua, makan ni pun aku belanja. Serius jatuh air mata teringat nenek sendiri, sesiapa kenal makcik ni tolong dia please.

"Kalau boleh nak je bawa makcik ni naik bas dengan aku. Tapi macam mana? Bas aku dah hon-hon aku sebab lambat tadi. So aku terpaksa berpisah dengan makcik tu. Memang nangis teruk aku.

"Actually aku jumpa dia dalam tandas. Dia tak nampak mana jamban dan nak terkencing sangat. Almost jatuh dalam tandas tau," ujar Farra Deeba lagi.

Dalam perkembangan terbaharu pada Selasa, seorang lagi individu dikenali sebagai Myera Shaari mendakwa menemui warga emas berkenaan di Stesen Bas Jerteh, Besut, Terengganu.

Individu kedua yang menemui warga emas berkenaan, berkongsi kisah itu menerusi Facebook.

Kata Myera Shaari, dia menghantar warga emas itu ke balai polis namun tiada tindakan yang boleh dilakukan.

Menerusi posting berikutnya, dia memberitahu sudah menghantar wanita yang mesra disapa tokmek itu ke rumahya di Kampung Bunut, Machang, Kelantan.

"Tadi pagi pergi hantar ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Besut tapi mereka tak ada kenderaan hari ni untuk hantar tokmek, hanya boleh bagi duit tambang teksi.

"Bila difikirkan kesian tokmek nak naik bas, naik teksi jauh, kami buat keputusan hantar dia sendiri. Kisah tokmek dan anak-anaknya hanya Allah yang tahu, kita hanya mampu doakan semoga Allah lindungi tokmek selalu," tulis Myera Shaari di Facebook miliknya.

Di ruangan komen, wanita itu berkata, warga emas berkenaan mempunyai cucu yang tinggal di kediaman sama, tetapi didakwa turut mengabaikannya. 

warga emas , Farra Deeba , saka , abai

Artikel Lain