Jelingan Puteri Afzan buat ramai tak keruan, ada yang bagi ayat ‘pick up line’ - “Nanti kalau ada masalah, saya tengok gambar Tengku jelah” - Viral | mStar

Jelingan Puteri Afzan buat ramai tak keruan, ada yang bagi ayat ‘pick up line’ - “Nanti kalau ada masalah, saya tengok gambar Tengku jelah”

Gelagat jelingan Puteri Afzan terus menjadi bualan hangat di media sosial.

TENGKU Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah gemar memberikan pose sambil menjeling.

Sebelum ini, gelagat comelnya itu ketika mengiringi ayahanda dan ibundanya menghadiri beberapa acara rasmi menjadi tular di media sosial.

Namun jelingan manjanya itu terus mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pandai senyum pun, bukan jeling je,” kata Puteri Afzan... siap bagi gambar bukti!

ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Mahu kerja dengan dua puteri jelita, Tunku Azizah beri respons positif... pemuda bertuah kata “best day ever”

"Tengku jeling pun cantik. Kalau saya jeling semua orang lari," kata Farah Natasha.

"Amat comel jelingan Tengku," tulis Amisah Chue.

Puteri Afzan turut berkongsi gambarnya tersenyum di Twitter.

"Fuhh... boleh tembus kain telekung kalau terkena jelingan tu," kata seorang pelayar Twitter.

"I want to do something tadi, buka je Twitter tengok gambar ni, terus lupa apa nak buat. Nanti kalau saya ada masalah, saya tengok gambar Tengku jelah, terus lupa masalah," kata Niszu, memberi ayat pick up line.

Tengku jeling pun cantik. Kalau saya jeling semua orang lari.

FARAH NATASYA.

Gambar terbaharu jelingan Puteri Afzan ketika majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, malam Rabu dikongsi Nura7 menjadi tular di Twitter.

Dalam gambar itu turut memaparkan ibundanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama dengan isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Posting Nura7 turut mendapat perhatian Puteri Afzan.

Malah gambar dengan kapsyen 'Ralit tengok KDYMM RPA dan Tun Dr Siti Hasmah. Terperasan jelingan yang di sebelah @tengkuafzan1' turut diulang kicau Puteri Afzan.

Menerusi gambar itu, seorang pemuda turut bertanya mengenai jelingan tersebut kepada Puteri Afzan.

"Salam, jeling-jeling tak juling ke? Mohon jawab please. Terima kasih. Kalau nak suruh jawab dibalas dengan 100 dulang hati nyamuk pun boleh jangan risau. Zaman sekarang dah ada ridsect senang sikit," tulis Muhammad HafizRayyan.

"Tidak," balas Puteri Afzan ringkas.

Tindakan Tunku Azizah memegang tangan Tun Siti Hasmah yang duduk di atas bangku turut menyentuh hati netizen.

Dalam pada itu, netizen turut memuji tindakan Tunku Azizah yang duduk di atas karpet bersama dengan jemaah lain sambil memegang tangan Siti Hasmah.

"Wow, permaisuri duduk bawah je. Boleh je baginda rilek-rilek duduk sebelah Tun Siti Hasmah. Cantik luar, cantik dalam," kata Irine.

"Sucinya hati Permaisuri Agong, terharu melihatnya," tulis Putera Pantai.

Tengku Puteri Afzan , jeling

Artikel Lain