“Dia kejar saya, dia panggil 'yanggg'...” - Isteri mengidam jadi rider GrabFood kini tidur lena, baby dalam perut pun OK! - Viral | mStar

“Dia kejar saya, dia panggil 'yanggg'...” - Isteri mengidam jadi rider GrabFood kini tidur lena, baby dalam perut pun OK!

Zul teringin mengikut suaminya menghantar makanan kerana seronok melihat rider ditemani pasangan masing-masing.

SUDAH menjadi lumrah setiap wanita hamil mempunyai fasa mengidam dalam hidup mereka. Kebanyakannya lebih kepada teringin untuk makan sesuatu makanan.

Namun berbeza pula dengan keinginan seorang bakal ibu muda ini yang meluahkan rasa mengidam untuk menjadi rider GrabFood.

Video Zulfahani Zulkifli menjadi rider GrabFood dengan kapsyen 'Hai laa isteri... orang mengandung ngidam nak makan sedap-sedap. Ko ngidam nak bawa Grab dah kenapa. Layankan jelah. Ingat satu order je!' dikongsi suaminya, Muhammad Haikal Mazlan di Twitter.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat hampir 400,000 tontonan di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal ibu mengidam nak cium, masuk bilik mayat! Mentua setuju nak bawa, jawapan suami isteri dah dijangka - “Hati saya terlalu teringin”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu muda tular gara-gara miliki tabiat pelik mengidam makan sabun, siap buat ulasan!

Zulfahani ketika dihubungi mStar berkata dia sebenarnya sudah lama teringin untuk menemani suaminya menjalankan tugas menghantar makanan.

Posting Haikal mengenai isterinya turut mendapat 28,100 ulang kicau dan 19,300 tanda suka di Twitter.

"Bila tengok couple pergi sekali buat GrabFood macam seronok pula. Saya pun teringinlah nak ikut husband bila waktu offday tapi dia tak pernah bagi. Dia bising jugalah sebab minta bukan-bukan.

"Tapi sebenarnya husband tak bagi ikut sebab kalau saya duduk belakang saya kena galas beg (Grab) tu. Beg tu pula berat, jadi husband memang tak bagi lagipun saya tengah pregnant," katanya yang kini hamil enam bulan.

Namun wanita berusia 25 tahun itu meluahkan rasa gembira kerana keinginannya itu sudah dipenuhi suaminya baru-baru ini.

"Kebetulan selepas husband habis buat GrabFood dia datang ambil saya dekat tempat kerja. Kiranya dia datang nak teman saya balik rumah.

"Waktu tu kami naik motosikal berasingan. Saya pujuklah husband untuk on Grab. Mula-mula dia kata tak payahlah tapi lepas tu dia pun setuju dengan syarat itu first and last.

"Bila husband On Grab, terus masuk order. Kami pun pergi ambil makan dekat The Curve dan hantar pesanan tu ke Damansara Damai," katanya.

Pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini.

Namun Zulfahani atau lebih mesra disapa Zul berkata dia tidak menyedari suaminya merakam gelagat dia menunggang motosikal GrabFood.

"Saya sebenarnya tak perasan pun husband ambil video tu. Dia kejar saya, dia panggil yanggg... video tu dirakam selepas kami ambil makanan untuk dihantar kepada pelanggan.

"Terkejut juga bila husband upload video tu dekat Twitter sebab dia tak aktif. Saya ingatkan dia post story IG sahaja. Saya tahu pun masa dapat notification dia mention nama saya dekat post tu," katanya.

Bila tengok couple pergi sekali buat Grab Food macam seronok pula. Saya pun teringinlah nak ikut husband bila waktu offday tapi dia tak pernah bagi. Dia bising jugalah sebab minta bukan-bukan.

ZULFAHANI ZULKIFLI

Selepas keinginannya itu dipenuhi, Zul berkata dia akhirnya rasa puas dan seronok.

"Bila dah settle hantar order tu rasa nak buat lagi pula tapi husband dah bising. Dia kata dah tak payah buat dah.

"Apa pun saya rasa puaslah juga walaupun sekali. Baby pun OK. Balik tu terus tidur lena," katanya.

Antara komen netizen berkenaan posting tersebut.

Perkongsian tersebut turut mendapat respons balas Grab Malaysia di Twitternya.

"Wow power betul mengidam isteri Encik Haikal. Harap lepas dah feeling mengidam tu," tulis Grab Malaysia.

Tweet tersebut turut mendapat pelbagai reaksi netizen.

"Benda macam ni lah buat aku risau. Aku takut isteri aku nanti mengidam nak drive bas... macam mana?," tulis Hafeez.

"Hahahahhahahaha... comel gila dia punya mengidam tu. Sekarang ni ramai yang mengidam pelik-pelik eh... nak naik UFO lah, nak masuk bilik mayatlah, nak bawa Grab lah, nak naik moto bike lah hahahahhahahahahha," kata Tirah.

Grab Food , rider , mengidam , hamil

Artikel Lain