“Kami tulis nama tipu-tipu” - 6 sahabat bercuti ke Korea nyaris tertipu gara-gara Hanbok free, lepaskan diri dengan 1,000 won - Viral | mStar

“Kami tulis nama tipu-tipu” - 6 sahabat bercuti ke Korea nyaris tertipu gara-gara Hanbok free, lepaskan diri dengan 1,000 won

Antara foto yang sempat dirakam Khairin sewaktu hari kejadian.

PERJALANAN enam sahabat ke Korea Selatan pada Oktober tahun lalu mencipta satu memori yang sukar dilupakan.

Menurut jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Khairin, 26, dia dan rakannya yang lain dihampiri dua penduduk negara itu sebelum ditawarkan merasai budaya tempatan di sebuah universiti.

Sewaktu pertemuan di hadapan Seoul Plaza City Hall, mereka diberitahu boleh memakai Hanbok (pakaian tradisional Korea Selatan) sebelum dibawa menaiki kereta api ke satu destinasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Perlu Bawa Keluarga Bercuti Di Korea Selatan?

ARTIKEL BERKAITAN: Artis Kpop - BTS pakai Baju Melayu kiriman peminat Malaysia

"Semasa kami dalam perjalanan ke subway, kami didatangi dua orang Korea. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Mereka kata mereka pelajar universiti ada event atau projek yang memperkenalkan budaya Korea dekat Seoul University.

"Mula-mula kami macam nak tak nak sebab kami sudah ada plan sendiri nak pergi sewa Hanbok tengah hari tu. Lepas tu orang Korea tu cakap boleh pakai Hanbok free. Dengar je perkataan free and embrace Korean culture kami pun on dan ikut mereka," imbas Khairin kepada mStar.


Khairin dan enam rakannya dibawa ke pusat komuniti ini sewaktu kunjungan mereka ke Korea Selatan pada tahun lalu.

Sewaktu dalam perjalanan, jejaka dari Kajang, Selangor itu ada merakam foto mereka secara suka-suka namun ia ternyata kurang disenangi.

Ia sekali gus menimbulkan perasaan curiga sebelum mereka dibawa ke sebuah pusat komuniti, bukannya universiti seperti yang dijanjikan sewaktu awal pertemuan.

"Tengah tunggu train tu saya cuba tangkap gambar mereka. Tapi mereka macam mengelak dan sorokkan muka.

"Tapi saya tangkap juga senyap-senyap lepas tu saya borak dalam bahasa Melayu dengan kawan saya. Macam pelik je mereka ni saya kata, tapi kami masih ikut," jelasnya lagi.

Member semua dah takut lari akidah. Time tu semua dalam hati selawat dan saya beranikan diri cakap dengan mereka,  kami tidak boleh sebab kami Muslim.

KHAIRIN

Kata Khairin, dia dan rakannya diberikan Hanbok yang dikhususkan untuk aktiviti keagamaan sejurus tiba di lokasi itu.

Malah, mereka diminta menulis nama di atas kertas sebelum diajar cara untuk sujud dan tunjuk hormat.

"Dia suruh kami tulis nama dekat atas kertas. Kami tulis nama tipu-tipu dekat situ. Lepas tu tinggal beg di hall and masuk ke dalam bilik.

"Dalam bilik tu ada seorang macam tok sami. Seorang lagi perempuan masa kami masuk tu. Ada seorang pelancong berkulit gelap yang kena macam kami juga.

"Time tok sami dia baca-baca tu, mereka kena sujud. Tunduk laju-laju. Banyak kali, ke depan kanan ke ke kiri. Kami tak boleh pandang depan tak boleh borak. Nanti kena marah dengan dia," imbas Khairin.

Ujarnya, selepas dipersembahkan demo, mereka diminta meniru semula perbuatan tersebut.

Namun kata Khairin, dia dan rakannya menjelaskan mereka merupakan orang Islam dan tidak dibenarkan melakukan perbuatan sedemikian.

Antara komen netizen, berkongsi pengalaman sama.

"Member semua dah takut lari akidah. Time tu semua dalam hati selawat dan saya beranikan diri cakap dengan mereka,  kami tidak boleh sebab kami Muslim.

"Lepas habis sembahyang tu, mereka ajak makan buah yang sembahyang tu. Kami cakap tak boleh makan.

"Lepas tu baru mereka cerita, mereka komuniti yang tolong orang susah di hospital, minta derma.

"Kami bagi 1000 won sahaja, macam RM4 macam tu. Lepas tu dia cakap sikit ni, kami cakap tak ada duit," ujarnya.

Kata Khairin lagi, dia bersyukur apabila dia dan rakan-rakan tidak diapa-apakan sebelum mengambil beg dan berlalu ke stesen kereta api.

"Harap dikisahkan supaya dijadikan iktibar kepada semua dan peringatan supaya tidak kena seperti kami. Jika kami lakukan apa yang disuruh, lari akidah kami sebagai Muslim," ujarnya.

Perkongsian mengenai kisah itu sehingga kini menerima lebih 5,200 ulang kicau di Twitter.

Malah, ada netizen yang turut berkongsi pengalaman serupa menerusi ruangan balas posting berkenaan.

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?