Mahu buat kejutan, akhirnya sendiri yang sebak! Reaksi ibu buat kembar terima master terharu menyanyi dalam dewan konvo - Viral | mStar

Mahu buat kejutan, akhirnya sendiri yang sebak! Reaksi ibu buat kembar terima master terharu menyanyi dalam dewan konvo

Pasangan kembar ini mendedikasikan persembahan mereka buat kedua ibu bapa tercinta, Ahad lalu.

PERSEMBAHAN duet pasangan kembar ini mengundang sebak dalam kalangan penonton.

Lebih manis, nyanyian lagu Hero dendangan asal Mariah Carey itu dipersembahkan dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 pada Ahad lalu, sewaktu salah seorang daripada mereka menamatkan pengajian.

Bercerita kepada mStar, Nur Aliah Izzaty Hisamudin berkata, dia dan kembarnya, Nur Wafa Amira sebak dengan kehadiran ibu bapa mereka, Hisamudin Zawawi dan Maimunah Shadan pada majlis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia buat 'show' atas katil sampai terpejam mata, netizen 'cair'... “meremang bulu roma oii”

"Pada mulanya saya tak boleh nyanyi untuk sidang konvokesyen sendiri. Kembar saya Wafa akan duet dengan orang lain.

"Sewaktu raptai, pihak pengurusan konvoksyen beri idea supaya kami berduet.

"Kami rahsiakan dan tak maklumkan mama dan papa, ia menjadi persembahan kejutan untuk mereka. Sebelum mula nyanyi pun dah rasa sebak," ujar Aliah.

Lepas sekolah dulu, mak ayah yang pilih jurusan. Cadangan mereka, kami hanya go with the flow.

NUR ALIAH IZZATY HISAMUDIN

Bercerita mengenai detik dalam dewan sewaktu persembahan itu, Aliah dan Wafa bertambah sebak apabila ibu mereka berdiri sambil merakam aksi kedua puteri kesayangannya.

Masing-masing berusia 24 tahun, pasangan kembar dari Kuching, Sarawak ini sama-sama mengikuti pengajian dalam bidang muzik.

Foto kenangan keluarga pasangan kembar Aliah (tiga, kiri) dan Wafa (kanan).

Pada Ahad lalu, Aliah menamatkan pengajian dalam Sarjana Seni Persembahan Penyelidikan Pendidikan (Muzik) manakala adiknya, Wafa masih lagi mengikuti pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Muzik), juga di UM.

Sama-sama meminati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aliah dan Wafa sememangnya suka menyanyi sejak kecil lagi.

Aliah (kanan) bersama adiknya, Wafa (kiri).

"Dalam keluarga kami semua boleh nyanyi. Mama dan papa pun tahu lagu ni. Nak karaoke wajib ada lagu Hero.

"Lepas sekolah dulu, mama dan papa yang pilih jurusan. Cadangan mereka, kami hanya go with the flow.

"Tak sangka pula sampai ke peringkat master," kata Aliah lagi.

Posting yang tular di Twitter.

Aliah dan Wafa merupakan bekas penuntut Sekolah Seni Malaysia, Kuching dan turut berkebolehan bermain violin.

Dalam pada itu, video nyanyian pasangan kembar itu sehingga kini menerima lebih 150,000 tontonan di Twitter.

Aliah dan Wafa sewaktu mempersembahkan lagu Hero Ahad lalu.

Selain memuji suara, tidak kurang juga netizen yang memperkatakan kecantikan dua beradik itu.

Ujar kembar itu, semua individu diciptakan cantik, namun apa yang membezakan adalah sikap rajin malas, adab serta sahsiah diri.

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?