suria

Rumah apek tak ada elektrik, aci tolong call TNB, “Aku Melayu datang repair, siap kerja kami selfie satu kali”

Perkongsian Hafizi Hafiz Mohd Razib yang tular di Facebook.

AIR dicincang tidak akan putus, mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan hubungan akrab antara masyarakat di negara ini.

Biarpun timbul beberapa isu hangat, semangat perpaduan antara Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain masih lagi utuh dan harmoni seperti biasa.

Terbaharu, kisah yang dikongsikan oleh Hafizi Hafiz Mohd Razib, dipercayai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) cukup menarik perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan”

ARTIKEL BERKAITAN: Diuji kanser tahap 4, pesara polis Singh ini tak pernah gagal tabik hormat Jalur Gemilang, “Hingga hari ini bila dengar Negaraku, ayah akan bangun”

"Uncle tua Cina tak ada bekalan eletrik, tak tahu nak call siapa. Akak India tolong call kan TNB.

"Aku Melayu datang repair, siap kerja kami selfie satu kali. Kami OK je," tulisnya di Facebook.

Terbaik. Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama. Saling bantu membantu.

NETIZEN

Posting itu sehingga kini dikongsi hampir 6,000 kali dan turut menerima lebih 5,600 tanda suka.

Ia turut disertakan foto Hafizi Hafiz bersama seorang warga emas lelaki berbangsa Cina dan seorang wanita India di hadapan pintu sebuah kediaman.

Dalam pada itu, ramai netizen meninggalkan komen dan memberikan kata-kata positif menerusi posting itu.

Antara komen di Facebook.

Ia turut disifatkan sebagai posting yang bermakna, seolah-olah menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-62 pada Sabtu ini.

"Thanks abang TNB. Bukan sahaja handsome, malah baik hati.

"Terbaik. Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama. Saling bantu membantu.

"Syabas. Inilah semangat rakyat Malaysia yang sebenar.

"Selamat Hari Kebangsaan kita semua," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea